Sunday, August 25, 2013

864) HARIAN METRO 16/8/13-Sijil halal tidak babit semua produk


Headline: Sijil halal tidak babit semua produk

Kuala Lumpur: Kerajaan masih belum dapat mengatasi isu halal secara menyeluruh kerana pendaftaran sijil halal tidak diwajibkan bagi barangan keperluan membabitkan pakaian dan perkakas dapur seperti pinggan mangkuk buat masa ini sekali gus membataskan siasatan pihak berkuasa terutama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Pengarah Bahagian Hub Halal JAKIM Hakimah Yusoff berkata, setakat ini tiada undang-undang bagi mengawal penjualan barangan keperluan secara dalam talian dan ia tertakluk kepada tanggungjawab pengedar dan penjual barangan terbabit.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berhubung kebarangkalian penjualan produk kulit babi dan pinggan daripada tulang haiwan secara dalam talian kelmarin.

"Tiada halangan bagi peniaga untuk menjual barangan mereka cuma jika mereka menyalahgunakan logo halal JAKIM, barulah tindakan dikenakan terhadap mereka.

"Adalah menjadi tanggungjawab pengguna untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai barang yang hendak dibeli dan jika timbul keraguan mereka boleh berhubung dengan JAKIM," katanya.


Namun katanya, JAKIM menggalakkan pengusaha melabelkan bahan yang terkandung khususnya produk tidak halal supaya tidak mengelirukan pengguna Islam.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...