Wednesday, August 28, 2013

873) HARIAN METRO 28/8/13-Sindiket dinar Iraq kembali cari mangsa



Kuala Lumpur: Selepas kali terakhir dikesan cuba menjerat mangsa Februari tahun lalu, sindiket antarabangsa menawarkan dinar Iraq dikesan kembali aktif, menawarkan skim pelaburan cara mudah bagi mendapatkan keuntungan segera menggunakan modal orang ramai.

Kembali diiklankan dalam laman sosial, mata wang didakwa diiktiraf di peringkat dunia itu dikatakan menggantikan dinar yang digunakan ketika pemerintahan bekas Presiden Saddam Hussein satu ketika dulu.

Beberapa pautan berkaitan turut disertakan di dalam laman web berkenaan untuk memujuk mereka yang mudah 'gelap mata' dan ingin mengecapi kesenangan dalam tempoh singkat termasuk testimoni kejayaan individu tertentu sebelum ini.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya menerima aduan terbaru mengenai kegiatan itu baru-baru ini selepas pengadu ternampak pautan berkenaan di dalam Facebook.

Katanya, seperti mana modus operandi sebelum ini, sindiket turut menunjukkan nilai tukaran tertentu dengan jangkaan ia akan meningkat pada masa akan datang ekoran keadaan semasa di Iraq yang semakin pulih selepas krisis tujuh tahun lalu.

"Hasil penelitian kita juga mendapati pemilik web itu turut meyakinkan mangsa betapa mereka akan beroleh kesenangan dalam masa singkat," katanya.

"Sebelum ini, Harian Metro melaporkan dengan modal serendah RM1,775, pelabur skim dinar ini mampu menjana pendapatan lebih 200 kali ganda bergantung situasi semasa.


Nadzim berkata, sindiket ini mencetak mata wang dikenali Dinar Iraq sebanyak mungkin dan menyebarkan teori nilainya akan naik, namun semuanya hanya membabitkan transaksi menggunakan dokumen kosong.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...