19 Ogos 2024 - Perjumpaan Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi bersama Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC), Encik Iskandar Ismail di Menara SSM Kuala Lumpur.
Tuesday, August 20, 2024
Friday, December 22, 2023
PPIM PUJI TINDAKAN ATAS KARTEL AYAM MAHU TINDAKAN ATAS KARTEL LAIN JUGA - KENYATAAN MEDIA PPIM - 22/12/2023
KUALA LUMPUR, 22 DIS - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memuji tindakan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mengenakan denda berjumlah RM415 juta terhadap lima syarikat kerana membentuk “kartel makanan ayam” untuk menetapkan harga.
Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan @ Toqqi berkata sudah tiba masanya pihak berkuasa bertindak lebih tegas terhadap pihak yang memanipulasi harga barangan sehingga menyebabkan rakyat berada dalam keadaan tertekan untuk mendapatkan bekalan barangan asas.
"Makanan ayam mewakili 72.8 peratus daripada jumlah kos pengeluaran ayam berbanding faktor lain, sudah tentu kenaikan harga makanan ayam secara langsung menjejaskan harga ayam yang merupakan antara sumber protein utama penduduk Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah Nadzim kos yang menyumbang kepada kos pengeluaran ayam termasuk harga anak ayam (21%), tenaga kerja (2.6%), pengangkutan (1.7%), vaksin/vitamin (1.0%), dan utiliti seperti air serta elektrik (0.9%).
Sehubungan itu, PPIM turut mendesak tindakan sama diambil keatas kartel lain seperti daging, telur, minyak masak dan beras.
"Semua barangan ini adalah barang makanan asas pengguna di Malaysia, pihak berkuasa harus bertindak tegas dan lebih proaktif dalam menangani isu masalah kenaikan harga barangan yang semakin diluar kawalan," katanya.
Kata Nadzim, kerajaan juga harus mencari langkah jangka panjang bagi memastikan perkara ini tidak berulang dan tindakan undang-undang tidak dilakukan secara one-off atau bermusim.
"Tindakan harus berterusan, dan kami di PPIM sedia bekerjasama untuk menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa bagi memastikan tindakan boleh diambil," katanya.
Tambah Toqqi lagi, kerajaan juga harus berwaspada terhadap apa jua tindakbalas kartel terhadap rangkaian bekalan protein terbesar ini. Kami yakin pihak berkuasa pasti sudah menjangkakan kesan jangka panjang dan pendek terhadap tindakan ini dan merangka strategi yang sesuai untuk memastikan bekalan dan harga bekalan tidak naik.
Friday, January 22, 2016
PERJUANGAN KAMI
ARKIB ARTIKEL
-
▼
2026
(357)
-
▼
September
(29)
- GUBAL SEGERA AKTA KHUSUS TAPIS PENSTIMAN DIGITAL -...
- AKTIVITI | MESYUARAT KHAS KE ARAH MENDESAK PENUBUH...
- AKTIVITI | SARAPAN MERDEKA PERCUMA SEMPENA SAMBUTA...
- CHOW KIT BERSELAWAT MALAM AMBANG MERDEKA - HARIAN ...
- MyGiG SOKONG PENGECUALIAN ALGORITMA BERASASKAN AGA...
- ALUNAN SELAWAT BERGEMA DI CHOW KIT - HARIAN METRO ...
- AKTIVITI | SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DAN HARI KEMERD...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA TEAM MCMC - PPI...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA YAS TPj. (PA) G...
- PLATFORM P-HAILING PERLU BERI PILIHAN DALAM SISTEM...
- TOLAK PESANAN TIDAK HALAL, JANGAN HUKUM PENGHANTAR...
- JANGAN HUKUM PENGHANTAR MUSLIM KERANA MENOLAK PESA...
- AKTIVITI | PROGRAM MERDEKAPENTER 2026 - PPIM - 22/...
- BERITA PERDANA - DAKWAAN TALIAN DISALAH GUNA UNTUK...
- BULETIN BERNAMA | KEMPEN KESEDARAN ANTIPENIPUAN DA...
- SYARIKAT TELCO PERLU PERJELAS SEGERA DAKWAAN PENDA...
- SATU NAMA MEMILIKI 400 TALIAN TELEFON DIJUAL SEMUL...
- FAHMI: LEBIH 300,000 TERLIBAT JUDI DALAM TALIAN, 4...
- BOOST FRAUD AWARENESS IN RURAL AREAS: MINISTER - T...
- PINDA AKTA PERKHIDMATAN POS, PERKETAT SEKTOR KURIE...
- 'TERKEJUT NAMA DIGUNA ATAS 18 TALIAN' - KOSMO - 21...
- CEO TELCO DIPANGGIL BERI PENJELASAN - BERITA HARIA...
- 47.6 JUTA KANDUNGAN YANG MELANGGAR PERATURAN TELAH...
- TELCO PERLU SEGERA PERJELAS DAKWAAN PENDAFTARAN TA...
- SCAM MAKIN GANAS: FAHMI ARAH TELCO BERI PENJELASAN...
- KERAJAAN CADANG PINDA AKTA PERKHIDMATAN POS, PERKE...
- PENIPUAN DALAM TALIAN, SYARIKAT TELCO DIMINTA BERI...
- FAHMI TO SUMMON TELCO CEO'S OVER SIM CARDS ALLEGED...
- EXPAND SCAM AWARENESS CAMPAIGNS TO RURAL AREAS: FA...
-
▼
September
(29)

.jpeg)
