Friday, May 16, 2014

1904) BAHAYA UBAT KAKI LIMA




Hari ini, metro ada mengeluarkan satu berita mengenai ubat yang dijual di kaki lima. Serbuan itu dilakukan oleh anggota Bahagian Penguat Kuasa Farmasi Kuala Lumpur (CPFKL) di sekirat Pasar Pudu, Plaza Kotaraya dan Pasar Seni.

Disini ingin menekankan tentang bahayanya ubat-ubat yang dijual dikaki lima atau tempat yang tidak mempunyai lesen penjualan ubat. 

Tips pertama untuk pengguna sebelum membeli ubat adalah belilah ubat yang dijual oleh farmasi yang mempunyai lesen dari kerajaan. Setiap ubat yang masuk ke malaysia hendaklah melalui ujian yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM). Bukan sebarangan ubat yang boleh dilepaskan kerana ubat adalah satu bahan yang sangat bahaya. Ia perlu diuji tengan teliti. Ubat yang masuk ke Negara tanpa ujikaji kemungkinan boleh memudaratkan atau mungkin boleh meragut nyawa.

Bukan sekadar ubat sahaja yang perlu kita berhati-hati. Produk supplement juga perlu diambil berat. Produk-produk ini lah yang paling bahaya kerana kebanyakan produk ini dibawa masuk ke Malaysia dalam kuantiti yang sedikit dan susah untuk kerajaan mengesan perkembangannya. Produk-produk ini dijual secara online dan ada yang menjual secara langsung ke pelanggan. Pengguna haruslah memastikan produk-produk ini mempunyai lesen yang disahkan oleh KKM.

Bagi wanita pula, mereka mengutamakan kecantikan, ketrampilan diri dan sebagainya. Wanita sanggup menghabiskan ratusan ringgit hanya untuk kelihatan muda dan cantik. Ada sesetengah wanita membeli produk-produk kecantikan yang tidak tahu dari mana asal usulnya dan ada sesetengahnya mahal. Harga bukan masalah yang nak dinyatakan disini namun kesahihan produk itu yang menjadi perbincangan disini. Wanita hendaklah memeriksa dahulu sijil atau lesen yang dikeluarkan dari kerajaan sebelum membeli atau mengguna produk tersebut.

Selain nombor pendaftaran produk, pengguna boleh memastikan ketulenan produk dengan melihat pada hologram Meditag pada label di luar kotak produk. Hologram Meditag adalah pelekat bersinar berwarna perak yang mempunyai ciri-ciri keselamatan.

Bagi membolehkan pengguna memeriksa ketulenan label hologram Meditag pada kotak ubat, KKM membekalkan sejenis peranti dinamakan dekoder Meditag dan alat ini dibekalkan kepada semua premis farmasi berlesen dan pejabat Cawangan Penguatkuasaan Farmasi di setiap negeri.

KKM menitikberatkan keselamatan pengguna. Jika ada pertanyaan atau kemusykilan berkaitan pendaftaran ubat, produk kesihatan, dan kosmetik pengguna, anda boleh menghubungi pegawai Helpdesk BPFK di talian 037883 5560 atau 037883 5561. Waktu panggilan dari jam 8 pagi hingga 5 petang.




No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL