Wednesday, December 30, 2015

2493) MALAYSIAN DIGEST - 29/12/15 - KENAPA TANGKAP AKTIVIS PPIM, BUKAN PENIAGA KOTA RAYA YANG MENIPU?


KUALA LUMPUR: Persatuan Peniaga Islam Malaysia (PPIM) mempertikaikan penangkapan aktivis persatuan tersebut yang menuntut keadilan pembeli yang tertipu dalam proses jual beli dengan sindiket penipuan penjualan telefon bimbit di Kompleks Kota Raya.

Presiden PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, aktivisnya, Muhammad Yusuf Azmi cuma menjalankan tugasnya membantu pembeli yang ditipu peniaga kompleks tersebut.

"Saya ingin bertanya kepada polis, mengapa orang yang ditangkap itu adalah mereka yang cuba membantu?

"Ini saatu perkara sangat pelik yang tidak sepatutnya berlaku," katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Beberapa minggu lalu, Muhammad Yusuf bersama beberapa pelanggan yang mendakwa ditipu sindiket penjualan telefon bimbit ke Kompleks Kota Raya bagi menuntut ganti rugi.

Sindiket tersebut dikatakan mengumpan mangsa dengan menawarkan promosi RM200 bagi telefon bimbit terpilih namun setelah bersetuju dan membayar harga tersebut, sebuah resit diisukan kepada pembeli dengan harga berkali ganda lebih tinggi.

Peniaga tersebut kemudiannya menempatkan mangsa di sebuah bilik dan memaksa pembeli melunaskan harga baru atau berdepan tindakan di senarai hitam oleh syarikat telefon bimbit tersebut.

Menurut salah seorang mangsa, ada dikalangan pembeli dipaksa membayar sehingga RM10,000 oleh sindiket tersebut.

Tegas Nadzim, tiada penangkapan terhadap mana-mana peniaga yang menipu seakan-akan terdapat komplot disebalik apa yang berlaku.

"Saya benar-benar percaya. Memang benar. Tetapi pada tahap mana, saya tidak tahu," katanya.

Sumber : http://www.malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/586947-kenapa-tangkap-aktivis-ppim-bukan-peniaga-kota-raya-menipu.html

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...