Saturday, August 24, 2013

859) HARIAN METRO 12/8/13- Tindakan mencabar rosak perhubungan kaum


Kuala Lumpur: Belumpun reda kontroversi rakaman video Wee Meng Chee atau Namawee, muncul pula kenyataan kurang senang daripada Presiden Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST), Sardar Jagir Singh, berhubung hak agama di negara ini.

Beliau yang berucap pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-30 MCCBCHST kelmarin didakwa mahu mencabar undang-undang negara, termasuk merujuk isu hak agama kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sekiranya masalah berkaitan gagal diselesaikan di Malaysia.

Perkara itu bagaimanapun ditimbulkan atas alasan wujudnya peningkatan kes kumpulan bukan Islam mencabar undang-undang dalam penukaran agama unilateral kanak-kanak, penggunaan kalimah Allah dan kes seumpamanya.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, kenyataan Jagir yang disebarkan beberapa laman blog itu tidak ubah seperti cuba melawan kontrak sosial sedia ada.

Jelasnya, tindakan mencabar hak agama di Malaysia adalah sia-sia kerana sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Islam adalah agama rasmi negara.

"Beliau boleh mencabar (isu agama) kalau berada di negara luar kerana mereka tiada peruntukan seperti Malaysia, tapi jika hak agama dibangkitkan di sini, kita akan porak-peranda.

"Sejak sekian lama, kita mampu hidup dalam sefahaman tanpa ada perkara yang menjejaskan sensitiviti agama dan kaum. Jadi mengapa soal hak agama hendak ditimbulkan sekarang?

"Malah, kita tak nampak perkara (mencabar undang-undang negara) ini perlu diteruskan kerana hanya merosakkan persahabatan serta perhubungan kaum," katanya.


Katanya, beberapa insiden sepanjang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu wajar dijadikan kayu pengukur, sekali gus menghentikan 'trend' perkauman cuba ditimbulkan sesetengah pihak.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...