Saturday, December 5, 2015

2397) MALAYSIA GAZETTE - 4/12/15 - TAMBANG ERL NAIK: JANGAN SAMPAI RAKYAT MELETUP



Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyifatkan kenaikan kadar tambang Express Rail Link (ERL) yang diumumkan baru-baru ini sebagai kerja gila dan tidak masuk akal
Presidennya , Datuk Nadzim Johan berkata, kenaikan itu tidak kena pada waktunya kerana rakyat sudah terbeban dengan kos hidup lain yang semakin tinggi.
Jelasnya lagi, rakyat mungkin mengambil tindakan di luar jangka pada masa akan datang bagi meluahkan rasa tidak puas hati mereka.
"Pengguna akan 'meletup' tidak lama lagi ekoran kenaikan ini kerana RM20 adalah membebankan bagi mereka yang kerap menggunakan ERL," katanya pada sidang akhbar PPIM di sini hari ini.
Nadzim turut menggesa kerajaan dan syarikat konsensi yang terlibat supaya mengkaji semula perjanjian yang sedia ada dengan mengambilkira kepentingan rakyat.
“Mungkin perjanjian antara syarikat konsesi boleh dipanjangkan bagi mengelakkan kenaikan harga tambang yang terlalu tinggi.
"Tambang ERL adalah satu keperluan rakyat. Lain kalau harga tiket wayang naik atau harga baju berharga RM5,000. Itu bukan keperluan tapi pilihan kepada yang mampu" katanya.
Terdahulu, Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) mengumumkan kenaikan tambang sebanyak RM20 berkuatkuasa 1 Januari 2016 selepas mendapat kelulusan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
Kadar tambang baharu itu melibatkan perjalanan sehala dari Stesen KL Sentral ke KLIA/KLIA2 kepada RM55 berbanding RM35 ketika ini.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...