Thursday, December 28, 2023

PPIM GESA KKM NILAI SEMULA KEPERLUAN RAKYAT DIVAKSINASI COVID-19 LAGI - KENYATAAN MEDIA - 28/12/2023

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengkaji semula keperluan rakyat divaksinasi lagi dengan vaksin Covid-19 setelah diumumkan oleh World Health Organization (WHO) sebagai Endemik di seluruh dunia.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi meminta KKM mengkaji semula keperluan vaksinasi wabak itu setelah selama ianya diwajibkan, terdapat banyak kes kesan sampingan yang amat menyedihkan. Lebih memilukan ialah terdapat banyak kes akibat dari vaksin itu yang membawa kesan jangka panjang yang melibatkan penurunan kualiti hidup mereka.

Sudah tiba masanya pihak KKM menilai semula keperluan vaksinasi ini dan bersikap lebih terbuka dalam hal ini dan mendedahkan angka-angka sebenar dan fakta-fakta mereka yang mengalami gejala kesan sampingan ini.

PPIM juga ingin menggesa pihak KKM mengkaji dan menggubal semula Kertas Putih Kesihatan yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada 13 Jun 2023 lalu.

"Kami mahu pihak KKM mengkaji dan menggubal semula Kertas Putih tersebut yang kurang menitikberatkan soal kawalan wabak rentas sempadan dan tidak membiarkan pihak lain mengambil kesempatan untuk menafikan cara kita dalam menanganinya", tegas Nadzim.

Sehubungan dengan itu, PPIM serta beberapa gabungan NGO Paramedik mendesak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merangka dasar kesihatan negara dengan menitikberatkan soal kawalan penyakit yang lebih berkesan dan mengambil pendekatan pencegahan berbanding rawatan.

Walaupun Kertas Putih tersebut ada menggariskan secara terperinci tentang konsep pencegahan dari merawat yang memfokus mendidik masyarakat mengenai kepentingan pemakanan sihat, dan menghindari unsur-unsur negatif yang memudaratkan kesihatan, namun tidak menyentuh soal campur tangan pihak luar khususnya dari badan-badan kesihatan serantau mahupun dunia sehingga boleh menjejaskan kedaulatan negara.

PPIM dan gabungan NGO Paramedik dan segenap rakyat Malaysia akan berusaha sebaik mungkin untuk mempertahankan kepentingan kesihatan rakyat Malaysia dan menggesa kerajaan lebih pragmatik dalam menggariskan semula Dasar Kesihatan Negara.

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL