Friday, March 21, 2014

1813) SIDANG MEDIA 21/3/2014 - PERANAN JAKIM TERHADAP KONSERT





Kuala Lumpu : Sidang media telah diadakan oleh pihak Pertubuhan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) untuk menyuarakan pendapat tentang konsert Future Music yang bertempat di Stadium Bukit Jalil yang mengakibatkan kematian sejumlah 6 orang.

Didalam persidangan ini, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan dan bersama Aktivis PPIM Mustaffa Hamzah menyuarakan pendapat untuk pihak Jakim mengkaji semula sistem pengibatan artis dan konsert supaya mempunyai garis panduan yang jelas.

Selain itu, Dato Nadzim memberi cadangan agar Jakim mengambil bahagian dalam penapisan kemasukan artis-artis diluar . Ini supaya, budaya luar yang buruk tidak mempengaruhi remaja di negara ini.

Seperti yang dikatakan oleh Dato Nadzim, "Mungkin yang pertama adalah Majlis Fatwa untuk membuat fatwa terhadap hiburan-hiburan seperti ini supaya ada garis panduan yang jelas". Ini akan memberi kesedaran dan penjelasan dalam hukum hakam islam mengenai konsert dan hiburan.





GALERI GAMBAR




No comments:

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...