Monday, March 24, 2014

1820) Penghinaan pada poster Malam Cinta Nabi

Pengkhianatan dan sabotaj didalam Malaysia kini semakin hari semakin berleluasa. Terbaru, poster Selawat Perdana Malam Cinta Rasul telah disabotaj oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.

Poster yang bertajuk "Melayu bersatu lagi senang samun duid orang luar" dan Cacian dalam tulisan cina ini banyak disiarkan di laman-laman sosial seperti Facebook dan Twitter.

Ketua Biro Sukarelawan Seketeriat Selawat Perdana 1435H, Muhamad Nur Aizat Noor Azam berkata, tindakan sabotaj tersebut sengaja mengkhianati misi dan visi perpaduan dan keamanan yang dibawa sempena penganjuran majlis mengingati Rasulullah saw.

"Kami mengecam dan kesal dengan tindakan individu terbabit yang jelas telah menghina dengan menggunakan kata-kata cacian dan penghinaan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini.
- rakyatnews.my



Video :



No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...