Showing posts with label Tuan Hishamuddin Hashim. Show all posts
Showing posts with label Tuan Hishamuddin Hashim. Show all posts

Friday, February 24, 2017

3507) Sidang Media : Mana Pergi Kemanusiaan? - PPIM - 24/2/2017


24 Februari 2017 - Seorang kanak-kanak wanita rohingya yang berumur 15 tahun masih lagi ditahan oleh imigresen. Beliau ditangkap atas tidak mempunyai kad United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) yang sah semasa beliau dalam perjalanan ke tempat kerjanya dan telah di dakwa di Mahkamah Tinggi Putra Jaya. 
Berikutan kes ini, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) mengadakan satu sidang akhbar berkenaan tindakan yang dikenakan terhadap kanak-kanak rohingya ini.
Di dalam Akta Kanak-Kanak 2001, telah tertulis bahawa tiap-tiap kanak-kanak berhak untuk mendapatkan pelindungan dan bantuan dalam segala hal keadaan tanpa mengira apa-apa jenis perbezaan, seperti ras, warna kulit, jantina, bahasa, agama, asal usul atau kecacatan fizikal, mental atau emosi . Kata Setiausaha Agung MHO, Hishamuddin Hashim
Semasa masyarakat rohingya diseksa, dibunuh dan diperkosa. Masyarakat di Malaysia membantah dan mengadakan satu perhimpunan untuk menyatakan rasa simpati ke atas mereka. Namun, apabila mereka berada di negara ini kanak-kanak ini ditangkap atas kesalahan tidak mempunyai kad UNHCR yang sah dan dibicara ke Mahkamah Tinggi bukan di Mahkamah Bagi Kanak-Kanak.
IMG_9849-(1
“Dia atau keluarga dia boleh bunuh diri” kata Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dato’ Nadzim Johan (Toqqi) untuk menerangkan bahawa tindakan ini mampu memberi tekanan mental dan emosi kepada kanak-kanak tersebut dan ahli keluarganya.
Selain daripada itu, pelarian warga rohingya ini sepatutnya diberi pekerjaan dimana pekerjaan yang rakyat Malaysia tidak berminat kepada mereka supaya ia dapat mengelakkan mereka dari melakukan jenayah seperti mencuri.
“Jika tidak diberikan pekerjaan, mereka boleh menjadi pencuri, perogol dan pembunuh atas sebab kewangan” kata toqqi.
Dari sudut MHO pula, Presiden MHO, Dr. Noorazman mengatakan “Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengusir pelarian-pelarian dari negara beliau namun beliau memberi pengecualian kepada kanak-kanak.
Di sini dapat dilihat bahawa Akta Kanak-Kanak dikuatkuasakan sepenuhnya di setiap negara termasuk Amerika Syarikat
“Oleh itu, kami menyeru agar dia (kanak-kanak rohongya) dibebaskan dan pihak berwajib membatu dia dalam urusan kad UNHCR ini.”
 IMG_9755(1 IMG_9756(1 IMG_9765)1 IMG_9778(1

Friday, October 7, 2016

3100) PPIM, MHO BANTU PEKERJA ASING TERANIAYA - MALAYSIAGAZETTE - 7/10/2016



Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Pertubuhan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) untuk membantu pekerja asing yang teraniaya oleh majikan.
MoU itu ditandatangani Pengerusi PPIM, Datuk Nadzim Johan dengan Setiausaha MHO, Hishamuddin Hashim di Kondominium Villa Puteri di sini hari ini.
Menurut Nadzim, dengan termeterainya kerjasama itu, PPIM mempunyai plafform yang lebih terjamin untuk membantu golongan pekerja asing yang teraniayai mendapat pembelaan.
Sebelum ini, katanya, PPIM banyak menerima aduan mengenai penganiayaan itu, tetapi tidak dapat memberi pembelaan kerana memerlukan kos yang tinggi untuk mendapatkan khidmat guaman.
"Sekarang kita sudah ada sekumpulan peguam yang akan memberi perkhidmatan secara sukarela dan kos guaman lebih rendah dalam menyelesai dan menangani kes berkenaan.
"Kita terima banyak aduan seperti kes majikan tidak bayar gaji sehingga enam bulan, pekerja yang tamat tempoh visa tetapi takut untuk pulang ke negara mereka dan bermacam-macam lagi.
"Kes seperti ini jika ada aduan, kita akan bela. Kita mahu mereka juga mendapat hak untuk membela diri kenapa dianiaya mahupun tinggal lebih tempuh," katanya.
Sementara itu, Hishamuddin yang juga seorang peguam memberitahu, pekerja yang dizalimi itu sepatutnya mendapat hak mereka dan MHO dengan kerjasama PPIM cuba membantu.
Jelas beliau, pekerja asing yang ditahan di kem tahanan sebenarnya boleh dikurangkan jumlah hukuman, tetapi kerana tiada sumber kewangan, mereka tidak mampu mendapatkan khidmat guaman.
"Bagi pihak kerajaan pula, lagi lama pekerja itu ditahan, makin banyak kos dibelanjakan untuk makan minum tahanan, sementara menunggu mereka habis hukuman dan dihantar pulang ke negara asal.
"Apabila MHO dan PPIM sediakan khidmat guaman, sekurang-kurang tempoh tahanan dikurangkan dan pekerja itu dihantar pulang.
"Dengan ini kerajaan dapat jimatkan kos makanan dan Malaysia mendapat nama dalam kalangan negara berkenaan," katanya.
Beliau menasihatkan majikan dalam semua sektor, apabila mengambil pekerja asing, jagalah kebajikan mereka.
Katanya, tanpa sumbangan tenaga asing itu, pembangunan negara tidak tercapai pada tahap cemerlang sekarang. - MalaysiaGazette

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL