Kuala Lumpur:
"SMS terakhir itu menyelamatkan saya. Jika tidak, kami sekeluarga mungkin
ditahan lebih lama lagi sementara menunggu orang menyerahkan wang untuk
melangsaikan hutang, mungkin nyawa kami terancam," kata Norsiah, 32, yang
mengalami detik cemas selepas ditahan ceti haram atau along, Rabu lalu.
Dalam kejadian itu,
suami dan anaknya berusia 9 tahun turut ditahan di sebuah rumah kedai di Skudai
dengan dia diberi 'talian hayat' untuk menghubungi sesiapa saja yang boleh
memberikan RM20,000 bagi membolehkan mereka dibebaskan.
Mujur peluang
terakhir itu digunakan untuk menghantar SMS kepada Ketua Aktivis Persatuan
Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan yang kemudian 'mengumpan'
along berkenaan kononnya ingin membantu keluarga itu membayar wang pinjaman.
Hasilnya, ceti itu
ditahan polis sebaik tiba di ibu negara bersama 'tahanan' untuk ditukarkan
dengan wang tunai di pejabat PPIM, sebelum siasatan polis mendapati dia
mempunyai rekod lampau berhubung aktiviti memberi pinjam wang.
Norsiah berkata, dia
yang mengalami masalah kewangan apabila perniagaan diusahakannya mengalami
kerugian dua bulan lalu menghubungi along itu selepas terbaca iklan menawarkan
pinjaman mudah.
"Tiba di situ,
saya, anak dan suami diarahkan menaiki kereta lain dan dibawa ke rumah kedai.
Di situ, saya serta anak ditinggalkan manakala suami dipukul di dalam
kereta," katanya.
Menurutnya,
sepanjang berada di situ, dia diberi peluang menghubungi saudara-mara namun
tidak ada yang dapat membantu kerana jumlah diminta tinggi sehinggalah 'mencuba
nasib' menghubungi Nadzim sebagai jalan terakhir.
Ketua Jabatan
Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur Asisten Komisioner Izany Abdul Ghani
mengesahkan kejadian.
No comments:
Post a Comment