Friday, March 21, 2014

1814) SALAH FAHAM TENTANG PPIM



SALAH FAHAM TENTANG PPIM

Masalah yang sering dihadapai oleh Persatuan Pengguna Islam Malaisia (PPIM) adalah salah faham atau kekurangan informasi berkenaan persatuan ini. Disebabkan salah faham ini, sesetengah pengguna telah mewawarkan berita yang salah yang boleh memburukkan imej persatuan.

Pertubuhan ini dibina atas dasar membangkitkan semangat pengguna islam untuk menyedari akan kepentingan hak pengguna islam. PPIM disini sedia menerima aduan dan mencuba sedaya upaya kami untuk menolong pengguna islam yang tertipun, diperbodohkan dan teraniaya. Namun, nilai murni ini sering dipertikaikan oleh pengguna. Mereka menyangkakan pihak PPIM wajib atau bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah mereka dari awal hingga akhir. Sememangnya kami menolong akan tetapi diri pengguna itu juga perlu menolong kami supaya dapat menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Bukannya melepaskan 100% masalah itu kepada kami.

Didalam firman Allah SWT, surah Arra’d, ayat 11, mafhumnya :-
“Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.”
Bedasarkan ayat diatas, pengguna itu sendiri harus berusaha untuk mengubah keadaan atau masalah yang dihadapinya. Kami pihak PPIM hanya mampu menolong apa yang terdaya sahaja.

Dalam proses penyelesaian masalah, kita tidak dapat menaksir atau mengagak jangka masa yang akan diambil untuk menyelesaikan masalah tersebut. Kadang kala progres itu cepat dan kadang kala memakan masa yang agak lama. Jika pengguna memberi kerjasama kepada PPIM, kemungkinan PPIM mampu menyelesaikan masalah itu dengan cepat. Akan tetapi, janganlah menganggap bahawa PPIM boleh menyelesaikan masalah itu dengan cepat.

Seperti yang disebut diatas, PPIM adalah satu organisasi yang tidak meraih keuntungan. Maka dengan ini, jangan lah pengguna menganggap PPIM akan menolong membayaran mana-mana kos pembayaran. Setiap pembayaran hendaklah dibayar oleh pengguna itu sendiri.

Ada sesetengah pihak menganggap bahawa PPIM menjual produk-produk yang tersenarai didalam PPIM. Atas alasan logo yang tertera di sebelah cop sirim itu, mereka mengatakan itu adalah produk PPIM. Pandangan itu sebenarnya salah. Cop PPIM adalah berfungsi mengatakan bahawa produk itu dibuat oleh orang islam. Sesetengah kes mana produknya menunggu cop halal JAKIM, cop PPIM adalah salah satu cop yang mengatakan produk ini adalah produk orang islam dan halal. Ini kerana, pihak PPIM meninjau dan memerisa produk itu terlebih dahulu. Ini juga bertujuan supaya pengguna tidak merasa was-was atau tertanya adakah produk ini produk islam atau tidak.

 Akan tetapi, PPIM akan menjual mana-mana produk yang memberi keizinan bagi PPIM untuk menjual produk. Dalam masa yang sama, PPIM akan mempromosikan produk tersebut.
Secara ringkas yang dapat dikatakan disini adalah Persatuan Pengguna Islam Malaysia adalah salah satu pertubuhan bukan kerajaan. Kami disini menjadi platform buat pengguna untuk menyuarakan pendapat atau aduan mereka. Salain itu, kami adalah pertubuhan yang tidak menjanakan kewangan dan tidak menawarkan pinjaman pada pengguna. Akan tetapi kami menerima sumbangan dan berasa amat besyukur dengan sumbangan yang diberikan.

Selain itu, salah faham yang sering terjadi adalah pengguna menganggap bahawa PPIM mempunyai dana yang mampu menolong mereka untuk menyelesaikan masalah mereka. Hakikat disini adalah PPIM adalah sebuah pertubuhan yang tidak memberi perkhidmatan seperti itu. PPIM adalah sebuah NGO yang tidak meraih keuntungan. Maka dengan itu, PPIM tidak memberi dana pada pengguna.
Apabila sesebuah persatuan itu semakin dikenali atau membesar, ramai orang menyangkakan pertubuhan itu adalah pertubuhan kerajaan. Disini kami ingin mengatakan bahawa kami adalah pertubuhan bukan kerajaan. Kami di PPIM tidak berpihak atau menyokong dimana-mana parti dalam politik. Kami adalah sebuah Organisasi yang bebas dari politik. Apa sahaja kes yang berkaitan dengan pengguna islam kami akan suarakan dan cuba menyelesaikannya.

No comments:

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...