Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mempersoalkan keputusan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) untuk membiayai pembelian vaksin booster di tengah-tengah kontroversi dan ketidakpastian berkaitan dengan keberkesanan dan keselamatan vaksin C0V!D-19.
Kenapa perlu biayai vaksin booster? sedangkan banyak sudah maklumat tentang kandungan vaksin serta data AEFI dan kematian yang sangat tinggi selepas pasca vaksinasi.
Mantan KP KKM Tan Sri Noor Hisham sendiri mengakui terdapat kesan sampingan kematian dan keguguran semasa sesi soal jawab mahkamah kes Dr Roland pada Jun 2023.
Harga vaksin juga dipertikaikan, jangan membazir membeli vaksin yang tidak berkesan langsung malah memudaratkan. EU Parlimen telah membuktikan tidak diuji langsung keberkesanan vaksin semasa soal jawab Ahli Parlimen EU (Rob Roos) dengan wakil pihak Pfizer (Janine Small).
Amat mengejutkan satu dunia apabila MAHKAMAH NORTHERN DISTRICT OF TEXAS telah mengarahkan Pfizer mengeluarkan semua data kesan sampingan dan telah didapati sebanyak 1291 dan lebih,jenis penyakit/kesan sampingan yang telah didedahkan antaranya KEMATIAN, STROKE, SERANGAN JANTUNG, STILL BORN, EPILEPSY, CANCER, IP36 DELETION SYNDROME. Ini diakui sendiri oleh Tan Sri Nor Hisham di dalam Mahkamah perbicaraan kes Dr Roland bahawa kematian adalah termasuk di dalam kesan sampingan akibat pengambilan vaksin.
Cadangan PPIM:
- PPIM menganggap ia sebagai pembaziran yang sepatutnya dialihkan kepada keperluan yang lebih mendesak, seperti membantu mangsa-mangsa yang terkena kesan sampingan akibat penerimaan vaksin serta membiayai pampasan dan menjana ekonomi kepada rakyat yang terkesan akibat pengisytiharaan darurat/PKP.
- PPIM meminta Majlis Fatwa Kebangsaan/Negeri mengeluarkan Fatwa baru terhadap pengambilan vaksin dan jika perlu diharamkan, HARAMkan terus kerana banyak kemudharatan dari kebaikan.
PPIM menyeru MAIDAM untuk menjelaskan rasionaliti di sebalik keputusan ini. Sehubungan dengan itu, PPIM akan mengadakan satu sidang media berkenaan isu ini dan akan diturut serta beberapa NGO.
No comments:
Post a Comment