Gula itu Gila , produk sekarang bukan seperti yang anda
tahu.
Tahukah anda bahawa pengambilan gula yang berlebihan adalah
satu perkara yang sangat bahaya? Tetapi apa kaitan gula, makanan dahulu dengan
makanan sekarang?
Banyak perbezaan yang dapat kita lihat dan ini kerana
kemajuan yang kita kecapi sekarang. Dahulu penggunaan gula adalah kurang
dibandingkan dengan sekarang. Dizaman sekarang, makanan yang dijual di
kedai-kedai makan kebanyakan akan meletakkan gula didalam masakan mereka. Ini
juga kerana jika tidak diletakkan gula didalam masakan, makanan itu tidak sedap
Orang dahulu tidak banyak menggunakan gula. Masakan mereka
juga adalah masakan kesihatan yang sangat baik untuk manusia. Tidak banyak
menggoreng. Mereka banyak merebus dan membakar. Penggunaan minyak yang sangat
kurang.
Berbeza dengan zaman yang serba maju dan singkat. Makanan
yang terdapat didalam industri kita kebanyakannya tidak sihat. Pengguna
beranggapan bahawa jika semua lebih, maka lebih sedap atau baik. Anggapan itu
sebenarnya salah. Pengambilan gula yang berlebihan mampu mengundangkan penyakit
yang merbahaya dan ada yang mampu mengundang maut.
Gula yang dahulunya bewarna perang kini menjadi putih.
Manusia biasa akan menganggap bahawa putih atau jernih itu bersih. Tidak
semestinya putih atau jernih ini bersih. Kalau dilihat gula asli adalah bewarna
perang sedikit. Tebu juga bewarna seperti itu. Namun selepas dibasuh dan dicuci
dengan bleach. Gula itu betukar menjadi putih. Tahukah anda tengang bleach ini.
Bleach adalah sejenis bahan yang digunakan untuk melunturkan warna. Mereka
menggunakan bleach ini untuk melunturkan warna yang terkandung didalam gula
asli ini. Dengan perlakuan ini, kemingkinan khasiat yang ada didalam gula ini
akan luntur juga. Hanya rasa manis sahaja yang ada.
Pada zaman dahulu, ramai yang takut dengan obesiti. Terdapat
banyak kempen kesedaran yang dibuat untuk mencegah dari gejala tidak sihat ini.
didalam sector pemakanan, ramai peniaga yang mengurangkan penggunaan lemak
didalam masakan mereka. Tetapi pada hari ini obesity semakin meningkat.
Kenapakah perkara ini masih lagi tidak dapat dicegah? Terdapat satu rancangan
yang disiarkan di eropah, bbc news memberitahu tentang bahayanya gula kepada
manusia. Didalam video ini mengatakan pada zaman dahulu kempen kesihatan tentang
obesity ini melarang pemakanan yang mengandungi banyak kolestrol.
Pengusaha-pengusaha menyahut saranan itu dengan mengeluarkan produk yang rendah
lemak atau kelori ini. Produk-produk yang tidak mempunyai lemak atau kolestrol
ini tidak ada sambutan atas kerana rasa yang tidak sedap. Mereka menemui jalan
untuk menggantikan lemak atau kolestrol dan jalannya adalah gula. Mereka
menambahkan kandungan gula didalam produk-produk mereka supaya produk mereka
mempunyai rasa. Kebanyakan produk ini dijual kepada pelanggan dengan cara
promosi rendah lemak. Pengguna tertipu dengan promosi seperti ini kerana gula
sebenarnya adalah salah satu punca tenaga untuk badan. Penggunaan gula yang
berlebihan akan membuat badan kita tidak sihat.
Sebenarnya terdapat banyak lagi wawancara yang disiarkan
tentang bahaya gula kepada rakyat-rakyat
luar. Video-video ini dibuat untuk kesedaran pengguna supaya berhati-hati
tentang penggunaan gula. Pengguna hendaklah lebih efektif dalam mencari ilmu
kesihatan ini.
No comments:
Post a Comment