Tuesday, February 28, 2017

3523) Amirah Mohd Noh vs Lingkaran Trans Kota Holdings Bhd (LITRAK) - PPIM 28/2/2017

WhatsApp Image 2017-02-28 at 1.42.01 PMWhatsApp Image 2017-02-28 at 1.42.03 PM WhatsApp Image 2017-02-28 at 1.42.06 PM
PPIM menerima satu aduan berkenaan dengan penyelenggaraan lebuhraya Damansara-Puchong yang diselenggara oleh LITRAK.
Didalam aduan tersebut. Pengadu mengatakan bahawa terdapat satu objek iaitu rim tayar ditengah lebuhraya tersebut. Disebabkan kegagalan pihak LITRAK menyelenggara lebuhraya itu, kenderaan yang dibawa oleh ayah pengadu mengalami kemalangan di lebuhraya tersebut.
Beberapa rundingan telah dilakukan oleh pihak beliau namun ia tidak menunjukkan hasil yang positif .
Oleh itu, PPIM akan mengadakan satu perjumpaan antara dua pihak ini pada 27 march 2017 untuk membincangkan dan mencari solusi untuk perkara ini.

3522) MULTAQA PENDIDIKAN DAN SOSIAL – PPIM – 28/2/2017




MULTAQA PENDIDIKAN DAN SOSIAL
MAJLIS PERUNDINGAN ISLAM (MPI) mengadakan satu majlis ilmu bertemakan Transformasi Pendidikan dan Sosial di Malaysia bertempat Auditorium Cempaka Sari Kompleks Perbadanan Putrajaya semalam.
Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai memberi sokongan terhadap majlis ini.
Majlis dimulakan dengan sidang pleno dan panel pertama adalah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), YBhg. Prof. Dato’ Dr. Hassan Basri bin Awang Mat Dahan bertajuk Pemerkasaan Dan Peningkatan Pendidikan Kerohanian Dan Akhlak Untuk Melahirkan Pemimpin Bertaqwa.
Didalam sidang pleno 2 iaitu panel sosial. Panel kedua adalah Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), YBhg. Datuk Nadzim bin Johan dengan tajuk Perkongsian Pengalaman Dalam Menangani Isu Sosial.



3521) PERJUMPAAN PPIM BERSAMA JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA - PPIM - 28/2/2017

WhatsApp Image 2017-02-28 at 1.49.30 PM (1) Satu perjumpaan antara Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dato’ Nadzim Johan bersama Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI), Datuk Abdul Rahman Putra bin Dato dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia, Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid bertempat di bangunan Hal Ehwal Undang-Undang, Putrajaya. Perjumpaan ini memperbincangkan berkenaan kerjasama antara PPIM dan MDI untuk membantu mangsa bankrap dan pemerkasaan fungsi MDI. Turut hadir, Penasihat Undang-Undang dan Aktivis, PPIM Edward Lim, Saudara Amirullah Abdullah, saudara Izzat Johari dan Tuan Syed Kamarulzaman. WhatsApp Image 2017-02-28 at 1.49.31 PM WhatsApp Image 2017-02-28 at 1.49.33 PM

3520) OPERASI BANTERAS AKTIVITI HARAM (OPS BAH) SIRI KE 33 - PPIM 27/2/2017

27 Februari 2017 - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga bersama 24 jabatan/agensi kerajaan dan 14 NGO yang lain telah menjalankan OPERASI BANTERAS AKTIVITI HARAM (OPS BAH) SIRI KE 33 yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Willayah Persekutuan, Dato Seri Adnan Haji Md Ikhsan.   Dalam operasi kali ini, difahamkan bahawa fokus operasi adalah untuk membanteras aktiviti pelacuran dan pusat perjudi haram. Lokasi pertama adalah pusat urut berhampiran Danau Kota. Permis ini menyediakan perkhidmatan urut tradisional kepada pelanggan di samping itu mereka juga menawarkan perkhidmatan sex kepada pelanggan mereka. [caption id="attachment_15024" align="alignnone" width="610"]pusat urut Pusat pelacuran yang berselindung disebalik pusat urut tradisional.[/caption]  
Dalam serbuan ini. beberapa warga asing ditahan dan pemecahan dinding tambahan dilakukan oleh pihak berkuasa. 1IMG_1107 copy                                 1IMG_1118 copy 1IMG_1127 copy Serbuan kedua adalah pusat perjudian yang bertopengkan pusat hiburan. Beberapa mesen judi telah dirampas oleh pihak berkuasa dan permis ini juga menjual minuman keras kepada pelanggan mereka.                         1IMG_1167 copy 1IMG_1170 copy 1IMG_1171 copy

3519) TIADA HAK MINTA TEMPAT KHAS MEROKOK: PPIM - BERITA HARIAN - 28/2/2017

                 berita harian 28.2.2017
Kuala Lumpur: Perokok tidak boleh membangkitkan isu hak merokok di tempat awam kerana hak itu terlucut selepas pewartaan larangan merokok. Penguatkuasaan peraturan berkenaan dilaksanakan mengikut Peraturan 11(w) Peraturan - Peraturan Kawalan Hasil Tembakau  (PPKHT) Pindaan Peraturan 2017. Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor Osman, berkata perokok juga tiada hak meminta disediakan tempat khas untuk merokok kerana asap rokok akan merosakkan kesihatan orang ramai dan alam sekitar. Katanya, larangan dikuatkuasakan di taman awam itu adalah usaha kerajaan mengurangkan jumlah mereka yang merokok, tabiat yang bukan sahaja memudaratkan diri sendiri tetapi juga menjejaskan orang lain dan alam sekitar. " Apabila peraturan dan larangan diperkenalkan, perokok tiada lagi hak. Dalam isu ini, kerajaan atau pihak berkuasa tidak perlu sediakan kawasan khas merokok kerana jelas dalam peraturan, taman awam kawasan larangan merokok," katanya. Beliau meminta menteri, pegawai tinggi kerajaan, pemimpin masyarakat dan politik serta mereka yang dihormati masyarakat seperti guru, ustaz dan doktor yang merokok, menghentikan tabiat berkenaan. Mengenai denda dikenakan kepada perokok, beliau berkata, kadar yang ditetapkan memadai, malah Kementerian Kesihatan juga memberi tempoh empat bulan untuk mendidik masyarakat mengenai peraturan baharu itu sebelum penguatkuasaanya.

3518) POLIS MAHU JUMPA WARIS REMAJA - KOSMO - 27/2/2017

                 kosmo 28.2.2017
 JOHOR BAHRU – Polis bercadang untuk mengadakan satu pertemuan dengan waris lapan remaja berbasikal yang terkorban dirempuh kereta Nissan Almera dipandu seorang gadis di Jalan Lingkaran Dalam di sini pada Sabtu lepas bagi memaklumkan status terkini siasatan kes tersebut. Pertemuan itu diadakan bagi membolehkan waris-waris mendapatkan perkembangan terkini mengenai status kes berkenaan selain waris-waris juga boleh bertanyakan pelbagai soalan kepada pihak polis berhubung kes tersebut. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, pihaknya telus dalam menjalankan siasatan kes tersebut dan tidak melin­dungi sesiapa termasuk pemandu gadis yang melanggar remaja berbasikal berkenaan. " Siasatan kes berkenaan masih dilakukan oleh kami. Saya akan bertemu dengan waris mangsa untuk memaklumkan kes itu. Sementara itu, di Kuala Lumpur, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan menggesa polis Johor segera menyelesaikan siasatan kejadian lapan remaja maut dirempuh kereta yang dipandu gadis berkenaan. " Kes yang menarik perhatian ramai ini elok diselesaikan cepat agar tidak timbul cakap-cakap tidak betul mengenai kejadian tersebut," jelas beliau. Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0227&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz4ZxT1Wp4F

Monday, February 27, 2017

3517) CARI MEKANISMA KEKAL HARGA BERAS TEMPATAN - HARIAN METRO - 27/2/2017

                    HARIAN METRO 27.2.2017
 Kuala Lumpur: Perlu ada satu mekanisme khusus bagi memastikan harga beras tempatan yang dinikmati sebahagian besar pengguna tidak dinaikkan susulan perubahan harga beras import. Menerusi langkah itu,pengguna akan terus mendapat bekalan beras pada harga yang berpatutan walaupun berlaku kenaikan harga pada ketegori gred import di pasaran. Penyelaras Briged Pengguna, Yusuf Azmi berkata, pihaknya khuatir kenaikan harga beras tempatan yang ketika ini berjumlah 40 peratus bekalan beras negara. " Kita mengikuti isu beras ini sejak pemansuhan susbsidi kira-kira dua tahun lalu dan is menjadi isu penting kepada pengguna selepas bekalan makanan lain. " Saya beranggapan, isu ketiadaan  subsidi beras juga masih menjadi cakap-cakap dalam kalangan masyarakat, sekarang kenaikan harga beras pula. Walau apa pun faktornya, pengguna tidak patut menerima

3516) PPIM GESA BEBAS REMAJA ROHINGYA DITAHAN DI PENJARA KAJANG - BERITA NASIONAL RTM - 24/2/2017

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), dalam sidang media bersama Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), menggesa pembebasan seorang remaja Rohingya berumur 15 tahun yang kini ditahan di Penjara Kajang.Remaja berkenaan ditahan atas kesalahan memiliki kad UNHCR yang tidak sah.

Saturday, February 25, 2017

3515) PPIM, MHO RAYU BEBASKAN KANAK-KANAK ROHINGYA – ASTRO AWANI – 24/2/2017

Pertubuhan Kemanusiaan Antarabangsa Malaysia (MHO) bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) merayu pihak berkuasa membebaskan seorang kanak-kanak etnik Rohingya. Individu 15 tahun itu ditahan kerana tidak memiliki dokumen yang sah.

3514) RAYU BEBAS BUDAK ROHINGYA - HARIAN METRO - 25/2/2017

                 harian metro 25.2.2017
  Kerajaan dan institusi kehakiman negara dirayu membebaskan seorang kanak-kanak Islam Rohingya berusia 15 tahun yang ditahan pihak berkuasa kerana tidak memiliki kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), yang sah. Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) Hishamuddin Hashim berkata, tindakan itu juga seperti ‘bercanggah’ dengan pendirian Malaysia yang selama ini begitu prihatin membela nasib etnik berkenaan di negara ini. Selain itu, menurut beliau, pendakwaan dibuat di Mahkamah Majistret Sepang mengikut Seksyen (6)(c) Akta Imigresen 1969/63 atas kesalahan tidak memiliki kad UNHCR sah pada 25 Januari lalu menimbulkan persoalan. “Persoalannya, Akta Kanak-Kanak 2001 menyebut kanak-kanak adalah seseorang yang berumur di bawah 18 tahun dan dalam kes ini, warga Rohingya itu baru berusia 15 tahun. “Jadi, sepatutnya kuasa pendengaran atau apa saja pertuduhan terhadapnya hendaklah didengar di Mahkamah Bagi Kanak-Kanak. Tambahan pula kanak-kanak itu bukan melakukan kesalahan jenayah yang sepatutnya dibicarakan di Mahkamah Majistret,” katanya pada sidang media di pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini semalam. Hadir sama Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan, Presiden MHO Dr Noorazman Mohd Suddin dan Presiden Pertubuhan Penggerak Ekonomi Islam Malaysia Zamri Zaimon.

3513) DROP CHARGE, URGES NGO - NEW STRAITS TIMES - 25/2/2017

                     new straits times 25.2.2017
  KUALA LUMPUR: The arrest of a 15-year-old Rohingya refugee here has sparked displeasure among non-governmental associations (NGOs) in Malaysia. The boy was apprehended and brought to the Sepang magistrate’s court on Jan 25 and was charged under section 6(1)(c) of the Immigration Act 1959/63 for not possessing a valid United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) identification card. Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) president Datuk Nadzim Johan questioned why a child was taken to a magistrate’s court and not to a juvenile court. “It is recognised that this Act provides for the care and protection of children under all circumstances, without regard for their background,” he told reporters at a press conference here yesterday. On behalf of other NGOs, Nadzim urged that charges against the boy be dropped and that he is released and given assistance by related agencies, and provided with a valid UNHCR identification card. Nadzim said the goverment needed to study its mechanism for assisting Rohingya in Malaysia " with the influx of Rohingya in the country,the goverment should employ them in appropriate sectors," The boy was detained at kajang prison until March 27 for re-mention of the of the case.

Friday, February 24, 2017

3512) ARREST OF ROHINGYA BOY LACKING UNHCR CARD ANGERS NGOS – YAHOO NEWS – 24/2/2017



KUALA LUMPUR: The arrest of a 15-year-old Rohingya refugee here has sparked displeasure among non-governmental associations (NGOs) in Malaysia.
The boy was apprehended and brought to the Sepang magistrate’s court on Jan 25 and was charged under section 6(1)(c) of the Immigration Act 1959/63 for not possessing a valid United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) identification card.
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) president Datuk Nadzim Johan questioned why a child was taken to a magistrate’s court and not to a juvenile court.
“It is recognised that this Act provides for the care and protection of children under all circumstances, without regard for their background,” he told reporters at a press conference here yesterday.
On behalf of other NGOs, Nadzim urged that charges against the boy be dropped and that he is released and given assistance by related agencies, and provided with a valid UNHCR identification card.
“Malaysia… must help asylum seekers (like him) and make them useful to the country by providing them education and jobs,” he added.

3511) NGO DESAK BEBASKAN KANAK-KANAK ROHINGYA – HARIAN NEWS – 24/2/2017


Kuala Lumpur: Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) merayu kerajaan membebaskan seorang kanak-kanak Islam Rohingya berusia 15 tahun yang ditahan pihak berkuasa kerana tidak memiliki kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) yang sah.
Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) Hishamuddin Hashim berkata, tindakan itu juga dilihat seperti ‘bercanggah’ dengan pendirian Malaysia yang selama ini begitu prihatin terhadap nasib etnik berkenaan di negara ini.
“Selama ini rakyat kita membawa mesej yang jelas termasuk mengadakan perhimpunan demi menunjukkan kepada dunia soladiriti kita menentang kekejaman terhadap etnik Rohingya.
“Namun pada masa sama pada 25 Januari lalu, kita telah menahan seorang kanak-kanak Rohingya dan mengadapkannya ke Mahkamah Majistret Sepang di bawah Seksyen (6)(c) Akta Imigresen 1969/63 atas kesalahan tidak memiliki kad UNHCR yang sah,” katanya pada sidang media di pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini hari ini.
Hadir sama Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan, Presiden MHO Dr Noorazman Mohd Ssuddin dan Presiden Pertubuhan Penggerak Ekonomi Islam Malaysia Zamri Zaimon.
Hisyamuddin berkata, penahanan lanjut kanak-kanak itu juga menggambarkan kegagalan kerajaan menyediakan perlindungan sewajarnya kepada anak pelarian sebagai negara yang telah menandatangani dan meratifikasi Konvensyen Hak Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu.
Di bawah konvensyen itu melalui Artikel 22 katanya, jelas menyatakan negara-negara anggota hendaklah mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk memastikan pelarian kanak-kanak menerima perlindungan dan bantuan kemanusiaan yang sepatutnya.

3510) PPIM: HUBUNGI TERUS PIHAK BERWAJIB JIKA LIHAT PERKARA SANGSI – MALAYSIA GAZETTE – 24/2/2017


KUALA LUMPUR – Orang ramai dinasihatkan agar berhubung terus kepada pihak berwajib sekiranya mengetahui perkara-perkara yang dirasakan sangsi.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, pengguna tidak perlu menjadikan laman sosial untuk menghebahkan sesuatu perkara yang dilihat bercanggah terutamanya jika ia melibatkan hukum halal dan haram.
“Bukan tidak boleh berkongsi di laman sosial, tetapi adalah lebih baik jika maklumat itu disalurkan terlebih dahulu kepada pihak berkenaan agar tindakan dapat diambil dengan segera,” katanya kepada MalaysiaGazette.
Beliau ditemui selepas sidang media mengenai  Projek pembangunan Pasar Borong Selayang di sini semalam.
Nadzim berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada pihaknya menerima maklumat berhubung gambar sebuah lori yang dikatakan membawa bangkai ayam untuk dihantar ke sebuah restoran nasi ayam seperti tersebar di laman sosial baru-baru ini.
Difahamkan, gambar yang dirakam itu berlaku di Pulau Pinang.
Menurut Nadzim, beliau telah melihat gambar itu dan ada menggesa PPIM Pulau Pinang untuk menjalankan siasatan sama ada bangkai ayam itu turut dibekalkan di restoran-restoran lain atau sebagainya.
Katanya, berdasarkan maklumat awal yang diperoleh pihaknya, bangkai ayam itu dijadikan baja untuk tanaman dan bukan untuk dimakan.
Beliau turut yakin bangkai ayam itu tidak dibekalkan ke restoran-restoran makanan segera.
Menerusi perkongsian di laman Facebook gambar sebuah lori muatan lima tan hampir penuh dengan ayam yang dilihat terkulai dan dipercayai sudah mati.
Netizen mendakwa, ayam tersebut dipercayai dijual secara lelong dengan harga RM2.00 seekor serta menamakan sebuah restoran yang menjual nasi ayam sering membeli ayam tersebut.
Difahamkan, kejadian tersebut bukan kali pertama berlaku kerana bangkai ayam sering dibawa dalam keadaan terdedah namun sehingga kini tiada maklumat sahih dapat mengesahkan perkara berkenaan.
Perkongsian gambar itu jelas menimbulkan pertanyaan netizen yang mahukan pihak berkuasa menjalankan siasatan supaya tindakan sewajarnya dapat dilakukan. 

3509) GELOMBANG UNGU BANJIRI PADANG MERBOK – BN BBC – 24/2/2017



18 FEB: Ratusan individu berpakaian ungu mula membanjiri Padang Merbok bagi menyertai Himpunan Rang Undang-Undang 35 (RUU 355) di sini, hari ini.
Peserta himpunan itu terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, termasuk individu bukan Islam, yang hadir bagi menyatakan sokongan terhadap RUU355.
Penganjur sebelum ini menjangkakan kehadiran seramai 200,000 penyokong daripada kalangan masyarakat Islam dan bukan Islam ke himpunan itu.
Beberapa pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik dijangka menyampaikan pidato serta perbahasan sepanjang himpunan yang dijangka tamat pada jam 11 malam.
Antara mereka ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; timbalannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan; serta Ketua Dewan Ulama PAS pusat, Datuk Dr Mahfudz Mohamad.
Pemimpin NGO pula ialah Presiden Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar; Pengerusi Sekretariat Ummat, Aminudin bin Yahya; Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Strategik Islam Malaysia, Datuk Prof Mahamad Naser Disa serta jurucakap Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Sesi pidato pada sebelah malam turut menampilkan tokoh agama diketuai, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Al-Bakri; Pengerusi Sekretariat Ulamak & Umarak, Datuk Jailani Ngah; Datuk Dr Hassan Ali serta jurucakap Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM), Dr Yusri Mohamad.
Pada masa sama, satu himpunan balas turut dijadual diadakan di Tasik Taman Jaya, Petaling Jaya, dipelopori kumpulan yang menolak RUU355.

3508) NGO DESAK BEBASKAN KANAK-KANAK ROHINGYA – HARIAN METRO ONLINE – 24/2/2017


Kuala Lumpur: Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) merayu kerajaan membebaskan seorang kanak-kanak Islam Rohingya berusia 15 tahun yang ditahan pihak berkuasa kerana tidak memiliki kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) yang sah.
Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) Hishamuddin Hashim berkata, tindakan itu juga dilihat seperti 'bercanggah' dengan pendirian Malaysia yang selama ini begitu prihatin terhadap nasib etnik berkenaan di negara ini.
"Selama ini rakyat kita membawa mesej yang jelas termasuk mengadakan perhimpunan demi menunjukkan kepada dunia soladiriti kita menentang kekejaman terhadap etnik Rohingya.
"Namun pada masa sama pada 25 Januari lalu, kita telah menahan seorang kanak-kanak Rohingya dan mengadapkannya ke Mahkamah Majistret Sepang di bawah Seksyen (6)(c) Akta Imigresen 1969/63 atas kesalahan tidak memiliki kad UNHCR yang sah," katanya pada sidang media di pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini hari ini.
Hadir sama Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan, Presiden MHO Dr Noorazman Mohd Ssuddin dan Presiden Pertubuhan Penggerak Ekonomi Islam Malaysia Zamri Zaimon.
Hisyamuddin berkata, penahanan lanjut kanak-kanak itu juga menggambarkan kegagalan kerajaan menyediakan perlindungan sewajarnya kepada anak pelarian sebagai negara yang telah menandatangani dan meratifikasi Konvensyen Hak Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu.
Di bawah konvensyen itu melalui Artikel 22 katanya, jelas menyatakan negara-negara anggota hendaklah mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk memastikan pelarian kanak-kanak menerima perlindungan dan bantuan kemanusiaan yang sepatutnya.



3507) Sidang Media : Mana Pergi Kemanusiaan? - PPIM - 24/2/2017


24 Februari 2017 - Seorang kanak-kanak wanita rohingya yang berumur 15 tahun masih lagi ditahan oleh imigresen. Beliau ditangkap atas tidak mempunyai kad United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) yang sah semasa beliau dalam perjalanan ke tempat kerjanya dan telah di dakwa di Mahkamah Tinggi Putra Jaya. 
Berikutan kes ini, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) mengadakan satu sidang akhbar berkenaan tindakan yang dikenakan terhadap kanak-kanak rohingya ini.
Di dalam Akta Kanak-Kanak 2001, telah tertulis bahawa tiap-tiap kanak-kanak berhak untuk mendapatkan pelindungan dan bantuan dalam segala hal keadaan tanpa mengira apa-apa jenis perbezaan, seperti ras, warna kulit, jantina, bahasa, agama, asal usul atau kecacatan fizikal, mental atau emosi . Kata Setiausaha Agung MHO, Hishamuddin Hashim
Semasa masyarakat rohingya diseksa, dibunuh dan diperkosa. Masyarakat di Malaysia membantah dan mengadakan satu perhimpunan untuk menyatakan rasa simpati ke atas mereka. Namun, apabila mereka berada di negara ini kanak-kanak ini ditangkap atas kesalahan tidak mempunyai kad UNHCR yang sah dan dibicara ke Mahkamah Tinggi bukan di Mahkamah Bagi Kanak-Kanak.
IMG_9849-(1
“Dia atau keluarga dia boleh bunuh diri” kata Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dato’ Nadzim Johan (Toqqi) untuk menerangkan bahawa tindakan ini mampu memberi tekanan mental dan emosi kepada kanak-kanak tersebut dan ahli keluarganya.
Selain daripada itu, pelarian warga rohingya ini sepatutnya diberi pekerjaan dimana pekerjaan yang rakyat Malaysia tidak berminat kepada mereka supaya ia dapat mengelakkan mereka dari melakukan jenayah seperti mencuri.
“Jika tidak diberikan pekerjaan, mereka boleh menjadi pencuri, perogol dan pembunuh atas sebab kewangan” kata toqqi.
Dari sudut MHO pula, Presiden MHO, Dr. Noorazman mengatakan “Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengusir pelarian-pelarian dari negara beliau namun beliau memberi pengecualian kepada kanak-kanak.
Di sini dapat dilihat bahawa Akta Kanak-Kanak dikuatkuasakan sepenuhnya di setiap negara termasuk Amerika Syarikat
“Oleh itu, kami menyeru agar dia (kanak-kanak rohongya) dibebaskan dan pihak berwajib membatu dia dalam urusan kad UNHCR ini.”
 IMG_9755(1 IMG_9756(1 IMG_9765)1 IMG_9778(1

3506) DIBURU AHLONG KERANA HUTANG SUAMI – UTUSAN ONLINE – 24/2/2017

Hidup ibarat roda, ada masa di atas dan ada ketikanya di bawah. Memang tidak pernah terlintas pada benak wanita ini yang suatu hari dia akan duduk di kaki lima bersama gelandangan kota, menagih simpati orang ramai demi sesuap nasi. Sedangkan sebelum ini, dia yang akan turun berjumpa golongan itu mewakili majikannya menyumbang bungkusan makanan.

Pernah melalui kehidupan yang agak senang sebelum ini, siapa menyangka situasi itu berubah, gara-gara suaminya menghilang diri sejak enam bulan lalu dengan meninggalkan hutang yang banyak.

Tiada pilihan lain, dia terpaksa mengambil alih tugas menjaga lapan anak yang berusia antara 23 tahun sehingga tiga bulan, sendirian.

Memburukkan lagi keadaan, Anita Mes, 45, dan anak-anak terpaksa menanggung ‘dosa’ suami, diburu sekumpulan ah long yang mengugut untuk merogol anak perempuannya dan membunuh mereka sekeluarga selagi hutang suami berjumlah lebih RM50,000 itu tidak diselesaikan.

“Suami hilang tanpa sebarang berita ketika saya mengandungkan anak bongsu. Bayangkan, saya hampir meroyan selepas melahirkan anak memikirkan bagaimana untuk membeli susu dan makan anak-anak yang lain kerana wang simpanan dan barang kemas sudah habis dijual untuk menyelesaikan sebahagian hutang suami.

“Paling tidak boleh dilupakan, saya pernah berjalan seharian di sekitar pusat bandar walaupun ketika itu baru beberapa hari bersalin, semata-mata untuk mencari bantuan membeli susu. Bayi saya alahan susu badan, jadi dia bergantung kepada susu formula sahaja.

“Waktu itu, saya sudah malu nak pinjam wang daripada rakan-rakan kerana sudah banyak saya pinjam daripada mereka. Jadi, saya tidak punya pilihan kecuali pergi berjumpa dengan beberapa pengurusan masjid di ibu negara untuk merayu meminta sedikit wang.

“Saya ingat mudah, rupa-rupanya proses mendapatkan wang memakan masa yang lama sampai berminggu-minggu, sedangkan ketika itu saya sangat terdesak dan tak boleh tunggu lama. Saya hampir putus asa, tidak tahu di mana lagi boleh mendapatkan bantuan segera,” katanya ketika ditemui di rumahnya, baru-baru ini.

Menurut Anita yang enggan wajahnya dikenali, ketika duduk memikirkan masalah diri di sekitar Masjid Negara, seorang gelandangan yang mengenalinya menegur dan menyatakan terdapat sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bukan Islam yang boleh membantunya memberi sedikit wang.

Tanpa berfikir panjang, Anita terus ke pejabat NGO tersebut. Di situ pihak pengurusan tidak bertanya banyak kepadanya melainkan apa keperluan yang diingini, malah sempat menasihati Anita supaya tidak berputus asa dalam hidup kerana mereka boleh membantu meringankan beban yang ditanggung.

Dia yang kelihatan sugul dengan nasib menimpa keluarga, kemudiannya membuat aduan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bagi mengelak keadaan bertambah buruk tentang ugutan yang diterima.

Bersyukur, kerana PPIM telah berhubung dengan semua ah long berkenaan dan merujuk kes terbabit kepada pihak polis kerana mempunyai unsur ugutan bunuh. Anita tidak lagi diganggu mereka buat sementara ini dan dia berusaha memikirkan bagaimana menyelesaikan baki hutang yang tertunggak.

Ketika ini, Anita tidak bekerja kerana tidak boleh meninggalkan bayinya yang masih kecil tanpa penjaga. Hidup Anita sekeluarga kini bergantung kepada anak perempuan sulungnya yang bekerja di sebuah butik dan baru-baru ini juga dia mula menerima bantuan daripada Baitulmal.

Anita juga kini berdepan dengan masalah lain apabila rumah yang diduduki mempunyai tunggakan selama setahun kerana tidak mampu untuk melunaskannya ekoran tidak bekerja.

Apa yang membimbangkan, tunggakan itu akan menyebabkan Anita bakal kehilangan tempat berteduh memandangkan telah menerima notis dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Bukan tak mahu bekerja, tetapi siapa yang akan menjaga anak kecil ini kerana tak mampu menghantar anak ke pengasuh. Saya berharap ada pihak yang sudi memberi peluang pekerjaan yang boleh dilakukan dari rumah kerana saya perlu meneruskan hidup demi anak-anak.

“Dahulu saya pernah mengambil kursus membuat roti dan bercadang untuk berniaga tetapi saya tidak mempunyai peralatan serta modal yang boleh digunakan untuk memulakannya,” kata Anita yang turut berterima kasih kepada pengasas pertubuhan Humanity, Mohd. Nizam Wahid yang banyak membantunya selama ini.




Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

3505) DIBURU AH LONG KERANA HUTANG SUAMI – UTUSAN ONLINE – 24/2/2017


Hidup ibarat roda, ada masa di atas dan ada ketikanya di bawah. Memang tidak pernah terlintas pada benak wanita ini yang suatu hari dia akan duduk di kaki lima bersama gelandangan kota, menagih simpati orang ramai demi sesuap nasi. Sedangkan sebelum ini, dia yang akan turun berjumpa golongan itu mewakili majikannya menyumbang bungkusan makanan.
Pernah melalui kehidupan yang agak senang sebelum ini, siapa menyangka situasi itu berubah, gara-gara suaminya menghilang diri sejak enam bulan lalu dengan meninggalkan hutang yang banyak.
Tiada pilihan lain, dia terpaksa mengambil alih tugas menjaga lapan anak yang berusia antara 23 tahun sehingga tiga bulan, sendirian.
Memburukkan lagi keadaan, Anita Mes, 45, dan anak-anak terpaksa menanggung ‘dosa’ suami, diburu sekumpulan ah long yang mengugut untuk merogol anak perempuannya dan membunuh mereka sekeluarga selagi hutang suami berjumlah lebih RM50,000 itu tidak diselesaikan.
“Suami hilang tanpa sebarang berita ketika saya mengandungkan anak bongsu. Bayangkan, saya hampir meroyan selepas melahirkan anak memikirkan bagaimana untuk membeli susu dan makan anak-anak yang lain kerana wang simpanan dan barang kemas sudah habis dijual untuk menyelesaikan sebahagian hutang suami.
“Paling tidak boleh dilupakan, saya pernah berjalan seharian di sekitar pusat bandar walaupun ketika itu baru beberapa hari bersalin, semata-mata untuk mencari bantuan membeli susu. Bayi saya alahan susu badan, jadi dia bergantung kepada susu formula sahaja.
“Waktu itu, saya sudah malu nak pinjam wang daripada rakan-rakan kerana sudah banyak saya pinjam daripada mereka. Jadi, saya tidak punya pilihan kecuali pergi berjumpa dengan beberapa pengurusan masjid di ibu negara untuk merayu meminta sedikit wang.
“Saya ingat mudah, rupa-rupanya proses mendapatkan wang memakan masa yang lama sampai berminggu-minggu, sedangkan ketika itu saya sangat terdesak dan tak boleh tunggu lama. Saya hampir putus asa, tidak tahu di mana lagi boleh mendapatkan bantuan segera,” katanya ketika ditemui di rumahnya, baru-baru ini.
Menurut Anita yang enggan wajahnya dikenali, ketika duduk memikirkan masalah diri di sekitar Masjid Negara, seorang gelandangan yang mengenalinya menegur dan menyatakan terdapat sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bukan Islam yang boleh membantunya memberi sedikit wang.
Tanpa berfikir panjang, Anita terus ke pejabat NGO tersebut. Di situ pihak pengurusan tidak bertanya banyak kepadanya melainkan apa keperluan yang diingini, malah sempat menasihati Anita supaya tidak berputus asa dalam hidup kerana mereka boleh membantu meringankan beban yang ditanggung.
Dia yang kelihatan sugul dengan nasib menimpa keluarga, kemudiannya membuat aduan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bagi mengelak keadaan bertambah buruk tentang ugutan yang diterima.
Bersyukur, kerana PPIM telah berhubung dengan semua ah long berkenaan dan merujuk kes terbabit kepada pihak polis kerana mempunyai unsur ugutan bunuh. Anita tidak lagi diganggu mereka buat sementara ini dan dia berusaha memikirkan bagaimana menyelesaikan baki hutang yang tertunggak.
Ketika ini, Anita tidak bekerja kerana tidak boleh meninggalkan bayinya yang masih kecil tanpa penjaga. Hidup Anita sekeluarga kini bergantung kepada anak perempuan sulungnya yang bekerja di sebuah butik dan baru-baru ini juga dia mula menerima bantuan daripada Baitulmal.
Anita juga kini berdepan dengan masalah lain apabila rumah yang diduduki mempunyai tunggakan selama setahun kerana tidak mampu untuk melunaskannya ekoran tidak bekerja.
Apa yang membimbangkan, tunggakan itu akan menyebabkan Anita bakal kehilangan tempat berteduh memandangkan telah menerima notis dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
“Bukan tak mahu bekerja, tetapi siapa yang akan menjaga anak kecil ini kerana tak mampu menghantar anak ke pengasuh. Saya berharap ada pihak yang sudi memberi peluang pekerjaan yang boleh dilakukan dari rumah kerana saya perlu meneruskan hidup demi anak-anak.
“Dahulu saya pernah mengambil kursus membuat roti dan bercadang untuk berniaga tetapi saya tidak mempunyai peralatan serta modal yang boleh digunakan untuk memulakannya,” kata Anita yang turut berterima kasih kepada pengasas pertubuhan Humanity, Mohd. Nizam Wahid yang banyak membantunya selama ini.


3504) ARREST OF ROHINGYA BOY LACKING UNHCR CARD ANGERS NGOS – NEW STRAITS TIMES – 24/2/2017


KUALA LUMPUR: The arrest of a 15-year-old Rohingya refugee here has sparked displeasure among non-governmental associations (NGOs) in Malaysia. The boy was apprehended and brought to the Sepang magistrate’s court on Jan 25 and was charged under section 6(1)(c) of the Immigration Act 1959/63 for not possessing a valid United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) identification card. Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) president Datuk Nadzim Johan questioned why a child was taken to a magistrate’s court and not to a juvenile court. “It is recognised that this Act provides for the care and protection of children under all circumstances, without regard for their background,” he told reporters at a press conference here yesterday. On behalf of other NGOs, Nadzim urged that charges against the boy be dropped and that he is released and given assistance by related agencies, and provided with a valid UNHCR identification card. “Malaysia… must help asylum seekers (like him) and make them useful to the country by providing them education and jobs,” he added. 17 reads The arrest of a 15-year-old Rohingya refugee here has sparked displeasure among non-governmental associations (NGOs) in Malaysia.



3503) LAMBAKAN MINYAK SUBSIDI MALAYSIA DI PASAR TAK BAI – BERITA HARIAN ONLINE – 24/2/2017

KOTA BHARU: Minyak masak paket satu kilogram (kg) keluaran Malaysia dijual secara berleluasa di sebelah Thailand yang sekali gus menimbulkan persoalan bagaimana ia boleh dijual secara berleluasa di situ. Minyak masak paket satu kilogram masih lagi diberikan subsidi oleh kerajaan Malaysia dijual di Pasar Tak Bai pada harga antara RM4 hingga RM5.50 sepaket tetapi masih dianggap murah dan mendapat permintaan ramai khususnya penduduk tempatan. Peniaga, Mek Jah Che Soh, 53, berkata minyak masak paket dari Malaysia mendapat permintaan meluas di pasaran Thailand berikutan harganya yang dianggap masih lagi murah. "Minyak soya keluaran Thailand tidak mendapat permintaan meluas berikutan harganya agak mahal iaitu RM6 untuk setiap 500 mililiter (ml) sebotol. "Minyak masak paket dari Malaysia dijual pada harga lebih murah dan mudah diperoleh di seberang sempadan (Kelantan)," katanya ketika ditemui di Pasar Tak Bai, Thailand. Mek Jah berkata, dia memperoleh bekalan minyak berkenaan daripada orang tengah dan dibawa masuk melalui laluan air iaitu menggunakan perahu. "Bekalan minyak masak Malaysia termasuk jenis paket 1 kg agak mudah didapati dan kami tidak perlu risau kerana bekalan sentiasa ada untuk dijual," katanya. Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Kelantan (PPIM), Datuk Seri Dr Mohd Fared Abdul Ghani, berkata tinjauan selama dua jam di pasar berkenaan mendapati lebih 10 kedai runcit menjual minyak masak paket bersubsidi serta minyak jenama tempatan dijual secara terbuka. Katanya, PPIM memandang serius perkara berkenaan kerana bekalan minyak masak terutama yang paket satu kg di negeri ini sering berlaku kehabisan stok di pasar raya. "Timbul persoalan bagaimana minyak ini dijual di negara jiran, adakah melalui jalan yang sah atau penyeludupan," katanya. Mohd Fared berkata, ada alasan yang diberikan oleh peniaga yang mendakwa pintu sempadan Imigresen ditutup awal iaitu jam 6 petang menyebabkan ada antara mereka cuba membawa masuk pelbagai barang termasuk minyak masak melalui pangkalan haram. "PPIM mencadangkan pihak berkuasa perlu menilai kembali waktu operasi pintu sempadan kerana difahamkan aktiviti penyeludupan berlaku bermula sekitar jam 12 tengah malam hingga 2 pagi. "Kami juga menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menarik lesen syarikat atau pemborong sekiranya terbukti mereka bersekongkol dengan akviti penyeludupan minyak masak bersubsidi ke negara jiran," katanya.

Thursday, February 23, 2017

3502) Majlis Makan Malam dan Perbincangan Santai - PPIM - 22/02/2017

22/2/17 - Majlis Makan Malam dan Perbincangan Santai Sempena Multaqa Kluster Sosial dan Pendidikan 2017 di Dewan Institut Latihan Islam Malaysia(ILIM)WhatsApp Image 2017-02-23 at 13.55.01WhatsApp Image 2017-02-23 at 13.55.02WhatsApp Image 2017-02-23 at 13.55.02 (1)

3501) Temubual Bersama Crew Rancangan SIS TV9: Isu Pencuri Digital - PPIM - 23/2/2017

Dunia dihujung jari. Itu perumpamaan yang boleh digambarkan untuk zaman sekarang. Dengan aplikasi dan gajet-gajet yang semakin hari semakin canggih ini. Pengguna sering tertipu dengan pencuri atau penipu alam maya ini. Terdapat pelbagai tektik penipuan yang digunakan oleh mereka seperti: Penyamaran. Mereka menyamar sebagai seorang pengutip dana kemanusiaan dari  syarikat tertentu. Kutipan yang diterima adalah untuk kegunaan peribadi mereka sendiri. Pengodam. Pengodam atau hackers akan mencuri data dari sistem penyimpanan seperti Instagram, facebook dan pelbagai lagi. Informasi yang dicuri boleh digunakan untuk memeras ugut, mengaibkan mangsa dan banyak lagi. Penipuan online. Ini sering berlaku dalam transaksi jual beli secara talian. Penjual menerima duid dari pelanggan atas persetujuan untuk menjual sesuatu barang itu tetapi pembeli tidak mendapat barang tersebut. Nasihat kepada para pengguna supaya berwaspada dengan pembelian secara atas talian. Pastikan maklumat penjual dengan betul terlebih dahulu.WhatsApp Image 2017-02-23 at 12.00.20

3500) Hari Jualan Koperasi anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia - PPIM - 23/2/2017

23/2/17 Lawatan Ke Hari Jualan Koperasi anjuran Suruhanjaya Koperasi  Malaysia (SKM). Sebanyak 10-15 peniaga yang turut serta dalam pameran ini antaranya buah-buahan, kereta, buku, kerepek dan sebagainya. Pameran yang terletak di Dataran Menara Suruhanjaya Koperasi Malaysia ini dijangka akan berlangsung sehingga jam 4 petang ini. Selain itu, untuk mengekalkan peniaga-peniaga tempatan dalam persaingan ekonomi. PPIM mencorak langkah masa panjang dengan bekerjasama bersama SKM supaya peniaga-peniag tempatan tetap kekal menapak dalam ekonomi.                      WhatsApp Image 2017-02-23 at 10.44.53 WhatsApp Image 2017-02-23 at 10.44.55                      WhatsApp Image 2017-02-23 at 10.44.56                                            WhatsApp Image 2017-02-23 at 10.44.58                                            WhatsApp Image 2017-02-23 at 10.44.59                                            WhatsApp Image 2017-02-23 at 10.45.02                                            WhatsApp Image 2017-02-23 at 10.45.04                                            WhatsApp Image 2017-02-23 at 10.45.08

Wednesday, February 22, 2017

3499) SESI TAKLIMAT KESEDARAN "ANCAMAN AHLONG KEPADA NEGARA" DI KWSP - PPIM - 22/2/2017

SESI TAKLIMAT KESEDARAN "ANCAMAN AHLONG KEPADA NEGARA" DI KWSP
22/2/2017 - PPIM telah mengadakan taklimat kepada warga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Kuala Lumpur bertajuk Ancaman AhLong Kepada Negara.
Turut hadir, Ketua Aktivis PPIM, Dato’ Nadzim Johan & Ketua Jabatan Modal Insan, En Khalid Haron sebagai memberi sokongan terhadap majlis ini.
Taklimat yang dikelolakan oleh Cikgu Izham Nayan, Pengarah Latihan PPIM menarik penyertaan sekitar 150 orang pada pagi tadi.
Topik yang disampaikan pada program tersebut adalah berkaitan isu-isu kepenggunaan seperti Hutang VS Ahlong dan Pemerkasaan Pengguna: Bijak Berbelanja.
WhatsApp Image 2017-02-22 at 08.58.13 WhatsApp Image 2017-02-22 at 09.14.58 WhatsApp Image 2017-02-22 at 09.14.59

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL