Saturday, December 30, 2023

PPIM GESA KKM NILAI SEMULA KEPERLUAN RAKYAT DIVAKSINASI COVID-19 - HARAPAN DAILY - 28/12/2023

 

Gambar: Sidang Media oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) “Adakah Rakyat Masih Memerlukan Suntikan Vaksin? & Dasar Kesihatan Negara Adakah Relevan?” di Villa Puteri Condominium, Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur. 28hb Disember 2023 (Khamis)

Sumber: Harapan Daily

PPIM GESA KKM NILAI SEMULA KEPERLUAN RAKYAT DIVAKSINASI COVID-19

https://harapandaily.com/ppim-gesa-kkm-nilai-semula-keperluan-rakyat-divaksinasi-covid-19/

PPIM MINTA KKM KAJI SEMULA KEPERLUAN DOS VAKSIN PENGGALAK - EDISI 9 - 28/12/2023

 

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) digesa mengkaji semula keperluan dos vaksin penggalak Covid-19 kepada rakyat susulan dakwaan wujudnya kesan sampingan yang memudaratkan kesihatan penerima vaksin sedia ada.

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, sudah tiba masanya KKM bersikap lebih terbuka dengan mendedahkan angka-angka sebenar dan fakta-fakta mereka yang mengalami gejala kesan sampingan ini.

Katanya, KKM juga perlu menetapkan dasar yang lebih konkrit dalam hal mencegah penyakit tanpa bergantung kepada vaksin semata-mata.

“Rakyat sudah lalui satu fasa, perintah kawalan pergerakan (PKP) dan lalui penyakit (Covid-19). Tapi akhirnya kita lihat ia sudah menjadi selsema biasa.

“Tetapi ramai sakit (pasca vaksin). Kenyataan Menteri Kesihatan (Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad) yang mungkin KKM akan keluarkan arahan pengambilan dos penggalak, merisaukan kami.

“Adakah ini satu-satunya laluan yang kita perlu hadapi? Kenapa mesti galakkan? Adakah tidak ada rawatan yang lebih baik?,” katanya pada sidang media yang diadakan hari ini.

Sidang media berkenaan turut disertai gabungan badan bukan kerajaan (NGO) paramedik yang menyuarakan kebimbangan sama dan menuntut penjelasan daripada KKM bagi menjamin keselamatan kesihatan masyarakat.

Nadzim berkata, KKM juga digesa agar mengkaji dan menggubal semula Kertas Putih Kesihatan yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada 13 Jun lalu.

“Kami mahu KKM mengkaji dan menggubal semula Kertas Putih berkenaan yang kurang menitikberatkan soal kawalan wabak rentas sempadan dan tidak membiarkan pihak lain mengambil kesempatan untuk menafikan cara kita dalam menanganinya,” katanya.

Dalam pada itu, pakar perubatan rehabilitasi kanser, Dr Kenny Yong Yean Sirn berkata, KKM perlu menjelaskan status semasa Covid-19 bagi negara ketika ini sama ada sudah berada pada fasa endemik.

Katanya, kajian KKM juga wajar melaksanakan ujian tahap antibodi penerima vaksin bagi menentukan status kesihatan mereka sebelum mengeluarkan arahan pengambilan dos penggalak vaksin Covid-19.

“Persoalannya bolehkah KKM dapatkan laporan keselamatan dos vaksin ini atau adakah kita hanya ikut membuta tuli?

“Selepas empat tahun, sepatutnya perlu ada kajian dan maklum balas berkenaan dengan kesan sampingan dos vaksin ini, sama ada memberi kesan baik atau buruk,” katanya lagi. -Edisi 9

Artikel oleh: Edisi 9

PPIM MINTA KKM KAJI SEMULA KEPERLUAN DOS VAKSIN PENGGALAK

https://www.edisi9.com.my/2023/12/ppim-minta-kkm-kaji-semula-keperluan-dos-vaksin-penggalak/

Friday, December 29, 2023

PPIM CALLS ON MOH TO REVISE HEALTH WHITE PAPER; BE TRANSPARENT ON VACCINE STATISTICS (NSTTV) - NEW STRAITS TIMES - 28/12/2023

 

KUALA LUMPUR: Demanding transparency, the Malaysian Muslim Consumers Association (PPIM) insisted that the Health Ministry (MOH) revisit its White Paper and disclose accurate statistics involving vaccines.

Chief Activist Datuk Nadzim Johan said the current White Paper does not address ways to control transborder infectious disease while preventing the public from questioning the government's mechanism in handling the pandemic.

"Numerous cases have indicated the alleged side effects of the Covid-19 vaccine.

"It is time for MoH to be more transparent by disclosing the actual figures and facts related to those experiencing these side effects," he said during a press conference today.

Nadzim also called upon the government to be transparent about procuring the Covid-19 vaccine and Paxlovid.

"This is a matter of lives; reveal the details, and do not let that be another corruption fraud like the 1Malaysia Development Berhad scandal," he said.

In this regard, PPIM and several paramedic non-governmental organisations (NGOs) alliances urged MoH to formulate a national health policy focused on more effective disease control.

"A preventive strategy, rather than treatment, should have been the primary focus of the National Health Policy. The government must be more pragmatic in reshaping the National Health Policy," he said.

Commenting on another issue, Nadzim said the announcement by the newly appointed Health Minister Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, urging the public to receive booster shots and maintain mask-wearing practices, has caused widespread anxiety.

"We have been through the crucial period, and at a stage where we are now living with the virus, treating that as a flu.

"The unexpected proposal from the Health Minister has needlessly stirred anxiety among the public," he said.

Also present, Dr Kenny Yong Yean Sirn raised concerns about the potential overdose of antibodies.

"The ministry should be conducting a comprehensive study on the issue, especially on what are the side effects for those with comorbidities and cancer patients," he said.

Medical consultant Dr Mustafa Ali Mohd said the ministry should consider getting input from other medical experts aside from just blindly following whatever the World Health Organisation (WHO) advises.

"All we want is just the nation to be built with strength and endure this adversity with a strategic mechanism," he said.

KUALA LUMPUR: Demanding transparency, the Malaysian Muslim Consumers Association (PPIM) insisted that the Health Ministry (MOH) revisit its White Paper and disclose accurate statistics involving vaccines.

Chief Activist Datuk Nadzim Johan said the current White Paper does not address ways to control transborder infectious disease while preventing the public from questioning the government's mechanism in handling the pandemic.

"Numerous cases have indicated the alleged side effects of the Covid-19 vaccine.

"It is time for MoH to be more transparent by disclosing the actual figures and facts related to those experiencing these side effects," he said during a press conference today.

Nadzim also called upon the government to be transparent about procuring the Covid-19 vaccine and Paxlovid.

"This is a matter of lives; reveal the details, and do not let that be another corruption fraud like the 1Malaysia Development Berhad scandal," he said.

In this regard, PPIM and several paramedic non-governmental organisations (NGOs) alliances urged MoH to formulate a national health policy focused on more effective disease control.

"A preventive strategy, rather than treatment, should have been the primary focus of the National Health Policy. The government must be more pragmatic in reshaping the National Health Policy," he said.

Commenting on another issue, Nadzim said the announcement by the newly appointed Health Minister Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, urging the public to receive booster shots and maintain mask-wearing practices, has caused widespread anxiety.

"We have been through the crucial period, and at a stage where we are now living with the virus, treating that as a flu.

"The unexpected proposal from the Health Minister has needlessly stirred anxiety among the public," he said.

Also present, Dr Kenny Yong Yean Sirn raised concerns about the potential overdose of antibodies.

"The ministry should be conducting a comprehensive study on the issue, especially on what are the side effects for those with comorbidities and cancer patients," he said.

Medical consultant Dr Mustafa Ali Mohd said the ministry should consider getting input from other medical experts aside from just blindly following whatever the World Health Organisation (WHO) advises.

"All we want is just the nation to be built with strength and endure this adversity with a strategic mechanism," he said.

Chief Activist Datuk Nadzim Johan said the current White Paper does not address ways to control transborder infectious disease while preventing the public from questioning the government’s mechanism in handling the pandemic. STU/NABILA ADLINA AZAHARI

Article by: New Straits Times

PPIM CALLS ON MOH TO REVISE HEALTH WHITE PAPER; BE TRANSPARENT ON VACCINE STATISTICS (NSTTV)

https://www.nst.com.my/news/nation/2023/12/995116/ppim-calls-moh-revise-health-white-paper-be-transparent-vaccine

KAJI SEMULA KEPERLUAN DOS VAKSIN PENGGALAK - PPIM - SINAR HARIAN - 28/12/2023

 


KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) digesa mengkaji semula keperluan dos vaksin penggalak Covid-19 kepada rakyat susulan dakwaan wujudnya kesan sampingan yang memudaratkan kesihatan penerima vaksin sedia ada.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, sudah tiba masanya KKM bersikap lebih terbuka dengan mendedahkan angka-angka sebenar dan fakta-fakta mereka yang mengalami gejala kesan sampingan ini.
Nadzim Johan. Gambar kecil: Dr Kenny Yong

Menurutnya, pada masa sama KKM perlu menetapkan dasar yang lebih konkrit dalam hal mencegah penyakit tanpa bergantung kepada vaksin semata-mata.

"Rakyat dah lalui satu fasa, perintah kawalan pergerakan (PKP) dan lalui penyakit (Covid-19). Tapi akhirnya kita lihat ia sudah menjadi selsema biasa.

"Tapi ramai sakit (pasca vaksin). Kenyataan Menteri Kesihatan (Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad) yang mungkin KKM akan keluarkan arahan pengambilan dos penggalak, merisaukan kami.

"Adakah ini satu-satunya laluan yang kita perlu hadapi? Kenapa mesti galakkan? Adakah tidak ada rawatan yang lebih baik?," katanya ketika sidang akhbar pada Khamis.

Sidang akhbar berkenaan turut disertai gabungan badan bukan kerajaan (NGO) paramedik yang menyuarakan kebimbangan sama dan menuntut penjelasan daripada KKM bagi menjamin keselamatan kesihatan masyarakat.

Nadzim menambah, KKM juga digesa agar mengkaji dan menggubal semula Kertas Putih Kesihatan yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada 13 Jun 2023 lalu.

"Kami mahu pihak KKM mengkaji dan menggubal semula Kertas Putih tersebut yang kurang menitikberatkan soal kawalan wabak rentas sempadan dan tidak membiarkan pihak lain mengambil kesempatan untuk menafikan cara kita dalam menanganinya," katanya.

Dalam pada itu, pakar perubatan rehabilitasi kanser, Dr Kenny Yong Yean Sirn berkata, KKM perlu menjelaskan status semasa Covid-19 bagi negara ketika ini sama ada sudah berada pada fasa endemik.

Katanya, pada masa sama kajian KKM juga wajar melaksanakan ujian tahap antibodi penerima vaksin bagi menentukan status kesihatan mereka sebelum mengeluarkan arahan pengambilan dos penggalak vaksin Covid-19.

"Persoalannya bolehkah KKM dapatkan laporan keselamatan dos vaksin ini atau adakah kita hanya ikut (mengarahkan pengambilan dos vaksin) membuta tuli?

"Selepas empat tahun, sepatutnya perlu ada kajian dan maklum balas berkenaan dengan kesan sampingan dos vaksin ini, sama ada memberi efek baik atau buruk," ujarnya.

Artikel oleh: Sinar Harian

KAJI SEMULA KEPERLUAN DOS VAKSIN PENGGALAK - PPIM

https://www.sinarharian.com.my/article/641657/khas/covid-19/kaji-semula-keperluan-dos-vaksin-penggalak---ppim

Thursday, December 28, 2023

PPIM GESA KKM NILAI SEMULA KEPERLUAN RAKYAT DIVAKSINASI COVID-19 LAGI - KENYATAAN MEDIA - 28/12/2023

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengkaji semula keperluan rakyat divaksinasi lagi dengan vaksin Covid-19 setelah diumumkan oleh World Health Organization (WHO) sebagai Endemik di seluruh dunia.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi meminta KKM mengkaji semula keperluan vaksinasi wabak itu setelah selama ianya diwajibkan, terdapat banyak kes kesan sampingan yang amat menyedihkan. Lebih memilukan ialah terdapat banyak kes akibat dari vaksin itu yang membawa kesan jangka panjang yang melibatkan penurunan kualiti hidup mereka.

Sudah tiba masanya pihak KKM menilai semula keperluan vaksinasi ini dan bersikap lebih terbuka dalam hal ini dan mendedahkan angka-angka sebenar dan fakta-fakta mereka yang mengalami gejala kesan sampingan ini.

PPIM juga ingin menggesa pihak KKM mengkaji dan menggubal semula Kertas Putih Kesihatan yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada 13 Jun 2023 lalu.

"Kami mahu pihak KKM mengkaji dan menggubal semula Kertas Putih tersebut yang kurang menitikberatkan soal kawalan wabak rentas sempadan dan tidak membiarkan pihak lain mengambil kesempatan untuk menafikan cara kita dalam menanganinya", tegas Nadzim.

Sehubungan dengan itu, PPIM serta beberapa gabungan NGO Paramedik mendesak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merangka dasar kesihatan negara dengan menitikberatkan soal kawalan penyakit yang lebih berkesan dan mengambil pendekatan pencegahan berbanding rawatan.

Walaupun Kertas Putih tersebut ada menggariskan secara terperinci tentang konsep pencegahan dari merawat yang memfokus mendidik masyarakat mengenai kepentingan pemakanan sihat, dan menghindari unsur-unsur negatif yang memudaratkan kesihatan, namun tidak menyentuh soal campur tangan pihak luar khususnya dari badan-badan kesihatan serantau mahupun dunia sehingga boleh menjejaskan kedaulatan negara.

PPIM dan gabungan NGO Paramedik dan segenap rakyat Malaysia akan berusaha sebaik mungkin untuk mempertahankan kepentingan kesihatan rakyat Malaysia dan menggesa kerajaan lebih pragmatik dalam menggariskan semula Dasar Kesihatan Negara.

ADAKAH RAKYAT MASIH MEMERLUKAN SUNTIKAN VAKSIN? DASAR KESIHATAN NEGARA ADAKAH RELEVAN? - SIDANG MEDIA PPIM - 28/12/2023

KUALA LUMPUR: Pasca COVID-19 telah diumumkan oleh World Health Organization (WHO) sebagai Endemik di seluruh dunia, perlukah lagi vaksinasi COVID-19?

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu ada satu dasar yang baharu untuk menangani masalah wabak secara global. 

Susulan itu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) serta beberapa gabungan NGO Paramedik akan mengadakan sidang media bagi mendesak KKM untuk merangka semula dasar kesihatan negara dengan menitikberatkan pendekatan pencegahan berbanding rawatan.

Konsep mencegah lebih baik dari merawat menjadi fokus utama, mendidik masyarakat mengenai kepentingan pemakanan sihat dan menghindari unsur-unsur negatif yang memudaratkan kesihatan.

PPIM dan gabungan NGO Paramedik serta segenap rakyat Malaysia akan berusaha sebaik mungkin untuk mempertahankan kesihatan rakyat Malaysia dan menggesa kerajaan mengubah Dasar Kesihatan Negara.

Sehubungan itu, satu sidang media telah diadakan hari ini.

Tuesday, December 26, 2023

APLIKASI KHAS BELAJAR FAHAMI AL-QURAN - SINAR HARIAN - 25/12/2023

 

Artikel oleh: Sinar Harian

APLIKASI KHAS BELAJAR FAHAMI AL-QURAN

THINK QURAN JALON KERJASAMA DENGAN WUIF, KARYA BESTARI - SINAR HARIAN - 24/12/2023

 

GOMBAK - Syarikat Think Osem Sdn Bhd yang membangunkan aplikasi pendidikan, Think Quran menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dan Karya Bestari pada Ahad.

Kerjasama tersebut bertujuan memastikan umat Islam boleh memahami kandungan al-Quran dengan lebih mudah walaupun tanpa asas bahasa Arab.

Ia ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Think Osem Sdn Bhd, Datuk Abdul Radzeen Abdul Rahman; Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Firdaus Hussamuddin dan Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff.

Hadir sama, Ketua Aktivis Pertubuhan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan dan Ketua Pegawai Eksekutif Grup Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin di Auditorium Utama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) cawangan Gombak, di sini.

Abdul Radzeen berkata,Think Quran dicipta supaya masyarakat dapat mengetahui tentang kepentingan membaca al-Quran dalam bahasa Arab.

Abdul Radzeen berkata, Think Quran dicipta supaya masyarakat dapat mengetahui tentang kepentingan membaca al-Quran dalam bahasa Arab.

“Pemahaman al-Quran yang dipelajari merupakan perkara yang mampu mengubah diri kita.

“Saya harapkan kerjasama ini akan dapat memberi faedah kepada lebih ramai orang dalam mempelajari dan memahami al-Quran.

“Apa sahaja perkara yang dibincangkan untuk melaksanakan aplikasi ini, semoga semuanya ALLAH SWT permudahkan,” katanya.

Hussamuddin berucap menerusi video.

“Cita-cita kami besar iaitu kami mahu kuatkan bangsa ini secepat mungkin, jadi dengan adanya kerjasama atau kolaborasi sebegini, ia lebih mudah direalisasikan.

“Kalau kita dapat pakejkan perkara ini, kita boleh sebarkannya supaya lebih ramai umat Islam ketagih untuk membaca al-Quran.

“Kalau ketagih dengan sesuatu perkara maksudnya mereka suka atau ia menyeronokkan. Tetapi kalau tidak faham dengan apa yang dibaca, bagaimana nak rasa seronok?” katanya menerusi rakaman video yang disiarkan.

Artikel oleh: Sinar Harian

THINK QURAN JALON KERJASAMA DENGAN WUIF, KARYA BESTARI

https://www.sinarharian.com.my/article/641172/berita/nasional/think-quran-jalin-kerjasama-dengan-wuif-karya-bestari

Saturday, December 23, 2023

HIMPUNAN KEBANGKITAN NGO-NGO ISLAM - TV PERTIWI - 23/12/2023

Badan bukan kerajaan (NGO) Islam hari ini berhimpun di Kelab Sultan Sulaiman di Kuala Lumpur bagi menyuarakan kebimbangan mereka terhadap beberapa isu semasa.

Antara wakil NGO yang dilihat hadir pagi ini adalah Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan P4lestin (GSPP) Muhammad Fauzi Asmuni, Perunding Kanan Politik dan Perundangan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Aminuddin Yahaya dan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan.

Perhimpunan yang diadakan hari ini bermatlamat mempertahankan kesucian agama Islam, menjunjung kedaulatan tanah Melayu, memelihara kedaulatan Perlembagaan serta memelihara daripada ancaman liberalisme dan pluralisme.

12 wakil NGO Melayu dijangka akan berucap hari ini dengan diakhiri satu deklarasi dan memorandum pemerkasaan undang-undang syariah.

Artikel oleh: TV Pertiwi (Facebook)

HIMPUNAN KEBANGKITAN NGO-NGO ISLAM

https://www.facebook.com/tvpertiwi/posts/pfbid0rnTrQTF2ErxAiK2iD7QQ24HU9HFU8R7ZneAqoqExacW1TCNdiogCFivaHPbaKJQul

Friday, December 22, 2023

PPIM PUJI TINDAKAN ATAS KARTEL AYAM MAHU TINDAKAN ATAS KARTEL LAIN JUGA - KENYATAAN MEDIA PPIM - 22/12/2023

KUALA LUMPUR, 22 DIS - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memuji tindakan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mengenakan denda berjumlah RM415 juta terhadap lima syarikat kerana membentuk “kartel makanan ayam” untuk menetapkan harga.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan @ Toqqi berkata sudah tiba masanya pihak berkuasa bertindak lebih tegas terhadap pihak yang memanipulasi harga barangan sehingga menyebabkan rakyat berada dalam keadaan tertekan untuk mendapatkan bekalan barangan asas.

"Makanan ayam mewakili 72.8 peratus daripada jumlah kos pengeluaran ayam berbanding faktor lain, sudah tentu kenaikan harga makanan ayam secara langsung menjejaskan harga ayam yang merupakan antara sumber protein utama penduduk Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Nadzim kos yang menyumbang kepada kos pengeluaran ayam termasuk harga anak ayam (21%), tenaga kerja (2.6%), pengangkutan (1.7%), vaksin/vitamin (1.0%), dan utiliti seperti air serta elektrik (0.9%).

Sehubungan itu, PPIM turut mendesak tindakan sama diambil keatas kartel lain seperti daging, telur, minyak masak dan beras.

"Semua barangan ini adalah barang makanan asas pengguna di Malaysia, pihak berkuasa harus bertindak tegas dan lebih proaktif dalam menangani isu masalah kenaikan harga barangan yang semakin diluar kawalan," katanya.

Kata Nadzim, kerajaan juga harus mencari langkah jangka panjang bagi memastikan perkara ini tidak berulang dan tindakan undang-undang tidak dilakukan secara one-off atau bermusim.

"Tindakan harus berterusan, dan kami di PPIM sedia bekerjasama untuk menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa bagi memastikan tindakan boleh diambil," katanya.

Tambah Toqqi lagi, kerajaan juga harus berwaspada terhadap apa jua tindakbalas kartel terhadap rangkaian bekalan protein terbesar ini. Kami yakin pihak berkuasa pasti sudah menjangkakan kesan jangka panjang dan pendek terhadap tindakan ini dan merangka strategi yang sesuai untuk memastikan bekalan dan harga bekalan tidak naik.

PPIM MEMPERSOALKAN KEPERLUAN MAIDAM MEMBIAYAI KOS PEMBELIAN VAKSIN B00STER - KENYATAAN MEDIA PPIM - 22/12/2023

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mempersoalkan keputusan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) untuk membiayai pembelian vaksin booster di tengah-tengah kontroversi dan ketidakpastian berkaitan dengan keberkesanan dan keselamatan vaksin C0V!D-19.

Kenapa perlu biayai vaksin booster? sedangkan banyak sudah maklumat tentang kandungan vaksin serta data AEFI dan kematian yang sangat tinggi selepas pasca vaksinasi.

Mantan KP KKM Tan Sri Noor Hisham sendiri mengakui terdapat kesan sampingan kematian dan keguguran semasa sesi soal jawab mahkamah kes Dr Roland pada Jun 2023.

Harga vaksin juga dipertikaikan, jangan membazir membeli vaksin yang tidak berkesan langsung malah memudaratkan.  EU Parlimen telah membuktikan tidak diuji langsung keberkesanan vaksin semasa soal jawab Ahli Parlimen EU (Rob Roos) dengan wakil pihak Pfizer (Janine Small).

Amat mengejutkan satu dunia apabila MAHKAMAH NORTHERN DISTRICT OF TEXAS telah mengarahkan Pfizer mengeluarkan semua data kesan sampingan dan telah didapati sebanyak 1291 dan lebih,jenis penyakit/kesan sampingan yang telah didedahkan antaranya KEMATIAN, STROKE, SERANGAN JANTUNG, STILL BORN, EPILEPSY, CANCER, IP36 DELETION SYNDROME.  Ini diakui sendiri oleh Tan Sri Nor Hisham di dalam Mahkamah perbicaraan kes Dr Roland bahawa kematian adalah termasuk di dalam kesan sampingan akibat pengambilan vaksin.

Cadangan PPIM:

  • PPIM menganggap ia sebagai pembaziran yang sepatutnya dialihkan kepada keperluan yang lebih mendesak, seperti membantu mangsa-mangsa yang terkena kesan sampingan akibat penerimaan vaksin serta membiayai pampasan dan menjana ekonomi kepada rakyat yang terkesan akibat pengisytiharaan darurat/PKP.
  • PPIM meminta Majlis Fatwa Kebangsaan/Negeri mengeluarkan Fatwa baru terhadap pengambilan vaksin dan jika perlu diharamkan, HARAMkan terus kerana banyak kemudharatan dari kebaikan.

PPIM menyeru MAIDAM untuk menjelaskan rasionaliti di sebalik keputusan ini. Sehubungan dengan itu, PPIM akan mengadakan satu sidang media berkenaan isu ini dan akan diturut serta beberapa NGO.

BASMI KEMISKINAN | NOKTAHKAN KEMISKINAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA, BUKAN KERAJAAN SEMATA-MATA - BULETIN TV3 - 20/12/2023

 

#BuletinUtama#BuletinTV3#BU

Tanggungjawab menoktahkan kemiskinan tidak boleh dibebankan semata-mata ke atas kerajaan, sebaliknya semua pihak perlu bekerjasama untuk menjayakannya.

Sumber: Buletin TV3

BASMI KEMISKINAN | NOKTAHKAN KEMISKINAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA, BUKAN KERAJAAN SEMATA-MATA

https://www.youtube.com/watch?v=nXSgl192iLs

AKTIVITI | ANUGERAH BUKU NEGARA 2023& DIALOG MAHASISWA TEMU ANWAR - PPIM - 21/12/2023

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi menghadiri ke Majlis Anugerah Buku Negara 2023 dan Dialog Mahasiswa Temu Anwar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim.

Majlis telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Wednesday, December 20, 2023

AKTIVITI | KONGRES MENOKTAH KEMISKINAN: PERANAN SEKTOR KETIGA - PPIM - 20/12/2023

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi dijemput sebagai ahli panel bagi Kongres Menoktah Kemiskinan: Peranan Sektor Ketiga anjuran Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) dan Benevolent Malaysia dengan kerjasama Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (InsPeK) Universiti Malaysia Kelantan serta Universiti Tenaga Nasional.

Forum bertajuk ‘Cabaran Kelestarian Impak Dalam Menoktah Kemiskinan: Pengalaman Pemegang Taruh’ bertempat di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Kajang, Selangor.

AKTIVITI | MAJLIS PELANCARAN NOVEL GRAFIK " SAYA BEKAS EKSTREMIS" DAN PENGHARGAAN AGENSI RAKAN STRATEGIK JABATAN PENJARA MALAYSIA - PPIM - 20/12/2023

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi menghadiri ke Majlis Perlancaran Novel Grafik "Saya Bekas Ekstremis" dan menerima penghargaan sebagai Agensi Rakan Strategik Jabatan Penjara Malaysia sempena Majlis Perhimpunan Ibu Pejabat Penjara Malaysia Bulan Disember 2023 di Auditorium, Ibu Pejabat Penjara Malaysia.

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL