Headline: `Kita boikot produk Cadbury'
Publication: HM
Date of publication: May 28, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 012
Kuala Lumpur: "Kita akan boikot bukan hanya dua barangan terbabit, malah semua produk keluaran Cadbury Confectionary (M) Sdn Bhd (Cadbury) dan desak mereka menutup operasi syarikat bagi menghormati sensitiviti umat Islam di Malaysia," kata Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan.
Semalam, beliau bersama Gabungan NGO Islam mengadakan sidang media berhubung isu penemuan DNA babi dalam coklat susu dengan kacang hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan coklat susu dengan buah badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond).
Hasilnya, mereka merumuskan untuk memboikot semua barangan keluaran syarikat berkenaan sambil meminta operasinya dihentikan serta merta ketika kemarahan umat Islam di negara ini sedang memuncak berikutan isu berkenaan.
Nadzim berkata, kempen boikot oleh gabungan NGO berkenaan akan dijalankan serta merta di seluruh negara sebagai protes kepada Cadbury kerana tidak sensitif dengan agama Islam selain melanggar kelulusan sijil halal yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
"Kita kesal kerana ia berlaku kepada syarikat besar seperti ini dan sudah pasti makanan keluaran mereka menjadi kegemaran sebahagian besar rakyat kita.
"Tidak sepatutnya mereka tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) kerana mereka dikenali antara pengeluar makanan berasas coklat terkemuka. Satu laporan polis akan dibuat berhubung perkara ini meminta siasatan dilakukan.
"NGO Islam tidak mahu lagi ada pihak terus memperlekeh dan mempermain hukum Islam. Selama ini kita terlalu berlembut dan inilah akibatnya. Justeru JAKIM perlu membuat pemantauan berterusan ke atas perkara seperti ini pada masa akan datang," katanya pada sidang media semalam.

No comments:
Post a Comment