Tuesday, May 27, 2014

1921) SIDANG MEDIA 27/5/2014 - CADBURY PERLU DIHUKUM PENGGUNA


27/05/2014- Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyeru media dan semua pengguna memboikot produk Cadbury dan produk-produk yang tidak halal dalam sidang media yang diadakan di pejabat PPIM sini.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan dan bersama beberapa NGO Islam lain menyarankan agar pengguna islam untuk memboikot kesemua produk Cadbury. Datuk Nadzim mengatakan bahawa kita perlu memboikot kesemua produk bukan hanya 2 produk mereka sahaja. Selain itu bantahan ini hendaklah dibuat denganbersungguh-sungguh dan bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam.

Datuk Nadzim dan NGO Islam yang hadir ingin pengguna menghantar pesanan tegas  kepada pengeluar-pengeluar makanan supaya mereka tidak mengambil mudah tentang hak pengguna. Sudah tiba masanya bagi pengguna Islam untuk berubah dan menegakkan hak mereka sebagai pengguna islam. Dengan kuasa yang kita ada, kita mampu menutup kilang tersebut tanpa perlu berperang. Kerana kuasa pengguna terletak ditangan pengguna itu sendiri

PPIM dan NGO lain menegaskan agar Jakim seharusnya membuat persampelan secara rawak kepada setiap produk keluaran bukan sahaja pengeluar bukan Islam tetapi juga pengeluar Islam yang memiliki sijil halal. Ini adalah untuk memastikan hak pengguna orang islam. Mereka hendaklah kerap membuat pemeriksaan terhadap kilang-kilang disini. Kesempatan itu juga diambil untuk menyuarakah agar pihak JAKIM, Kementerian Kesihatan dan KPDNKK untuk membuat pantauan yang lebih dan selain dari mereka pengguna juga hendaklah menjadi pemantau atau mata kepada pihak ini.

Kerajaan Malaysia telah memberi mandat kepada JAKIM untuk menguruskan produk-produk halal yang ada di Malaysia. JAKIM mempunyai garispanduan yang lengkap kepada pengusaha dan pengeluar produk tetapi kurangnya pelaksanaan kerana tidak wujudnya Akta Halal yang akan menjadi panduan dalam rang undang-undang Malaysia.Dengan wujudnya  Akta Halal berserta penguatkuasaan yang mantap, produk-produk makanan dan hak pengguna dapat dilindungi

“ Dah tiba masanya pengguna menggunakan kuasanya bersunguh-sungguh, biar mereka gerun dengan kita” kata Datuk Nadzim kepada media.  Ini bermaksud agar pengguna islam bersatu dan kuasa yang ada pada pengguna dapat menyedarkan pengeluar-pengeluar produk agar tidak mengambil kesempatan terhadap kita.



No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL