
Kuala Lumpur : Keluarkan garis panduan dan tampalkan di lokasi tumpuan. Gesaan itu diberikan Persatuan Anak Muda Islam Malaysia (AMIM), kepada pihak berkuasa bagi mengelakkan kejadian haiwan peliharaan seperti anjing dibawa ke kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai. Ketua Sekretariat AMIM Yusuf Azmi berkata, kejadian anjing berada di dalam troli, di atas mesin pengeluaran wang (ATM) seperti yang tular di media sosial minggu ini sepatutnya tidak berlaku sekiranya semua pihak memahami sensitiviti antara satu sama lain. " Pertamanya, AMIM mengata perkara ini disiasat terlebih dahulu dan bagaimana ia boleh berlaku kerana memang tidak patut. Kita terima banyak keluhan daripada orang ramai yang tidak selesa isu ini. " Sebelum berlaku perkara tidak elok,lebih baik pihak berwajib mengeluarkan pekeliling mengenai perkara itu kerana ia sudah pun mencetuskan rasa tidak senang termasuklah isu perkauman," katanya kepada Harian Metro. Beliau mengulas gambar seorang lelaki mmbawa anjing peliharaannya ketika mengeluarkan wang di sebuah mesin atm yang dipercayai beberapa hari yang lalu,yang mengundnag pelbagai reaksi khususnya netizen.


JOHOR 25/1/2017- Satu operasi berkaitan kes along yang dikendali oleh Pasukan Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (UTK PPIM) tidak berjaya dengan sepenuhnya.
Kes ini telahpun disiasat terlebih dahulu dan maklumat yang telah kami perolehi mendapati bahawa salah seorang mangsa penipuan Ah Long ini telahpun berhutang dengan seorang along sejumlah RM 3000.00 namun setibanya kami di rumah mangsa, mangsa menceritakan situasi yang agak berbeza.
Mangsa mengatakan bahawa dia tidak meminjam sejumlah wang dengan along berkenaan dan tidak mengenali Ah Long tersebut. Akan tetapi dia mengenali seorang peguam yang mempunyai hubungan dengan along tersebut.

Akan tetapi, ia tidak terhenti disitu sahaja. Dengan rasa tanggungjawab, En Yusuf mengarahkan pasukannya menyelidik dimana lokasi syarikat guaman Ah Long itu untuk tindakan selanjutnya dan didapati ia masih lagi beroperasi seperti biasa.
Saranan kami di PPIM agar masyarakan hendaklah lebih berani untuk melaporkan dan menceritakan perkara sebenar kepada pihak berkuasa ataupun NGO-NGO seperti PPIM namun jangan sesekali bertindak secara melulu atau terburu-buru. Terima setiap nasihat dan cadangan dari pihak yang sepatutnya yang juga mempunyai pengalaman mengendali kes-kes along seperti ini.








