Showing posts with label FORUM. Show all posts
Showing posts with label FORUM. Show all posts

Tuesday, June 4, 2024

AKTIVITI | FORUM MINGGU PEMASARAN FAKULTI EKONOMI & PENGURUSAN, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA - PPIM - 06/04/2024

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi telah dijemput sebagai ahli panel bagi Forum Minggu Pemasaran Ekonomi & Pengurusan anjuran pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Kampus Bangi, Selangor.

Forum membincangkan isu-isu kepenggunaan meliputi isu scammer pelaburan dan banteras operasi kongsi gelap.

Thursday, October 20, 2022

AKTIVITI | FORUM KOLOKIUM PENCEGAHAN EKSTREMISME & RADIKALISME GANAS PERINGKAT KEBANGSAAN - PPIM - 20/10/2022

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi sebagai ahli panel dalam forum Kolokium Pencegahan Ekstremisme & Radikalisme Ganas Peringkat Kebangsaan: "Aku Tersalah Langkah" anjuran Jabatan Penjara Malaysia di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Friday, November 13, 2020

6078) JOM SAKSIKAN TOQQI DALAM FORUM CAKNA KEPENGGUNAAN! - PPIM - 13/11/2020

Jom saksikan Forum Cakna Kepenggunaan bersama Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi yang akan disiarkan secara langsung di Facebook Kesatuan Generasi Madani Selangor, https://www.facebook.com/kgmselangor pada Ahad ini, jam 10.00 pagi.

Panelis:
1. Ust Ab Razak Aripin, Pensyarah Universiti Selangor (UNISEL)
2. Dato’ Nadzim Johan, Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
3. Dr Farhah Abdullah, Pensyarah Kanan, UiTM Cawangan Selangor Kampus Dengkil
Moderator:
Irsyad Kamaruzzaman, Koordinator KGMS
Perasmian oleh:
YB Tn Mohd Zawawi bin Ahmad Mughni
(Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna & Industri Halal)


Tuesday, December 3, 2019

5558) KPDNHEP LANCAR FORUM KUATKUASA HAK PENGGUNA - PPIM - 03/12/2019

PUTRAJAYA- Forum Penguatkuasaan Bersama Persatuan Industri dan Persatuan Pengguna Tahun 2019 anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membincangkan mengenai masalah-masalah pengguna yang perlu diambil perhatian oleh kerajaan bertempat di Dewan Armada Arena pagi tadi.

Antara isu yang dibahaskan adalah isu bank tarik kereta, isu keldai akaun, isu sewa beli serta isu kemanusiaan yang rata-ratanya para pengguna telah diambil kesempatan dan dianiaya oleh pihak-pihak tertentu.

“PPIM membawa isu-isu ini bagi membahaskan bersama KPDNHEP supaya kerajaan dapat mengkaji dan mengambil tindakan yang perlu,” kata Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Nadzim Johan @ Toqqi.

Selain itu, PPIM turut mengutarakan isu kemanusiaan yang berkaitan dengan undang-undang. “Sebagai contoh isu keldai akaun. Dari segi undang-undang adalah salah, namun hakikatnya tidak seperti yang dilihat. Jadinya pengguna teraniaya,” tambahnya lagi.

Ketua Aktivis PPIM itu turut berkata, “PPIM berharap dalam masa terdekat ini, setelah mereka mengkaji cadangan-cadangan ini, kita akan memperoleh sesuatu hasil yang baik.”

Antara cadangan yang diberi adalah undang-undang perlu dilihat secara kemanusiaan. Hal ini supaya rakyat tidak akan lagi ditindas dan teraniaya. Permasalahan ini telah melibatkan puluhan ribu orang dan sehingga kini masih tiada lagi tindakan yang diambil.

#toqqiprihatin #aktivitiPPIM #PPIM #Sukarelawan #KPDNHEP #hijarah #BMF #HakPengguna #viral


Artikel oleh: Atiqah Kamaruddin

KPDNHEP LANCAR FORUM KUATKUASA HAK PENGGUNA

5556) AKTIVITI | JEMPUTAN SEBAGAI PANEL BAGI FORUM PENGUATKUASAAN BERSAMA PERSATUAN INDUSTRI DAN PERSATUAN PENGGUNA TAHUN 2019 - PPIM - 03/12/2019

Telah berlangsung, Forum Penguatkuasaan Bersama Persatuan Industri dan Persatuan Pengguna Tahun 2019 anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di Dewan Armada Marina Putrajaya.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@Toqqi telah dijemput sebagai ahli panel forum yang bertajuk "Sejauh Mana Keberkesanan Penguatkuasaan Dalam Melindungi Hak Pengguna"



Friday, November 22, 2019

5511) AKTIVITI | JEMPUTAN SEBAGAI AHLI PANEL DALAM FORUM BUY MUSLIM FIRST - PPIM - 21/11/2019

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@Toqqi telah dijemput sebagai ahli panel dalam Forum Buy Muslim First anjuran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Dewan UIAM, Gombak.   


PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL