KUALA LUMPUR: Pasca COVID-19 telah diumumkan oleh World Health Organization (WHO) sebagai Endemik di seluruh dunia, perlukah lagi vaksinasi COVID-19?
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu ada satu dasar yang baharu untuk menangani masalah wabak secara global.
Susulan itu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) serta beberapa gabungan NGO Paramedik akan mengadakan sidang media bagi mendesak KKM untuk merangka semula dasar kesihatan negara dengan menitikberatkan pendekatan pencegahan berbanding rawatan.
Konsep mencegah lebih baik dari merawat menjadi fokus utama, mendidik masyarakat mengenai kepentingan pemakanan sihat dan menghindari unsur-unsur negatif yang memudaratkan kesihatan.
PPIM dan gabungan NGO Paramedik serta segenap rakyat Malaysia akan berusaha sebaik mungkin untuk mempertahankan kesihatan rakyat Malaysia dan menggesa kerajaan mengubah Dasar Kesihatan Negara.
Sehubungan itu, satu sidang media telah diadakan hari ini.
No comments:
Post a Comment