Saturday, December 5, 2015

2407) KOSMO - 4/12/15 - PPIM GESA GARIS PANDUAN BERPAKAIAN WANITA



KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan menetapkan satu garis panduan mengenai kod etika berpakaian khususnya kepada kakitangan perubatan beragama Islam bagi mengelak sebarang diskriminasi agama.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, kerajaan melalui Kementerian Kesihatan, Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) sepatutnya sudah lama menetapkan garis panduan tersebut kerana setiap tahun PPIM menerima lebih 20 aduan mengenai isu tersebut.

"Kita melihat isu ini masih berlaku setiap tahun kerana ada sesetengah pihak yang tidak memahami dan menghormati sensitiviti agama dan kaum masing-masing sedangkan menurut perlembagaan, kita bebas untuk mengamalkan agama masing-masing.

"Jadi, seharusnya pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya bagi membendung kekecohan antara agama dan kaum," katanya dalam satu sidang akhbar di Kondominium Villa Putri di sini hari ini.

Menurut Nadzim, isu ini kembali dibangkitkan selepas seorang kakitangan perubatan di hospital swasta di ibu negara dipecat kerana wanita tersebut enggan memakai baju seragam lengan pendek semasa bertugas


Sumber ; http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1204&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_05.htm

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...