Wednesday, December 30, 2015

2491) UTUSAN ONLINE - 29/12/15 - PERSATUAN - PERSATUAN PENGGUNA MAHU AKTA, PROSEDUR AGENSI PENGUATKUASAAN DIKAJI


Persatuan-persatuan pengguna mahu akta, prosedur agensi penguatkuasaan dikaji.


KUALA LUMPUR 29 Dis - Persatuan-persatuan pengguna hari ini menyarankan agar kerajaan mengkaji semula perundangan dan prosedur berkaitan tindakan terhadap aktivis yang memperjuangkan hak pengguna.

Ini rentetan penahanan dua aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang dikatakan ada kaitan dengan kekecohan yang berlaku di Komplek Kota Raya pada minggu lepas antara sekumpulan individu yang mendakwa ditipu peniaga telefon bimbit di situ.

Bercakap dalam satu akhbar mengenai isu itu di Kuala Lumpur pada Selasa, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata sekiranya penahanan aktivis pengguna yagcuba membantu pengguna seperti yang berlaku pada minggu lepas boleh memberikan mesej yang salah mengenai kerajaan kepada rakyat.

Kata beliau dalam sidang akhbar yang dihadiri oleh wakil-wakil lebih 10 persatuan pengguna itu, keadaan akan lebih teruk jika rakyat melihat dan mempersoalkan perkara tersebut kerana melihat peniaga yang menipu tidak dikenakan tindakan yang sama.

"Jika perkara ini tidak dikaji semula dan perbetulkan dari awal, rakyat bakan membentuk persepsi yang negatif terhadap kerajaan.

"Perkara ini penting ditangani demi kepentingan pengguna dan negara," kata beliau.

Pendapat Nadzim turut diskong Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil & Sederhana Malaysia, Mohd. Ridzuan Abdullah dan beliau menambah, imej agensi-agensi penguatkauasaan juga akan terjejas jika perkara ini tidak dibendung bermula dari peringkat paling bawah.

"Apa yang PPIM cuba laku adalh untuk menjaga kepentingan pengguna dan nama baik kerajaan," katanya kepada Utusan Online selepas sidang akhber berkenaan.

Antara yang turut serta dalam sidang akhbar ini ialah Pengerusi Persatuan Pengguna Shah Alam dan Subang, Datuk George Jacob; wakil Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dan Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil & Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd. Ridzuan Abdullah. - UTUSAN ONLINE 


No comments:

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...