Saturday, December 5, 2015

2398) MALAYMAIL ONLINE - 4/12/15 - ENGGAN PAKAI SERAGAM LENGAN PENDEK, JURURAWAT DAKWA DIPECAT

Naziah Sauni Samat, 24 (kanan), diberhentikan kerja di sebuah hospital swasta di Taman Melawati kerana enggan berpakaian seragam berlengan pendek. — Foto Bernama

Naziah Sauni Samat, 24 (kanan), diberhentikan kerja di sebuah hospital swasta di Taman Melawati kerana enggan berpakaian seragam berlengan pendek.KUALA LUMPUR, 4 Dis — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Kesihatan digesa supaya mengeluarkan garis panduan yang jelas berkenaan pemakaian jururawat beragama Islam di hospital kerajaan dan swasta negara ini.Ketua aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata ini berikutan terdapat banyak aduan berkenaan diskriminasi terhadap jururawat beragama Islam yang melarang kakitangannya mengenakan pakaian menutup aurat.“Kita menerima 20 aduan berkenaan isu yang sama dalam masa setahun. Masalah ini tidak wajar dibiarkan berterusan kerana melibatkan diskriminasi kepada golongan muslimah di negara ini,” katanya pada satu sidang media di sini hari ini.Seorang jururawat di hospital swasta Naziah Sauni Samat, 24, yang hadir pada sidang media itu mendakwa beliau diberhentikan kerja setelah enggan mengenakan pakaian seragam berlengan pendek.Katanya, arahan supaya mengenakan pakaian seragam itu dikeluarkan selepas dua bulan dia bertugas di hospital swasta tersebut atas faktor kebersihan.“Saya telah dimarahi dan dihalau dari hospital berkenaan, malah saya juga tidak boleh mendapat pekerjaan baharu kerana Sijil Perakuan Amalan Tahunan (APC) saya ditahan oleh pihak hospital itu dan terikat dengan kontrak selama setahun,” katanya.Dakwanya lagi, dia turut dilarang memasuki kawasan hospital dan tidak dibenarkan melakukan sebarang tugas sekiranya tidak mengenakan baju berlengan pendek.“Pihak pengurusan juga memberikan amaran bahawa saya akan dikenakan kompaun sebanyak RM5,000 kerana melanggar kontrak,” katanya.Gadis berkelulusan diploma kejururawatan itu sebelum ini bertugas di sebuah klinik sebelum bekerja di hospital swasta berkenaan pada 1 September lepas, sekembalinya dia dari Jepun sebagai jururawat peribadi selama setahun empat bulan.Naziah berkata susulan kejadian itu, dia telah membuat laporan polis di balai polis Taman Melawati, di sini pada 24 November lepas

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...