Wednesday, December 30, 2015

2509) TV PPIM - 30/12/15 - KENAPA TANGKAP AKTIVIS PPIM, BUKAN PENIAGA KOTA RAYA YANG MENIPU..





PERSATUAN PENIAGA ISLAM MALAYSIA PPIM MEMPERTIKAIKAN PENANGKAPAN AKTIVIS PERSATUAN TERSEBUT YANG MENUNTUT KEADILAN PEMBELI YANG TERTIPU DALAM PROSES JUAL BELI DENGAN SINDIKET PENIPUAN PENJUALAN TELEFON BIMBIT DI KOMPLEKS KOTA RAYA.


KETUA AKTIVIS PPIM DATUK NADZIM JOHAN BERKATA, AKTIVISNYA, MUHAMMAD YUSUF AZMI CUMA MENJALANKAN TUGASNYA MEMBANTU PEMBELI YANG DITIPU PENIAGA KOMPLEKS TERSEBUT.


BELIAU BERKATA DEMIKIAN DALAM SIDANG MEDIA KHAS BERKAITAN KES PENAHANAN AKTIVIS PPIM YANG DISERTAI OLEH LEBIH 30 NGO DALAM SIDANG MEDIA INI.
TEGASNYA BELIAU MEMPERSOAL MENGAPA POLIS, MENAHAN ORANG YANG MEMBANTU MANGSA YANG DITIPU UNTUK MENDAPAT KEADILAN. INI SATU PERKARA SANGAT PELIK YANG TIDAK SEPATUTNYA BERLAKU.

BEBERAPA MINGGU LALU, MUHAMMAD YUSUF BERSAMA BEBERAPA PELANGGAN YANG MENDAKWA DITIPU SINDIKET PENJUALAN TELEFON BIMBIT KE KOMPLEKS KOTA RAYA BAGI MENUNTUT GANTI RUGI.

SINDIKET TERSEBUT DIKATAKAN MENGUMPAN MANGSA DENGAN MENAWARKAN PROMOSI 200 RINGGIT BAGI TELEFON BIMBIT TERPILIH NAMUN SETELAH BERSETUJU DAN MEMBAYAR HARGA TERSEBUT, SEBUAH RESIT DIISUKAN KEPADA PEMBELI DENGAN HARGA BERKALI GANDA LEBIH TINGGI.

PENIAGA TERSEBUT KEMUDIANNYA MENEMPATKAN MANGSA DI SEBUAH BILIK DAN MEMAKSA PEMBELI MELUNASKAN HARGA BARU ATAU BERDEPAN TINDAKAN DI SENARAI HITAM OLEH SYARIKAT TELEFON BIMBIT TERSEBUT.

MENURUT SALAH SEORANG MANGSA, ADA DIKALANGAN PEMBELI DIPAKSA MEMBAYAR SEHINGGA 10,000 RINGGIT OLEH SINDIKET TERSEBUT.

TEGAS NADZIM, TIADA PENANGKAPAN TERHADAP MANA-MANA PENIAGA YANG MENIPU SEAKAN-AKAN TERDAPAT KOMPLOT DISEBALIK APA YANG BERLAKU.





No comments:

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...