Saturday, August 24, 2013

856) BERITA HARIAN 2/8/13-NGO WUJUD LAMAN WEB BANTERAS JUDI




Kuala Lumpur: Sekumpulan badan bukan kerajaan (NGO) mewujudkan satu laman web khas minggu depan sebagai usaha bagi membanteras kewujudan pusat judi yang semakin berleluasa di negara ini.

Inisiatif dilaksana 10 NGO itu antara lainnya bertujuan memberi pendedahan dan maklumat kepada orang ramai supaya sedar mengenai kewujudan pusat berkenaan di kawasan mereka yang boleh menyumbang kepada masalah moral dan jenayah setempat seperti ragut.

Bantu tangani gejala sosial

Jurucakap NGO berkenaan yang juga Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, berkata inisiatif itu juga bagi membantu pihak berkuasa termasuk polis, menangani gejala sosial berkenaan.

Katanya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta pihak berkuasa tempatan (PBT) disaran menggunakan maklumat dan gambar yang didedah serta dipaparkan menerusi laman web yang akan diperkenalkan itu untuk tindakan mereka.

"Hari ini, kewujudan pusat judi bagaikan tidak boleh dikawal. Ia menjadi tempat anak muda dan remaja melepak, malah kita mendapat maklumat, ada orang kenamaan turut menjadi pelanggan tetap di premis berkenaan," katanya pada sidang media di sini, semalam.


No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...