Monday, March 24, 2014

1819) Majlis Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul di Dataran Masjid Putra




Majlis Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul di Dataran Masjid Putra

Putrajaya 21/03/2014: Majlis Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul di Dataran Masjid Putra. Program anjuran Sekretariat Selawat Perdana dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya (PPj) menerima sambutan yang sangat baik oleh rakyat Malaysia.

Majlis Selawat Perdana yang bertemakan Kesatuan, Perpaduan dan Persaudaraan itu akan menampilkan ikon agama dan pendakwah terkenal seperti Habib Syech Abdul Qodir As Seggaf serta Habib Ali Zaenal Abidin dari Indonesia.

Didalam majlis ilmu ini Habib Ali Zaenal Abidin menceritakan tentang peristiwa hijrah Rasul kita Nabi Muhammad SWT dan bagaimana hebatnya Nabi kita menyatukan 2 kaum.
Dari situ, kita dapat melihat pentingnya perpaduan didalam kehidupan islam dimasa kini. Ini telahpun dibuktikan oleh Nabi kita dimana untuk menubuhkan satu kerajaan yang kukuh dan berjaya hendaklah menyatukan 2 kaum iaitu kaum aqsar dan muhajidin. Itulah misi utama Nabi adalah untuk menyatukan umat islam.

Jika kita lihat dari konsep sekarang, umat islam sekarang telah berpecah belah dan tidak bersatu hati. Kata Habib Zaenal " Tiada orang lain dapat menyatukan umat kecuali mengukit cara yang diajar Nabi". Disini, kita perlulah menjadikan Nabi kita Nabi Muhammad SWT sebagai ikon yang patut dicontohi.

Dari pihak Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyambut baik seruan yang diberikan oleh Habib Ali Zaenal Abidin untuk menyatukan hati umat islam agar kita tidak ditindas dan alpa dengan agenda-agenda yang akan menjatuhkan islam.


Video  :



No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...