Tuesday, December 26, 2023

THINK QURAN JALON KERJASAMA DENGAN WUIF, KARYA BESTARI - SINAR HARIAN - 24/12/2023

 

GOMBAK - Syarikat Think Osem Sdn Bhd yang membangunkan aplikasi pendidikan, Think Quran menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dan Karya Bestari pada Ahad.

Kerjasama tersebut bertujuan memastikan umat Islam boleh memahami kandungan al-Quran dengan lebih mudah walaupun tanpa asas bahasa Arab.

Ia ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Think Osem Sdn Bhd, Datuk Abdul Radzeen Abdul Rahman; Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Firdaus Hussamuddin dan Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff.

Hadir sama, Ketua Aktivis Pertubuhan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan dan Ketua Pegawai Eksekutif Grup Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin di Auditorium Utama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) cawangan Gombak, di sini.

Abdul Radzeen berkata,Think Quran dicipta supaya masyarakat dapat mengetahui tentang kepentingan membaca al-Quran dalam bahasa Arab.

Abdul Radzeen berkata, Think Quran dicipta supaya masyarakat dapat mengetahui tentang kepentingan membaca al-Quran dalam bahasa Arab.

“Pemahaman al-Quran yang dipelajari merupakan perkara yang mampu mengubah diri kita.

“Saya harapkan kerjasama ini akan dapat memberi faedah kepada lebih ramai orang dalam mempelajari dan memahami al-Quran.

“Apa sahaja perkara yang dibincangkan untuk melaksanakan aplikasi ini, semoga semuanya ALLAH SWT permudahkan,” katanya.

Hussamuddin berucap menerusi video.

“Cita-cita kami besar iaitu kami mahu kuatkan bangsa ini secepat mungkin, jadi dengan adanya kerjasama atau kolaborasi sebegini, ia lebih mudah direalisasikan.

“Kalau kita dapat pakejkan perkara ini, kita boleh sebarkannya supaya lebih ramai umat Islam ketagih untuk membaca al-Quran.

“Kalau ketagih dengan sesuatu perkara maksudnya mereka suka atau ia menyeronokkan. Tetapi kalau tidak faham dengan apa yang dibaca, bagaimana nak rasa seronok?” katanya menerusi rakaman video yang disiarkan.

Artikel oleh: Sinar Harian

THINK QURAN JALON KERJASAMA DENGAN WUIF, KARYA BESTARI

https://www.sinarharian.com.my/article/641172/berita/nasional/think-quran-jalin-kerjasama-dengan-wuif-karya-bestari

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...