Wednesday, August 21, 2013

855) Kuala Lumpur 20 Ogos 2013- Sidang media di balai Polis Dang wangi mengenai kes penghinaan Sultan & Raja-Raja Melayu.



KUALA LUMPUR 20 Ogos- Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini membuat laporan polis berhubung sebuah video di laman sosial Youtube yang ingin menghapuskan kuasa Raja-Raja Melayu menjelang tahun 2030.
Penasihat PPIM, Tunku Azwil berkata, tindakan individu di dalam video tersebut yang digelar Ustaz Wan Ji merupakan penentangan ke atas perlembagaan selain mengkhianati bangsa melayu di dalam negara ini.
" Tindakan ini mengkhianati perlembagaan yang telah termaktub dan merupakan penghinaan ke atas bangsa melayu," katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Dang Wangi, di sini hari ini.
Turut hadir membuat laporan tersebut ialah wakil Pemuda MCA, Chong Sin Woon dan Presiden Kelab Wartawan Muda Malaysia,Dzulkarnain Taib.
Azwil menjelaskan, tindakan tersebut adalah penderhakaan ke atas kuasa Sultan dan kerajaan perlu mengambil tindakan serius berhubung perancangan yang dibuat oleh individu di dalam video tersebut.
Katanya, siasatan terperinci perlu dilakukan memandangkan gerakan tersebut telah mula ditubuhkan sejak tahun 2011 dan dikhuatiri mempunyai organisasi terancang yang telah mula melakukan perancangan tersebut.
" Kita gesa kerajaan mengambilkan tindakan sewajarnya ke atas individu-individu ini kerana mereka menderhaka kepada kuasa Sultan.
" Kita perlu siasat kerana ternyata mereka telah mempunyai organisasi terancang dan adalah bahaya jika kita tidak banteras perkara ini," katanya.
Beliau menambah, tindakan individu bergelar 'Ustaz' itu yang menyamakan Sultan di negara ini dengan pelbagai gelaran boleh dianggap sebagai kurang ajar.
Klip video berdurasi 3 minit tersebut telah mula dikesan di dalam laman sosial Youtube semenjak bulan Jun memaparkan seorang individu melukiskan pelan perancangan untuk menjatuhkan kuasa Raja-Raja Melayu bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Republik.
Individu tersebut melukiskan pelan tersebut di atas papan putih di hadapan beberapa orang di dalam sebuah bilik tertutup.
Sementara itu, Presiden Kelab Wartawan Muda Malaysia, Dzulkarnain Taib berkata, pihak polis perlu menyiasat latar belakang kumpulan tersebut kerana dibimbangi mempunyai kaitan dengan organisasi pengganas antarabangsa.
" Kita bimbang individu bergelar Ustaz ini mempunyai kaitan dengan aktiviti pengganas antarabangsa seperti yang telah berlaku di beberapa negara Arab," ujarnya.

(LINK VIDEO PPIM MEMBUAT LAPORAN POLIS DIBAWAH)






No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...