Headline: Keputusan pindaan peraturan 2 Jun ini
Publication: BH
Date of publication: May 24, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 003
Byline / Author: Oleh Azrul Affandi Sobry; Mohd Nasaruddin Parzi; Muhamad Mustakim RamliKuala Lumpur: Pasukan Trafik Bukit Aman menunggu keputusan bengkel khas berkaitan pindaan peraturan cermin gelap pada 2 Jun ini sama ada meneruskan atau membatalkan Operasi Cermin Gelap di seluruh negara.
Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Fuad Abd Latiff, berkata sebarang perubahan dan pindaan terhadap peraturan itu nanti akan diguna pakai oleh pasukan trafik dalam menjalankan operasi selepas ini.
"Kita tunggu hasil bengkel...operasi hanya akan diadakan bermula 16 Jun ini," katanya.
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan petang semalam, menegaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersetuju untuk mengguna pakai peraturan baharu penggunaan cermin gelap ke atas kenderaan.
"Pindaan baru peraturan itu akan dimuktamadkan menerusi satu bengkel khas diadakan selama dua hari bermula 2 Jun ini di Hotel Holiday In Gleanmarie, Shah Alam," katanya.
Syarat baharu
Lanjutan daripada bengkel itu, Hishammuddin, berkata satu Nota Jemaah Menteri disediakan untuk mendapat kelulusan kerajaan berhubung syarat dan pendekatan baharu penggunaan cermin gelap.
"Bengkel khas ini akan mengkaji segala aspek penggunaan cermin gelap termasuk peraturan sedia ada, penguatkuasaan, faktor keselamatan serta aspek kepenggunaan," katanya.
Hishammuddin berkata, bengkel terbabit juga akan memperhalusi usaha memastikan pengguna dapat diupayakan dari segi maklumat dan kefahaman mengenai penggunaan cermin gelap.
Beliau berkata Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mempengerusikan sesi pertama yang akan membincangkan peraturan sedia ada berkaitan cermin gelap, disusuli pembentangan kajian penggunaannya dan amalan negara luar oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS).
Bengkel ketiga pula akan dipengerusikan PDRM bagi membincangkan berhubung peraturan cermin gelap dari perspektif keselamatan dan jenayah.
Sementara bengkel keempat dan kelima akan dipengerusikan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang akan menyentuh berkenaan kawal selia penjualan cermin gelap di premis aksesori kenderaan serta pengimportan kereta bercermin gelap AP.
Kementerian Dalam Negeri; Kementerian Kesihatan; Kementerian Kewangan; Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar; Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Jabatan Perdana Menteri dan Bank Negara turut terbabit dalam bengkel berkenaan.
Disertai ahli akademik
Selain itu, bengkel akan disertai ahli akademik dari Universiti Sains Malaysia dan Universiti Putra Malaysia serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan termasuk Persatuan pengimport kereta (PEKEMA) dan Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM); Majlis Peguam; persatuan pemandu teksi dan kereta sewa; Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF); Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) serta wakil PROTON dan PERODUA turut terbabit.
Sementara itu, tiga pertubuhan iaitu Persatuan Pengimport Kenderaan Melayu (PEKEMA), Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendesak polis menangguhkan Ops Cermin Gelap ke atas kenderaan di negara ini selaras kajian dan pindaan peraturan baru penggunaannya awal bulan depan.
Presiden PEKEMA, Datuk Zainuddin Abdul Rahman, berkata, polis tidak sewajarnya bertindak mendahului keputusan terkini kerajaan yang sudah memaklumkan bersedia meminda peraturan sedia ada.
"Sebaiknya polis kena tangguhkan dan tunggulah hasil keputusan bengkel khas itu bagi mengelakkan sebarang pertindihan terutama membabitkan saman yang akan dikeluarkan. Sebaiknya, pindaan baharu perlu disusuli dengan langkah penguatkuasaan," katanya yang berkongsi pandangan dengan Presiden CUEPACS, Azih Muda dan Presiden PPIM, Datuk Nadzim Johan.

No comments:
Post a Comment