Thursday, March 20, 2014

1812) PERJUANGAN PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA (PPIM)



Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah ditubuhkan pada Jun 1997 dengan inisiatif sekumpulan ahli profesional yang terdiri daripada doktor, pensyarah universiti, para ilmuan agama dan individu-individu yang prihatin tentang permasalahan kepenggunaan dalam Islam.  

Slogan PPIM adalah "Bersama Kembalikan Hak Dan Maruah Dengan Bijaksana" telah menunjukkan bahawa perjuangan utama pertubuhan ini  adalah untuk memperjuangkan agama islam dan pengguna islam terutamanya di Malaysia.

Kajian yang telah dibuat oleh sekretariat World Muslim Consumers Association (WMCA) untuk mengesan dimana kelemahan utama umat islam adalah tiadanya perpaduan dan kordinasi dalam hampir semua bidang kehidupan.

Maka, pertubuhan ini ingin menyatupadukan umat islam dan  membela serta memperjuangkan hak-hak sebagai pengguna islam di malayisa terutamanya.

Dangan menggunakan strategi-strategi yang bekasan dan beberapa aktiviti-aktiviti yang proaktif, pertubuhan ini mampu memberi pendekatan kepada pengguna sekaligus menjayakan visi dan objektif didalam organisasi ini.

Visi-visi yang tersemai dibahu PPIM adalah :-
1) Memelihara membela hak  dan mengembalikan maruah para pengguna islam melalui perlaksanaan aktiviti-     aktiviti yang proaktif dan berstrategi.

2) Memberi maklumat dan pendidikan agar pengguna islam sedar dan menyumbangkan supaya boleh               mengembalikan maruah umat islam.

3) Menjadi pemangkin kepada perkembangan ekonomi umat islam khasnya di malaysia.

Objektif yang kini menjadi tanggujawab kami adalah :-
1) Memberi kesedaran pengguna islam akan hak dan tanggungjawab mereka sebagai pengguna.

2) Memberi kesedaran pada pembekal agar mereka mematuhi dan memenuhi tuntutan islam dari segi                 kepenggunaan.

3) Menjadi pemangkin kepada perkenbangan ekonomi umat islam terutamanya di malaysia.

4) Mencari penyelesaian kepada permasalahan kepenggunaan islam melalui aktiviti-aktiviti.

5) Menjadi sebuah organisasi yang berpengaruh dan menyertai arus pembangunan negara   secara positif.

Selain itu, PPIM banyak menekankan isu-isu halal dan haram yang sering berlaku didalam negara kita. Konsep halal dan haram bukan sekadar pada makanan dan minuman semata-mata, ia juga merangkumi banyak aspek dalam kehidupan masyarakat islam malaysia. Dari segi perbankkan, kosmetik dan barang perhiasan juga diambil kira halal dan haramnya.

Maka ini, pihak PPIM banyak bekerjasama dengan agensi-agensi luar untuk mengadakan aturcara-aturcara dan ceramah supaya pengguna islam sedar akan hak dan tanggungjawab mereka sebagai pengguna islam di negara ini. Selain dari kempen-kempen kesedaran, pertubuhan ini juga kerap melakukan perjumpaan untuk berkongsi pendapat agar kita dapat maju dan berdaya saing.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...