Saturday, October 29, 2022

PRU-15: RAKYAT PERLU PILIH CALON BERINTEGRITI, JANGAN HANYA FOKUS PARTI - GETARAN - 27/10/2022

 

KUALA LUMPUR - Rakyat negara ini digesa memilih calon atau pemimpin yang berintegriti pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang, sekiranya ingin menentang dan menghapuskan budaya rasuah.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya menerima pelbagai aduan daripada masyarakat yang mengakui sukar untuk memilih parti serta gabungan politik untuk mentadbir kerajaan.

Menurut beliau, ini berikutan sebahagian besar Ahli Parlimen serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tidak memiliki integriti, sombong dan menyusahkan rakyat disebabkan hanya mementingkan kepentingan peribadi.

Nadzim Johan
Nadzim Johan

“Kami membuka pintu kepada calon yang mahukan sokongan kami. Mereka wajib mempunyai ciri pemimpin baik, jujur, bekerjasama, mempunyai hati dan kebijaksanaan .

“Personaliti terbabit perlu membantu rakyat dan mengharmonikan negara, malah sanggup ke hadapan demi berkorban untuk rakyat”, katanya hari ini.

Nadzim turut menggesa pengundi untuk lebih melihat kepada peribadi calon yang diketengahkan berbanding parti politik, sebagai rujukan memilih wakil rakyat pada PRU-15, November depan.

Menurut beliau, pilihan raya merupakan masa paling tepat buat rakyat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menjadi pendesak untuk ‘membuang’ calon yang tidak menepati citarasa rakyat.

“Sebelum PRU-15, PPIM akan mewujudkan satu gerakan sukarelawan rakyat mengikut perlembagaan dan kemanusiaan. Menerusi gerakan ini, semua NGO boleh menyuarakan hasrat dan kemarahan mereka kepada calon jika gagal melakukan yang terbaik dan menipu. 

“Saya juga meminta rakyat supaya menggunakan hak mereka sebagai pengguna bijaksana,” katanya. 

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 20 Oktober lalu menetapkan 19 November ini sebagai hari pengundian bagi PRU-15 dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah.

 Abdul Ghani Salleh
Abdul Ghani Salleh

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, hari penamaan calon ditetapkan pada 5 November manakala 15 November adalah tarikh untuk mengundi awal. 

Menurut beliau, tempoh berkempen dilanjutkan kepada 14 hari bermula selepas hari penamaan calon, berbanding 11 hari pada PRU-14.

Abdul Ghani berkata, SPR akan menggunakan daftar pemilih tambahan Ogos 2022 yang dikemaskini sehingga 9 Oktober lalu, dan menyenaraikan 21,173,638 pengundi berdaftar layak mengundi pada PRU-15. 

Daripada jumlah terbabit, jelasnya, 20,905,366 adalah pengundi biasa manakala 146,737 merupakan anggota tentera serta pasangan dan 118,794 lagi terdiri daripada anggota polis Pasukan Gerakan Am (PGA) bersama pasangan masing-masing. - Getaran, 27 Oktober 2022.

Artikel oleh: Getaran

PRU-15: RAKYAT PERLU PILIH CALON BERINTEGRITI, JANGAN HANYA FOKUS PARTI

https://www.getaran.my/artikel/semasa/33791/pru-15-rakyat-perlu-pilih-calon-berintegriti-jangan-hanya-fokus-parti

'DEDAK KANSER': PPIM KESAL SIKAP KARTEL, PENGUAT KUASA - SAMUDERA.MY - 26/10/2022

 

KUALA LUMPUR, 26 Oktober 2022 – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) kesal ada syarikat gergasi pengeluar makanan ayam negara ini sanggup membekalkan dedak tidak berkualiti kepada penternak kontrak yang kandungannya dipercayai boleh menjejaskan kesihatan sehingga berisiko menyebabkan penyakit kanser kepada pengguna.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan@toqqi berkata, bahan makanan kitar semula yang berisiko tercemar yang dijadikan dedak ayam sudah tentulah akan mendedahkan manusia kepada pelbagai masalah kesihatan terutama kanser. Perkara ini adalah hasil daripada makanan yang di import dari luar negara ataupun inisiatif yang datang dari luar negara.

Menurutnya, boleh jadi perkara ini sengaja dibuat ataupun pihak yang terlibat tidak membuat kajian terlebih dahulu tetapi yang menghairankan mengapa institusi kita tidak membuat pemeriksaan dan pengesahan terhadap keselamatan bahan-bahan yang diimport sehingga dibiarkan berlarutan.

“Kita lihat antaranya jagung pun diimport dari jagung luar negara, jadi macam mana kita nak dapatkan hasil yang memuaskan, sampaikan ayam yang kita pelihara pun makanannya seperti jagung perlu diimport dan perkara ini sebenarnya tidak masuk akal.”

“Jadi saya melihat perkara ini adalah antara sebab utamanya adalah kelemahan daripada institusi-institusi di dalam negara kita yang mungkin tak buat kerja lah,”ujarnya.

Maka, selepas ini jika adalah lagi pihak yang terus mengimport makanan ternakan dari luar ini perlulah disemak secara detail termasuk pengesahan dari segi kesihatan produk berkenaan. Jangan ambil sambil lewa. Apabila sudah ada isu timbul seperti ini sudah tentu pihak yang terbabit perlu menjalankan tugas-tugas mereka turun padang, siasat dan kaji.

“Buat kerjalah nak tunggu apa lagi, buat kajian secara terperinci, bukannya kita tidak ada pakar,” tegasnya.

Ditanya, sejauh mana Kerajaan peka terhadap kajian daripada penyelidik yang dibuat persatuan penternak ayam menunjukkan kadar toksik dalam dedak itu boleh menyebabkan kanser kepada orang yang makan ayam?

Menurut Toqqi, sebenarnya setiap agensi yang dilantik ataupun ditubuhkan dan terlibat dengan perkara-perkara bersangkutan perlu mengambil peranan serius. Agensi kena buat sesuatu, jangan nak tunggu kena tekan baru nak bergerak, di mana sikap dan tanggungjawab yang diberi untuk memastikan hal-hal seumpama ini dapat diatasi ataupun lebih tepat dapat dielakkan. Buat semakan, perlu ambil inisiatif dan perbanyakkan kajian supaya hal berkenaan dengan dedak ayam ini tidak menjadi lebih teruk lagi di masa akan datang.

“Bagi saya hal ini tidak sepatutnya terjadi dan tidak masuk akal, seolah-olah pihak yang diberi tanggungjawab untuk memantau hal ini seperti tidak tak buat kerja.”

Banyak persoalan dari masyarakat awam yang juga pengguna, mengapa tidak diwujudkan sahaja akta bagi mengawal kartel pengeluar supaya tidak lagi meletakkan apa sahaja ramuan di dalam dedak ayam di Malaysia untuk mengeluarkan produknya?

Beliau berkata, ini pun masalah juga, bukan tidak boleh diwujudkan akta untuk mengawal kartel pengeluar ini supaya tidak lagi meletakkan apa sahaja ramuan di dalam dedak ayam di Malaysia untuk mengeluarkan produk. Tetapi malangnya, tidak ada pemimpin yang berani bersuara pun dalam isu ini, mana nak datangnya cadangan, sudahlah cadangan pun tidak ada maka sudah tentulah lagi jauh yang nak menyokong untuk dijadikan akta.

Jadi, antara solusi lain kepada permasalahan ini dan siapakah yang mesti bertanggungjawab sebenarnya adalah kita sendiri perlu mengubah masalah attitude kita, masalah adab dan masalah akhlak kita yang memeningkan kepala kita pasainya kita telah mewujudkan satu budaya yang cukup teruk dalam negara ini di mana kita boleh tengok semua perkara bermula daripada kartel di dalam negara ini. Sehinggakan kartellah yang membuat segala macam polisi.

Persoalannya, kenapa pihak berwajib yang seharusnya memantau, gagal mengesan perkara ini lebih awal?

Menurut Toqqi, kadang-kadang semua ini, dia ada kira-kiranya dan polisi yang dibuat oleh kartel-kartel ini. Kartel-kartel ini sudah duduk di kementerian, di agensi dan membuat polisi itu sendiri sehingga mereka ini jugalah yang memberi arah tuju dan cadangan.

Justeru, kita sepatutnya membuat polisi sendiri tanpa campur tangan mana-mana pihak seperti kartel-kartel ini. Cukuplah, kita sudah sangat teruk dengan polisi-polisi ini. Maka, sampai masanya kita sendiri mengawal selia seratus peratus polisi di dalam negara kita tanpa ada lagi campur tangan kartel-kartel ini.

Timbul juga persoalan mengenai tindakan-tindakan yang dilihat kononnya dikenakan ke atas kartel-kartel seperti ini apabila hal seumpama ini berlaku tetapi ia seolah-olah ringan dan macam just a slap on the wrist.

Maka, sebab itu perlu ada tindakan yang lebih berani dan tegas dari pihak Kerajaan untuk pastikan mereka-mereka ini mengambil pengajaran dan tidak berulang lakukan penganiayaan dan penipuan yang sama. Balik-balik rakyat yang juga merupakan pengguna lah yang menjadi mangsa dan terpaksa menanggung apa saja eksperimen dari kartel-kartel ini.

“Kena ada kesedaran daripada rakyat terhadap hak kepenggunaan terutamanya hak sebagai rakyat. Kita sedar sekarang ini pilihan raya yang semakin dekat jadi pandai-pandailah kita memilih mereka-mereka yang benar-benar boleh bekerja untuk rakyat. Kita perlukan orang-orang yang boleh buat kerja termasuk juga agensi pun kena buat kerja, jangan buat kerja benggong yang menyusahkan dan mengkhianati amanah rakyat,” katanya mengakhiri kenyataan.


Artikel oleh: Samudera.my

'DEDAK KANSER': PPIM KESAL SIKAP KARTEL, PENGUAT KUASA

https://www.samudera.my/dedak-kanser-ppim-kesal-sikap-kartel-penguat-kuasa/

PPIM BAKAL TUBUHKAN GERAKAN SUKARELEWAN RAKYAT - BULETIN PERTIWI - 27/10/2022

 

Satu gerakan sukarelawan rakyat akan ditubuhkan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bagi badan bukan kerajaan (NGO) yang ingin menyuarakan hasrat dan ketidakpuasan hati mereka terhadap calon-calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).


Sumber: Buletin Pertiwi

PPIM BAKAL TUBUHKAN GERAKAN SUKARELEWAN RAKYAT

https://www.youtube.com/watch?v=PSNtq0U312I

BACKLASH SEES RM2 CHARGE TEMPORARILY SUSPENDED AT KLIA2 - NEW STRAITS TIMES - 26/10/2022

 

SEPANG: A controversial RM2 entrance fee for taxi and e-hailing drivers going to pick up passengers from klia2 has been temporarily postponed until further notice after fierce criticism from the public.

The RM2 fee was enforced on Friday by the appointed concessionaire, RA Consultant Group, but it was stopped the very next day pending further discussions between the company, the Land Public Transport Agency (Apad) and e-hailing entities and associations.

Grab Drivers Malaysia Association deputy president Mohd Azril Ahmat said he hoped an amicable solution can be reached soon and that such moves will not be done without proper discussion and notice.

"For now it's been deferred but who knows for how long, and what will the outcome be once it has been discussed by all the parties involved.

"It was a bad move to begin with because as it is, level one is very congested and it's even worse during peak times such as on weekends and public holidays. For the two days it was implemented, it was utter chaos.

"As it is, the pick-up area is not well lit, the road surface is bad and the air is polluted with fumes. So, who wouldn't get upset when a RM2 charge is imposed just to go get the customer?

"There are more than 2,000 e-hailing vehicles (at klia2) daily so it is very profitable for the concessionaire. One of the excuses (given) was for the move to prevent touts from taking on passengers, but there was nothing about repairing or upgrading the pick-up area.

"E-hailing drivers have to cover quite a distance to send passengers to, or pick up from, the airport for a fee of between RM65 and RM105, which is not much when you factor in the cost and distance involved," he said.

Muslim Consumers Association of Malaysia (PPIM) president and lead activist Datuk Nadzim Johan concurred with Azril that the move to charge was not thought through properly especially during such tough and trying times.

"The relevant authorities must play their role in ensuring that such decisions are not made without prior consultation and discussion. (Apad) must be strict on such issues, and the same goes for MAHB (Malaysia Airports Holdings Bhd).

"When it comes to making such decisions involving charges billed to the rakyat, they must take into account the people's needs and if there are any ramifications," he said.

Segi Astana Sdn Bhd (SASB), the company that manages the Gateway Mall at KLIA2, noted that the concessionaire did not obtain prior approval for such a move.

"Following RACG's move, SASB immediately initiated and chaired a meeting with RACG and representatives from the Transport Ministry, Persatuan Gabungan E-Hailing Malaysia, PPIM and MAHB.

"As a result, RACG agreed to immediately deactivate the charging system until further discussion with the relevant stakeholders," it said.

Frequent travelers and flyers who depend on e-hailing services to get to and from klia2 on a regular basis were also unimpressed by such the move.

Jamie Mohan, 40, a senior manager at a private company, when met at the airport, was one who did not mince his words.

"I think this is just a greedy, crony company wanting to make some money from the rakyat. Are there any valid reasons given at all to charge money to taxis and e-hailing drivers to come into klia2 to pick us up?

"They are not parking and waiting for us... we get the app, book our ride and the assigned driver comes from nearby areas to get us. It's as simple as that.

"Perhaps if I may suggest, a grace period could be granted, of up to 15 minutes. But still, what is the purpose of charging which is akin to a 'toll fee' which just makes no sense. To my knowledge, no other country has something silly like this," he said.

Another frequent traveller, an investment banker who wished to be known only as Foong, shared Jamie's sentiments.

"Instead of looking at other means or ways of positively enhancing their revenue stream, it seems the concessionaire could not care less but to penalise the consumers or rather the e-hailing drivers.

"In my humble opinion, an airport is already a monopoly or oligopoly, and consumers do not have a choice to decline such charges. I hope the concessionaire will not have the cheek to retort that travellers can always take the train, buses (since bus operators are absorbing the costs), or get picked up in private cars instead.

Foong, too, mentioned that during such times of economic hardship, such moves should be checked by the government and relevant authorities.


Article by: New Straits Times

BACKLASH SEES RM2 CHARGE TEMPORARILY SUSPENDED AT KLIA2

https://www.nst.com.my/news/nation/2022/10/843866/backlash-sees-rm2-charge-temporarily-suspended-klia2

PRU15: PPIM BAKAL TUBUH GERAKAN SUKARELEWAN RAKYAT - SINAR HARIAN - 26/10/2022

 

SHAH ALAM - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan mewujudkan satu gerakan sukarelawan rakyat untuk badan bukan kerajaan (NGO) menyuarakan hasrat dan ketidakpuasan hati mereka terhadap calon bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, kuasa rakyat dan NGO akan bersama-sama menjadi pendesak kepada calon-calon yang tidak menepati citarasa.

"Sebelum PRU15 ini, PPIM akan mewujudkan satu gerakan sukarelawan rakyat yang mengikut perlembagaan dan kemanusiaan, di mana semua NGO boleh menyuarakan hasrat dan kemarahan mereka kepada calon-calon yang tidak melakukan yang terbaik serta menipu," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Nadzim juga meminta rakyat supaya menggunakan hak mereka sebagai pengguna bijaksana dan memberi perhatian kepada ciri-ciri calon yang bertanding sama ada mempunyai nilai-nilai seorang pemimpin yang berkaliber serta bertanggungjawab.

"PPIM juga menerima banyak pertanyaan daripada rakyat yang bertanyakan siapakah pemimpin yang patut mereka pilih.

"Mengikut sejarah kita, menteri menteri/ahli Parlimen kita yang lalu tidak membantu, tidak berintegriti, sombong dan menyusahkan rakyat.

"Kami membuka pintu kepada calon-calon yang mahukan sokongan kami, (mereka) wajib mempunyai ciri-ciri pemimpin yang baik, jujur, bekerjasama, mempunyai hati dan kebijaksanaan untuk membantu rakyat serta mengharmonikan negara, sanggup ke depan dan berkorban untuk rakyat," ujarnya.


Artikel oleh: Sinar Harian

PRU15: PPIM BAKAL TUBUH GERAKAN SUKARELEWAN RAKYAT

https://www.sinarharian.com.my/article/227782/berita/nasional/pru15-ppim-bakal-tubuh-gerakan-sukarelawan-rakyat

Wednesday, October 26, 2022

TVPPIM | MALAYSIA MEMILIH - NGO NGO ISLAM SIAPA PATUT KAMI PILIH - TVPPIM - 26/10/2022

 


MEMILIH WAKIL RAKYAT BUKAN WAKIL PARTI - KENYATAAN MEDIA PPIM - 26/10/2022

Kuala Lumpur – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memberi ingatan kepada masyarakat agar memberi perhatian mengenai ciri-ciri calon yang akan bertanding di dalam PRU-15 ini.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi berkata PPIM menerima banyak pertanyaan daripada rakyat yang bertanyakan siapakah pemimpin yang patut mereka pilih. Mengikut sejarah kita, menteri-menteri/ahli parlimen kita yang lalu tidak membantu, tidak berintegriti, sombong dan menyusahkan rakyat.

“Kami membuka pintu kepada calon-calon yang mahukan sokongan kami, wajib mempunyai ciri-ciri pemimpin yang baik, jujur, bekerjasama, mempunyai hati dan kebijaksanaan untuk membantu rakyat serta mengharmonikan negara, sanggup ke depan dan berkorban untuk rakyat”, katanya.

Tambah Nadzim lagi, kuasa rakyat dan NGO akan bersama-sama menjadi pendesak kepada calon-calon yang tidak menepati citarasa rakyat.

Justeru itu, sebelum PRU-15 ini, PPIM akan mewujudkan satu gerakan sukarelawan rakyat yang mengikut perlembagaan dan kemanusiaan, di mana semua NGO boleh menyuarakan hasrat dan kemarahan mereka kepada calon-calon yang tidak melakukan yang terbaik dan menipu. Nadzim juga meminta rakyat supaya menggunakan hak mereka sebagai pengguna bijaksana.

MEMILIH WAKIL RAKYAT BUKAN WAKIL PARTI - SIDANG MEDIA PPIM - 26/10/2022

Keadaan politik hari ini amat tidak stabil dan rakyat menderita dan ini menjejaskan ekonomi negara. Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima pelbagai aduan dan keluhan dari rakyat tentang keadaan ekonomi dan sosial yang huru-hara dikatakan akan bertambah buruk menjelang tahun 2023. Rakyat menghadapi pelbagai masalah tanpa ada solusi. Kami juga menerima berbagai pertanyaan yang diantaranya kami terima adalah “Siapa patut kami pilih?”

Sehubungan dengan itu, satu sidang media telah diadakan bagi menangani senario ini dengan mencadangkan beberapa solusi dan kaedah bagi membantu rakyat memilih calon-calon yang “bagus” untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Tuesday, October 25, 2022

WAKIL NGO WARNAI PRU-15? - HARIAN METRO - 25/10/2022

 

Artikel oleh: Harian Metro

WAKIL NGO WARNAI PRU-15?

WAKIL NGO WARNAI PRU-15 - HARIAN METRO - 25/10/2022

 

Mengapa NGO? Itu persoalan yang ditanyakan seorang rakan kepada penulis selepas membaca artikel berkaitan pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) diburu parti politik untuk menjadi calon beberapa hari lalu.

Seperti sudah tahu jawapan, dia inginkan kepastian apakah benar dan kenapa ada parti politik sudah melamar beberapa pimpinan dan aktivis untuk mengisi tempat sebagai wakil mereka dalam Pilihan Raya Umum (PRU-15) yang sedang menghitung detiknya?

Banyak jawapan yang boleh diberikan kepada soalan itu, tetapi yang pastinya adalah kerana 'ada nama', popular dan paling penting ialah rekod perkhidmatan mereka kepada rakyat selama ini.

Terima atau tidak tawaran itu menjadi persoalan kedua, tetapi kenapa mereka ini begitu laku sehingga dimahukan oleh lebih daripada satu parti politik.

Siapa tidak kenal dengan Datuk Nadzim Johan yang sinonim dengan perjuangannya dalam Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) atau Yusuf Azmi yang popular kerana kelantangannya membawa isu pengguna di negara ini.

Sebelum ini pun, umum mengetahui Kuan Chee Heng atau Uncle Kentang sudah pun mencuba nasib pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih pada 2019 dan walaupun kecundang, kerja-kerja kemasyarakatan diteruskan selepas itu.

Justeru tidak hairanlah mengapa ikon-ikon NGO ini diburu parti politik, seakan-akan menenggelamkan mereka yang sudah berada di dalam barisan dan 'geli' dan 'pasang badan' untuk menjadi calon PRU.

Satu elemen yang pasti ialah soal keyakinan kepada sistem perkhidmatan sama ada daripada kerajaan, parti politik mahu pun NGO itu sendiri.

Hakikanya, sejak puluhan tahun, banyak NGO membina naratif perjuangan menerusi khidmat bakti pelbagai lapangan serta program kemanusiaan.

Seperti dilaporkan sebuah portal berita, sehingga kini terdapat lebih 70,000 NGO berdaftar di negara ini membabitkan pelbagai latar belakang serta bidang kepakaran.

Jika sebahagian daripada mereka ini mewarnai arena politik, apakah akan berlaku perubahan drastik sekali gus menjulang aspirasi rakyat di negara ini?

Persoalan ini penulis ajukan kepada Nadzim dan jawapannya mudah, ia berbalik kepada apa peranan sebenar NGO, iaitu menjadi semak dan imbang kepada kerajaan dan pembangkang.

Katanya, selama lebih 22 tahun mengasas dan membawa PPIM sebagai antara NGO unggul dalam negara, beliau tidak menghitung berapa banyak kes yang sudah diselesaikan dalam tempoh itu.

Beliau turut menyentuh mengenai nikmat perjuangan memartabatkan pengguna yang menjadikannya Tokki yang dikenali ramai sehingga sudah beberapa kali PRU pun, masih ada yang mahu melihat dia menjadi ahli Yang Berhormat.

Berbalik kepada isu utama mengenai kenapa NGO menjadi pilihan, baik Nadzim, Yusuf, Jawahar Ali (Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia), Afiq Salim (Persatuan Pengguna Melayu Malaysia) dan Izzat Johari (Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat Malaysia), semuanya yakin platform NGO adalah yang paling baik untuk memberikan khidmat kepada rakyat, tidak kira masa dan ketika.

Mungkin ia menjadi penunjuk tidak langsung betapa NGO di negara ini berfungsi seperti sepatutnya dan bukan hanya pandai membuat laporan polis dan kenyataan media semata-mata.

Menjadi popular adalah kelebihan untuk terus menabur budi kepada masyarakat dan sewajarnya, mempunyai kuasa pula akan membantu menyelesaikan masalah rakyat.

Jika kedua-duanya digabungkan, sudah pasti banyak masalah yang membelenggu negara dapat diselesaikan, bukan?

Jadi, siapa pun calonnya, muka baharu, muka lama, kitar semula, yang pentingnya adalah sejauh mana mereka berkesan di dalam menjadi wakil kepada rakyat yang memilih.

Mungkin politik negara selepas ini diwarnai dengan atlet, artis atau ustaz selebriti yang mewakili rakyat di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri, sama-sama kita nantikan.

Penulis Penolong Pengarang Berita Harian Metro


Artikel oleh: Harian Metro

WAKIL NGO WARNAI PRU-15

https://www.hmetro.com.my/rencana/2022/10/895823/wakil-ngo-warnai-pru-15

KAUT UNTUNG JAJA KISAH SEDIH - KOSMO - 23/10/2022



Artikel oleh: Kosmo

KAUT UNTUNG JAJA KISAH SEDIH

TVPPIM | MINTA PENJELASAN VAKSIN...TOQQI - TVPPIM - 18/10/2022

 


Monday, October 24, 2022

'BAYARAN MASUK' TEKSI, E-PANGGILAN DI KLIA2 TANGGUH - FREE MALAYSIA TODAY - 23/10/2022

 

PETALING JAYA: Bayaran masuk RM2 dikenakan terhadap pemandu teksi dan e-panggilan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) yang membangkitkan kebimbangan pengembara udara ditangguhkan.

Caj itu ditangguhkan sehingga perbincangan antara pihak terbabit iaitu RA Consultant Group Sdn Bhd (RACG), Agensi Pengangkutan Awam Darat (Apad) dan syarikat e-panggilan selesai.

Dalam kenyataan, RA Consultant Group berkata keputusan diambil susulan pertemuan pihaknya dengan gabungan e-panggilan Malaysia dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia.

Syarikat itu turut bersetuju caj berkenaan dibilkan di aplikasi tempahan pelanggan bukan menggunakan kad Touch ‘n Go.

RA Consultant adalah syarikat dilantik Segi Astana Sdn Bhd iaitu pemegang konsesi kompleks bersepadu gateway@klia2.

Caj baharu itu yang bermula Jumaat lalu dibuat selepas syarikat menguruskan aliran trafik dan sistem beratur di klia2 memasang gantri di Aras 1, di mana pemandu e-panggilan dan teksi mesti menggunakan kad Touch ‘n Go mereka untuk masuk ke kawasan mengambil penumpang.

Pemandu juga dikehendaki mempunyai nilai minimum RM20 dalam kad Touch ‘n Go mereka.

Namun, pemandu terbabit dipercayai mengalihkan caj tambahan RM2 itu kepada penumpang mereka.

Sementara itu, jurucakap Malaysia Airports Holdings Bhd berkata kompleks bersepadu gateway@klia2 dan hab pengangkutan bukan bawah bidang kuasa syarikatnya.


Artikel oleh: Free Malaysia Today

'BAYARAN MASUK' TEKSI, E-PANGGILAN DI KLIA2 TANGGUH

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/10/23/bayaran-masuk-teksi-e-panggilan-di-klia2-tangguh/

PENGURUSAN TERMINAL KLIA2 SETUJU TIDAK AKTIFKAN PALANG AUTOMATIK - BERITA HARIAN - 23/10/2022

 

Ketua Aktivis Gabungan eHailing Malaysia, Jose Rizal, berkata ia langkah penyelesaian jangka pendek yang dicapai hasil pertemuan pengurusan terminal bersama pihaknya dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

"Perjumpaan membincangkan isu caj tambahan RM2 dikenakan bagi setiap kemasukan ke petak mengambil penumpang e-hailing di Pintu 5, KLIA2 yang mula dikuatkuasakan Jumaat lalu.

"Pihak pengurusan terminal iaitu Malaysia Airports Holdings Berhad, WCT Malls Management SB, Segi Astana SB dan RA Consult Global Sdn Bhd (RACG Sdn Bhd) memberikan respon segera iaitu bersetuju tidak mengaktifkan penggunaan palang automatik 'touch n go' bermula hari ini," katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

Bermula kelmarin, pengendali terminal klia2 membuat beberapa perubahan dalam peraturan pengambilan penumpang, menimbulkan rasa kesal dalam kalangan pemandu e-hailing.

Dalam memo yang dikeluarkan Khamis oleh RACG Sdn Bhd selaku pengendali, antara perubahan yang dilakukan ialah penggunaan sistem 'Touch n Go' mengehadkan masa menunggu dan mengenakan caj tambahan.

Caj tambahan RM2 dikenakan bagi setiap kemasukan ke petak mengambil penumpang di Pintu 5.

Memo itu juga menyatakan semua kenderaan e-hailing perlu membuat pusingan semula apabila tempoh masa yang diberikan tamat, dan pemandu perlu memastikan baki sekurang-kurangnya RM20 dalam kad Touch n' Go mereka.

Jose berkata, susulan pertemuan itu, semua pihak berbincang dan bertukar pandangan berkenaan penyelesaian terbaik.

"Pelbagai isu dan cadangan penyelesaian diberikan dan tindakan susulan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

"Dalam pada itu, kami berterima kasih kepada pengurusan terminal yang mengambil langkah tuntas dan tepat dengan mendengar rintihan pengguna dan pemandu eHailing Malaysia," katanya.


Artikel oleh: Berita Harian

PENGURUSAN TERMINAL KLIA2 SETUJU TIDAK AKTIFKAN PALANG AUTOMATIK

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/10/1015782/pengurusan-terminal-klia2-setuju-tidak-aktifkan-palang-automatik

PUNGUT DERMA BIAR TELUS - KOSMO - 23/10/2022

 

PETALING JAYA – Satu prosedur operasi standard (SOP) untuk crowd funding (tabung dana) perlu diwujudkan supaya penye­lewengan dapat dibanteras dan wang kutipan boleh disalurkan dengan betul kepada mang­sa.

Ketua Aktivis PPIM Datuk Nad­zim Johan berkata, kaedah itu merupakan pendekatan baharu yang perlu ditambah baik dan diakui dapat mengumpulkan wang dalam tempoh singkat.

“Bagaimanapun, pihak ber­kuasa perlu membuat SOP supaya dana itu tidak diselewengkan. Jika crowd funding dibuat tanpa media sosial, kutipan akan dapat penuh.

“Bagaimanapun, jika menggunakan iklan di media sosial, ada caj yang perlu dibayar, namun yang penting syarikat atau pihak yang menjalankan kerja itu perlu lebih telus dalam memberikan maklumat kepada orang ramai,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Nadzim, mereka seharusnya membuat perjanjian dengan pihak yang ingin dipromosikan supaya tidak terpalit dengan apa-apa isu berbangkit.

Tambahnya, masih banyak SOP yang belum jelas dan tidak melindungi pihak yang ingin dibantu.

Menurut Nadzim, pihak pe­nganjur perlu telus dan tidak menyembunyikan apa-apa caj kerana ia berbalik kepada pe­ngumpulan dana dan bukannya mahu kaut untung.

“Jadi kadang-kadang orang yang ambil duit derma ini dia terlepas pandang. Dia mungkin ambil lewa isu-isu ni kerana semuanya perlu dilakukan dengan asas keadilan dan benar.

“Kalau kita tak bagi langsung keuntungan, bagaimana mereka nak teruskan operasi sedemikian. Namun, perlu ada keseimba­ngan yang berpatutan,” jelasnya.

Malaysia merupakan negara pertama dari rantau ASEAN yang mewujudkan peraturan dengan tumpuan khusus pada pendana­an ekuiti (crowd funding) dan evolusinya.

Pihak yang mengawal selia perkara tersebut adalah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Bank Negara.


Artikel oleh: Kosmo

PUNGUT DERMA BIAR TELUS

https://www.kosmo.com.my/2022/10/23/pungut-derma-biar-telus/

Saturday, October 22, 2022

DR WEE LAUNCHES EHAILING APPLICATION TAXI4U ON TIKTOK - THE STAR - 20/10/2022

KUALA LUMPUR: A new ehailing application TAXI4U has entered the fray.

Transport Minister Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, through a post on TikTok, said he launched the new application on Thursday (Oct 20).

"Our Ministry encourages competition between industry players.

"This will bring opportunities for drivers or passengers to make the best choice," he said.

The launch was also attended by Land Public Tansport Agency director general Datuk Azlan Shah Al Bakri, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) chairman Datuk Nadzim Johan and TAXI4U director Kamaruddin Mohd Hussain.

Article by: The Star

DR WEE LAUNCHES EHAILING APPLICATION TAXI4U ON TIKTOK

https://www.thestar.com.my/news/nation/2022/10/20/dr-wee-launches-ehailing-application-taxi4u-on-tiktok

KAJIAN PERKASA PERKHIDMATAN TEKSI, E-HAILING TAHUN DEPAN - BERNAMA TV - 21/10/2022

 

#BuletinBernama : Kementerian Pengangkutan akan menjalankan sebuah kajian tahun hadapan untuk memperkasakan perkhidmatan teksi dan e-hailing dalam usaha menambah baik kawal selia kedua-dua perkhidmatan itu.

Menterinya Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata kajian tersebut juga akan meneliti solusi untuk menangani perkara-perkara yang dibangkitkan oleh pemain industri teksi dan e-hailing seperti perkongsian pasaran dan kaedah penentuan harga tambang yang adil buat kedua-dua pekhidmatan itu.

Artikel oleh: Bernama

KAJIAN PERKASA PERKHIDMATAN TEKSI, E-HAILING TAHUN DEPAN

https://www.youtube.com/watch?v=tTkqY5EkGx8

Friday, October 21, 2022

DR WEE LAUNCHES EHAILING APPLICATION TAXI4U ON TIKTOK - THE STAR - 20/10/2022

 

A new ehailing application TAXI4U has entered the fray.

Transport Minister Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, through a post on TikTok, said he launched the new application on Thursday (Oct 20).


Sumber: The Star

DR WEE LAUNCHES EHAILING APPLICATION TAXI4U ON TIKTOK

https://www.youtube.com/watch?v=FZWTFnoPbCg

MENYEMPURNAKAN MAJLIS PERASMIAN APLIKASI E-HAILING TAXI4U - WEE KA SIONG - 20/10/2022

 

Menyempurnakan Majlis Perasmian Aplikasi E-hailing TAXI4U petang ini.

Dalam ucapan, saya mengatakan bahawa Kementerian Pengangkutan sememangnya menggalakkan persaingan di kalangan pemain industri bagi memberikan peluang kepada pemandu atau penumpang untuk membuat pilihan yang terbaik samada dari segi menjana pendapatan sebagai pemandu mahupun kepuasan perkhidmatan sebagai penumpang.

Setakat ini, sejumlah 8% atau 7,833 kenderaan teksi telah menyertai e-hailing sebagai operasi tambahan.

MOT turut menggalakkan lebih ramai pemandu teksi beroperasi secara dinamik dengan menggunakan aplikasi yang tersedia. Pengoperasian melalui aplikasi akan dapat mengurangkan tempoh masa menunggu di satu-satu kawasan dan dijangka boleh meningkatkan jumlah trip kepada pemandu.

Saya mengharapkan aplikasi baharu TAXI4U akan merancakkan lagi persaingan dalam industri e-hailing dan teksi. Diharapkan lebih ramai lagi pemandu teksi dapat menggunakan aplikasi e-hailing sebagai modus operasi tambahan mendapatkan penumpang.

Hadir sama, Ketua Pengarah APAD, Datuk Azlan Shah Al Bakri; Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dato’ Nadzim Johan dan Pengarah TAXI4U, Encik Kamaruddin Mohd Hussain.


Artikel oleh: Wee Ka Siong (Facebook)

MENYEMPURNAKAN MAJLIS PERASMIAN APLIKASI E-HAILING TAXI4U

https://www.facebook.com/wksbmenglish/posts/pfbid0ovfJ7ADUkZJygV5d83juq3Gpq6KcMLgLGcNsnE35HvecinZJicv3guqdaJo5sqTnl

WEE KA SIONG: EARN EXTRA INCOME 7833 TAXIS TO JOIN E-HAILING - SIN CHEW DAILY - 20/10/2022

 

(吉隆坡20日讯)原任交通部长拿督斯里魏家祥指出,截至今日,共有8%或 7833辆遭土已加入了曳旦主阵营,赚取额外收入,不再如从前般,仅依赖乘客 在路边随机召车。

他今天下午在曳旦主应用程式“TAXI4U”的推介礼上致词时说,交通部向来都 鼓励业者之间良性竞争,让司机和乘客分别在赚取收入与获得良好服务这两方 面,做出最佳选择。

他说,交通部鼓励更多速上司机通过该应用程式提供服务。

“这将有助于减少遭土司机在某个区域的等待时间,进而提高司机的载客次 数。”

他说,希望新应用程式“TAXI4U",可促进虫旦主与速上之间的良性竞争。

出席者包括陆路公共交通机构(APAD)总监拿督阿兹兰、总监拿督阿兹兰、大马伊斯兰消费人协会(PPIM)主席拿督纳兹因及“TAXI4U”总监卡玛鲁丁。


Article by: Sin Chew Daily

WEE KA SIONG: EARN EXTRA INCOME 7833 TAXIS TO JOIN E-HAILING

https://www.sinchew.com.my/?p=4177115

Thursday, October 20, 2022

AKTIVITI | FORUM KOLOKIUM PENCEGAHAN EKSTREMISME & RADIKALISME GANAS PERINGKAT KEBANGSAAN - PPIM - 20/10/2022

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi sebagai ahli panel dalam forum Kolokium Pencegahan Ekstremisme & Radikalisme Ganas Peringkat Kebangsaan: "Aku Tersalah Langkah" anjuran Jabatan Penjara Malaysia di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

PPIM PRIHATIN RUNGUTAN KENAIKAN HARGA MAKANAN - HARIAN METRO - 19/10/2022

 

Kuala Lumpur: Beberapa pelanggan kedai makan merungut mengenai isu kenaikan harga makanan walaupun harga barang kawalan sudah terkawal dan tidak melebihi harga siling yang ditetapkan oleh kerajaan.

Bagaimanapun, terdapat juga ciapan daripada beberapa pengguna Twitter, mereka merungut kenaikan harga makanan menjejaskan hasrat mereka untuk menyimpan wang untuk kegunaan masa depan.

Berikutan itu, seperti yang dikatakan oleh pengguna sosial media, harga makanan tetap mahal walaupun harga ayam sudah menurun.

Menurut akhbar tempatan pada Jun lalu, harga ayam segar diramal melonjak melebihi harga RM12 pada 1 Julai berbanding harga ayam sudah menurun kepada jualan harga siling terkini RM 9.40 sekilo.

Selain itu, telur ayam gred A sepapan dijual pada harga siling RM13.50.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, pembentukan budaya sangat penting serta masyarakat perlu dididik untuk mematuhi undang-undang kerajaan.

"Konsep pembentukan budaya ini perlu dititik beratkan kepada semua masyarakat, bukan sahaja tertakluk kepada peniaga kedai makan sahaja.

"Undang-undang kerajaan tidak cukup untuk mendidik rakyat," katanya, hari ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Azman Mohd Yusof, berkata, ayam dan telur diteruskan pewartaannya sebagai barangan harga terkawal yang dikuatkuasakan mulai 12 Oktober lalu.

"Semakan harga boleh dibuat melalui laman sesawang KPDNHEP di portal rasmi www,kpdnhep.gov.my," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Artikel oleh: Harian Metro

PPIM PRIHATIN RUNGUTAN KENAIKAN HARGA MAKANAN

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/10/894204/ppim-prihatin-rungutan-kenaikan-harga-makanan

Wednesday, October 19, 2022

SUARA RAKYAT | UTAMAKAN KESTABILAN DAN KEMAKMURAN RAKYAT, NEGARA - ASTRO AWANI - 19/10/2022

Selain mahukan kerajaan yang stabil serta kemelut politik tidak lagi menjadi drama bersiri, rakyat juga berharap parti mana sekalipun yang dipilih pengundi dalam PRU15 nanti perlu memastikan kestabilan dan kemakmuran rakyat di negara ini.

Itu harapan kalangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mahu supaya pengundi lebih bijak memilih calon yang boleh memberikan perkhidmatan terbaik.


Artikel oleh: Astro Awani

SUARA RAKYAT | UTAMAKAN KESTABILAN DAN KEMAKMURAN RAKYAT, NEGARA

https://www.youtube.com/watch?v=bKUpOOvR5JA

WUJUDKAN STOK PENIMBAL - UTUSAN MALAYSIA - 19/10/2022

 

Artikel oleh: Utusan Malaysia

WUJUDKAN STOK PENIMBAL

WUJUDKAN STOK PENIMBAL INDUSTRI MAKANAN AYAM - UTUSAN MALAYSIA - 19/10/2022

 

PETALING JAYA: Sudah tiba masanya kerajaan mewujudkan sis­tem stok penimbal dalam in­dustri makanan ayam bagi memastikan jaminan bekalan berterusan selain persediaan menghadapi sebarang situasi luar jangka angkara sabotaj kartel dan pihak berkepentingan.

Seperti sektor beras negara, mem­perkenalkan model yang sa­ma dalam industri ternakan ayam penting untuk memasti­kan kelangsungan bekalan makanan tersebut dan kawalan harga.

Antaranya menubuhkan sebuah badan bebas atau syarikat-syarikat yang dilantik untuk menguruskan bekalan stok makanan ternakan secara telus tanpa dipengaruhi pihak-pihak yang mempunyai kepentingan dalam industri termasuk campur tangan kartel dan orang te­ngah.

Semalam, kekurangan bekalan ayam di beberapa negeri dan harga pembekal yang tinggi mempengaruhi kebanyakan peniaga untuk menaikkan harga antara RM9.50 kepada RM11 sekilogram, melepasi harga si­ling yang dihadkan kerajaan sebanyak RM9.40 sekilogram.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, wakil penternak kecil yang enggan namanya disiarkan berkata, sebagai pemain industri, mewujudkan badan yang berfungsi seperti stok penimbal beras negara akan membantu menstabilkan bekalan dan harga sumber protein tersebut.

Katanya, cadangan itu wajar disegerakan memandangkan bekalan ayam sering mengalami situasi tidak menentu disebabkan angkara pihak-pihak yang berkepentingan sehingga mendorong peniaga runcit tidak mempunyai pilihan untuk menaikkan harga di pasaran.

“Bagi kami sebagai pemain industri, cadangan itu memang perlu sebab sekiranya keadaan semasa ini tidak dibendung dengan pemerintahan, memang akan menyebabkan pihak-pihak lain terus mengambil kesempatan untuk kepentingan sendiri.

“Negara-negara lain pun yang pegang sebenarnya bukan pemerintah, tetapi sistem beraja sebab mereka menganggap bekalan makanan untuk rakyat adalah satu benda yang perlu dihormati dan dijaga,” katanya ketika dihubungi.

Kelmarin Utusan Malaysia melaporkan, ketika Deepavali bakal menjelang dan rakyat Malaysia sibuk dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kartel ayam dan telur pula sibuk mencatu bekalan ayam serta telur sehingga menimbulkan rungutan orang ramai mengenai kekurangan kedua-dua bahan mentah tersebut di pasaran.

Kejadian ini sama seperti mana dilaporkan akhbar pada Mei tahun lalu, sekumpulan kartel sekali lagi bermaharajalela untuk mengaut keuntungan, pemain-pemain industri juga menjangkakan menjelang Disember ini keadaan itu akan menjadi lebih teruk.

“Kami berjihad tetapi ada juga mengambil kesempatan, kami sedih sebenarnya. Kami menternak untuk bagi rakyat makan tetapi kita pula dikatakan sebagai ancaman pada negara,” jelasnya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, dengan menubuhkan lembaga yang mengawal menyeluruh berkaitan industri ayam, ia akan memberi titik noktah kepada tindakan sabotaj yang dilakukan kartel ketika ini.

“Kita sudah sebut berulang kali, kami cadangkan penubuhan lembaga unggas untuk ayam, kalau nanas ada, tembakau ada tetapi kenapa ayam yang menjadi makanan utama untuk rakyat tiada?

“Kita asyik merujuk kepada kartel, jadi kita yang rugi. Memang sepatutnya ada sebuah badan mahupun lembaga yang menyempurnakan strategi kita untuk mengawal bekalan sumber makanan itu dan ia perlu bebas daripada campur tangan politik,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George berkata, perlu ada satu cara yang komprehensif untuk jangka masa panjang bukan hanya penyelesaian ‘dua minit’.

“Kenapa kita masih ada masalah berkaitan bekalan ayam dan bahan makanan lain, sampai hari ini agensi-agensi kerajaan tidak keluarkan satu kertas putih atas sebab sebenarnya kenapa negara masih ada masalah tersebut walaupun sudah tutup eksport.

“Kita perlu cari cara bagaimana kita boleh membantu golongan yang menjaga sekuriti makanan negara untuk meningkatkan penghasilan produktiviti. Libatkan semua pihak dari bawah ke atas untuk mencari jalan yang tulus,” jelasnya. 


Artikel oleh: Utusan Malaysia

WUJUDKAN STOK PENIMBAL INDUSTRI MAKANAN AYAM

https://www.utusan.com.my/berita/2022/10/wujudkan-stok-penimbal-industri-makanan-ayam/

Tuesday, October 18, 2022

ADAKAH KESIHATAN RAKYAT MALAYSIA TERJAMIN ? - KENYATAAN MEDIA PPIM - 18/10/2022

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) terus mempersoalkan status kesihatan rakyat Malaysia yang telah disuntik dengan vaksin Pfizer susulan pendedahan di Parlimen Eropah (EU) bahawa vaksin COVID-19 keluaran syarikat Pfizer yang digunakan dalam Program Imunisasi Covid Kebangsaan (PICK).

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi berkata pendedahan terkini oleh badan luar negara itu perlu diambil serius oleh kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia.

"Antara persoalan yang dikemukakan oleh ahli parlimen di eropah itu ialah kesan sampingan vaksin Covid-19 keluaran pfizer dan keberkesanan vaksin itu dalam menentang virus Covid-19," katanya.

Nadzim berkata, berdasarkan laporan yang diterima, PPIM amat kecewa dengan apa yang telah berlaku.

Selain itu, menurut Nadzim pihak Pfizer juga gagal mengesahkan dan enggan menjawab persoalan samada vaksin keluaran syarikat Pfizer itu telah diuji sebelum diberikan kepada pengguna seluruh dunia.

"Jawapan yang diberi amat mengejutkan kerana wakil syarikat Pfizer itu mengakui vaksin berkenaan tidak pernah diuji sebelum dijual ke seluruh dunia," katanya.

Nadzim melontarkan kepada Menteri Kesihatan dan Menteri yang bertanggungjawab keatas program PICK apakah respond dan tindakan beliau setelah perkara ini didedahkan?

"Adakah YB Khairy akan terus bersembunyi di belakang syarikat gergasi Pfizer atau akan bertindak kerana seluruh negara telah ditipu dan negara telah membelanjakan berbilion ringgit untuk tujuan vaksinasi COVID-19,"katanya.

Nadzim turut bertanya samada bekas ahli parlimen Rembau itu akan bertanggungjawab keatas apa yang berlaku dan berapa ramai rakyat Malaysia yang telah menerima suntikan vaksin keluaran Pfizer yang mengalami komplikasi.

Sebelum ini media melaporkan Ketua Eksekutif Pfizer Albert Bourla telah menarik diri daripada temu janji untuk memberi keterangan di hadapan jawatankuasa khas Parlimen Eropah mengenai COVID-19, di mana beliau dijangka menghadapi soalan sukar tentang bagaimana perjanjian vaksin rahsia dilakukan.

Keputusan itu susulan laporan audit ke dalam strategi perolehan vaksin EU yang diterbitkan awal bulan yang menimbulkan persoalan baharu mengenai hubungan antara Bourla dan Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen yang mendahului kontrak vaksin berbilion euro.

Sebaliknya, seorang eksekutif Pfizer, dikatakan "mengakui" bahawa syarikat dan rakan kongsinya BioNTech tidak menguji sama ada vaksin COVID-19 berasaskan mRNA mereka mengurangkan penghantaran virus sebelum melancarkannya - yang merupakan sesuatu yang syarikat tidak perlu lakukan untuk kelulusan kawal selia awal, dan mereka juga tidak melakukannya.

Untuk mendapatkan kelulusan kecemasan, syarikat perlu menunjukkan bahawa vaksin itu selamat dan menghalang orang yang diberi vaksin daripada jatuh sakit.

Mereka tidak perlu menunjukkan bahawa vaksin itu juga akan menghalang orang daripada menyebarkan virus kepada orang lain.

Setelah vaksin berada di pasaran, penyelidik bebas di beberapa negara mengkaji orang yang menerima vaksin Pfizer-BioNTech dan menunjukkan bahawa vaksinasi mengurangkan penghantaran varian yang beredar pada masa itu.

Memandangkan keputusan mengenai penularan ini muncul pada awal 2021, pihak berkuasa kesihatan negara di banyak negara melaksanakan atau mencadangkan peraturan gaya pasport vaksin yang mendorong perdebatan berterusan mengenai asas etika dan undang-undang peraturan tersebut.

Jawatankuasa itu sedang bertemu dengan pegawai penting yang terlibat dalam proses perolehan vaksin EU untuk mengambil pengajaran tentang bagaimana untuk bertindak balas terhadap wabak masa depan.

Eksekutif farmaseutikal lain telah menangani jawatankuasa itu, termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Moderna dan pegawai kanan dari AstraZeneca dan Sanofi.

TAHAP KESIHATAN RAKYAT MALAYSIA DALAM BAHAYA - SIDANG MEDIA PPIM - 18/10/2022

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) amat kesal namun tidak terkejut dengan pendedahan oleh Kesatuan Eropah (EU) dan wakil Pfizer, pengeluar vaksin C0VID-19 bahawa vaksin keluaran syarikat itu tidak diuji sebelum penggunaan kepada manusia.

PPIM secara konsisten telah mempersoalkan penggunaan vaksin C0VID-19 kerana pihak pengeluar begitu yakin mereka mampu menghasilkan vaksin yang berkesan untuk penyakit yang baharu ditemui manusia dan saintis.

Sehubungan itu, satu sidang media telah diadakan bagi menyuarakan kebimbangan PPIM serta mahu penjelasan oleh Menteri Kesihatan YB Khairy Jamaluddin yang begitu yakin dengan produk yang tidak diyakini pihak pengeluarnya sendiri.

Image



PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL