Wednesday, May 14, 2014

1902) MESYUARAT AGUNG KOPERASI USAHAWAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA (KUPIM)


13/5/2014 – Villa Putri, satu mesyuarat agung telah diadakan disini. Mesyuarat ini bertujuan untuk menentukan ahli lembaga baru bagi Koperasi Usahawan Pengguna Islam Malaysia (KUPIM) dan menerangkan sedikit informasi berkaitan KUPIM kepada ahli-ahli baru.

Ahli lembaga didalam KUPIM ini telahpun ditentukan dan diumumkan didalam mesyuarat agung ini. selain itu, mereka dengan sebulat suara mengatakan bahawa tahun ini adalah tahun pembersihan atau pembetulan kesilapan yang terdapat didalam KUPIN sendiri. Mereka mengakui bahawa terdapat banyak kesilapan didalam KUPIM dan kesilapan itu menjadi satu pelajaran bagi mereka agar dapat lebih maju dan proaktif dimasa hadapan.

Dengan kesempatan itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata didalam ucapanya bahawa kita iaitu orang islam hendaklah bersatupadu didalam melakukan sesuatu. Jika penyatuan ini berjaya, maka suara orang islam akan didengar dan digeruni oleh pihak lain atau pihak lawan.

Selain itu, Datuk Nadzim mengatakan bahawa koperasi ini adalah salah satu platfom yang baik untuk usahawan-usahawan islam didalam Malaysia ini. Maka ini, hendaklah kita menggunakan dengan sebaik mungkin KUPIM untuk memajukan diri dan bersatupadu dalam melakukan apa jua benda.

Didalam mesyuarat agung ini, beberapa ahli lembaga telah meletakkan jawatan dan digantikan dengan orang baru. Mereka berharap agar ia dapat membaik pulih imej KUPIM dan mampu menaikkan nama KUPIM ke tempat lebih tinggi dan maju.


No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL