Thursday, September 30, 2021

5972) AKTIVITI | MESYUARAT DAN SIDANG MEDIA BERSAMA GTSM - PPIM - 30/09/2021

Telah berlangsung hari ini mesyuarat dan sidang media bersama Gabungan Pertubuhan Teksi, Kereta Sewa, Limosin dan Teksi Lapangan Terbang Se'Malaysia (GTSM) yang membincangkan masalah berkaitan industri perkhidmatan dan pengangkutan darat negara.

Program telah diadakan di Ali Cafe Tomyam Seafood, Pantai Baharu Kuala Lumpur.

Turut hadir, Yang Dipertua GTSM, En Kamarudin Mohd Hussain dan Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi.


Wednesday, September 29, 2021

5971) AKTIVITI | KUNJUNGAN HORMAT KETUA AKTIVIS PPIM KE PEJABAT KETUA PENGARAH JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL - PPIM - 29/09/2021

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi hari ini mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Tuan Hj Halim Hassan di Putrajaya.



5970) DAPOR PANGLIMA EPISOD 8 - EMPAYAR PANGLIMA RESOURCES - 24/09/2021

 

Dapor Panglima Episod 8 - Tetamu jemputan kami kali ini bukan calang-calang orang, TOQQI @ Datuk Nadzim Johan, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama sama Chef Yang Jamil memeriahkan Dapor Panglima.

Menu istimewa yang dikongsikan, Gulai Daging Rebung TOQQI semestinya menggunakan Rempah Kari Cap O. Pernah tengok TOQQI masak? Tak kan..Kami pon tak sangka TOQQI sudi masak untuk Dapor Panglima. Boleh tahan kelakar rupanya empunya badan yang terkenal tegas orangnya.

Seperti biasa, Sesi Sembang Santai bersama Azadan Rabbani, TOQQI, Pengarah Urusan Empayar Panglima Hafiz Yahaya dan Ebby Yus. Ya, penampilan Istimewa oleh Ebby Yus untuk episod 8.

Jomlah kita layan Dapor Panglima. Pasti enjoy!

#daporpanglima#empayarpanglima#rempahkaricapo#serbukkaricapo#toqqi#ebbyyus#bmf#ppim#resepi#selangor#kualalumpur#malaysia


Artikel oleh: Empayar Panglima Resources (Facebook)

DAPOR PANGLIMA EPISOD 8

https://www.facebook.com/EmpayarPanglimaResources/videos/556135712259409/

Tuesday, September 28, 2021

5969) SUMBANGAN 100 KOTAK INFAQ REZEKI KEPADA PARA PEMANDU TEKSI DI WISMA PERKESO, JOHOR BHARU - PPIM - 28/09/2021

Alhamdulillah,syukur! Pada 26 September yang lalu, sempena Misi Kemanusiaan Jelajah Selatan Anjuran PPIM Bersama PERKESO, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), PEISO Motor Garage, MAIWP, Kingz MG & Pertubuhan Kebajikan Amal Jalanan (PKAJ) telah berjaya menyalurkan sumbangan 100 kotak INFAQ REZEKI kepada para pemandu teksi yang terkesan akibat pandemik COVID-19 di Wisma PERKESO, Johor Bharu. Semoga sumbangan ini menjadi asbab kebaikan kepada semua.

Teruskan menyumbang di kempen Infaq Rezeki, kerana masih ramai yang menanti sumbangan anda!

Mulakan sumbangan anda ke kempen Infaq Rezeki melalui cara berikut:

Klik link di bawah untuk menyumbang,
https://sumbangan.com/infaqrezeki
Untuk maklumat lanjut:
Whatsapp: https://PerjuanganPPIM.wasap.my
Hotline: 013-2262 444
"Perjuangan Bersama Demi Pengguna”

#perjuanganbersama#hakpengguna#PPIM#tabungperjuanganPPIM#kitajagakita#bantuanmakanan#infaqrezeki.

Monday, September 27, 2021

5968) CARUMAN PERKESO PEMANDU TEKSI, E-HAILING JOHOR RENDAH - KOSMO - 27/09/2021

 

Artikel oleh: Kosmo

CARUMAN PERKESO PEMANDU TEKSI, E-HAILING JOHOR RENDAH

5967) CARUMAN PERKESO PEMANDU TEKSI, E-HAILING JOHOR MASIH RENDAH - SINAR HARIAN - 27/09/2021

 

Artikel oleh: Sinar Harian

CARUMAN PERKESO PEMANDU TEKSI, E-HAILING JOHOR MASIH RENDAH

5966) THE NGO SUBMITTED A MEMORANDUM TO PARLIMENT TO STOP DISCRIMINATING AGAINST THOSE WHO REFUSED TO VACCINATE – SIN CHEW DAILY – 22/09/2021

 


Artikel oleh: Sin Chew Daily

THE NGO SUBMITTED A MEMORANDUM TO PARLIMENT TO STOP DISCRIMINATING AGAINST THOSE WHO REFUSED TO VACCINATE

5965) 2726 PEOPLE FROM BATU PAHAT PARTICIPATE IN SKSPS SUHARA URGES MORE FEMALE AND PART-TIME WORKES TO REGISTER - SIN CHEW DAILY - 26/09/2021

 









Article by: Sin Chew Daily

2726 PEOPLE FROM BATU PAHAT PARTICIPATE IN SKSPS SUHARA URGES MORE FEMALE AND PART-TIME WORKES TO REGISTER

https://www.sinchew.com.my/?p=3312822

5964) CARUMAN PERKESO PEMANDU TEKSI, E-HAILING JOHOR MASIH RENDAH - WACANA - 26/09/2021

 

JOHOR BAHRU, 26 Sept -– Kurang daripada 50 peratus individu yang terlibat dalam penyediaan perkhidmatan pengangkutan seperti teksi, e-hailing dan kereta sewa di negeri ini yang mencarum dalam skim perlindungan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Pengarah PERKESO Johor, Tong Sing Chuang berkata, daripada lebih 5,000 orang yang terlibat dalam perkhidmatan itu, hanya seramai 2,374 yang telah mencarum.

Menurutnya, daripada jumlah tersebut hanya seramai 504 orang adalah pemandu teksi.

“Kita telah memperkenalkan caruman buat mereka yang melakukan pekerjaan ini, namun setakat ini jumlah yang telah mencarum di Johor masih rendah.

“Kita juga faham kekangan dan bebanan yang mereka hadapi, apatah lagi dalam situasi pandemik COVID-19 yang mencabar ketika ini, namun kita akan terus meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan caruman PERKESO,” katanya selepas menghadiri Program Sinergi CSR Infaq Rezeki Jelajah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Bersama PERKESO di Menara PERKESO Johor, di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Cawangan Dasar dan Strategi Sumber Manusia PERKESO, Mohd. Razmi Khalid; Pengarah Bahagian Pengurusan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Ghazali Abd. Rahman dan Ketua Operasi Unit Kebajikan PPIM, Siti Khadijah Hassan Berseri.

Sing Chuang berkata, sejak pandemik COVID-19 melanda negara pada Mac tahun lalu, pihaknya telah menerima lebih 1,000 permohonan dalam pelbagai kategori daripada pencarum bagi mendapatkan pampasan akibat wabak berkenaan.

“Daripada jumlah tersebut, lebih 20 kes tuntutan adalah melibatkan kematian pencarum akibat dijangkiti COVID-19,” katanya.

Sementara itu, Mohd. Razmi memaklumkan, pihaknya akan terus meningkatkan kesedaran masyarakat khususnya golongan pemandu untuk membuat caruman dalam skim yang dilaksanakan PERKESO.

“Keutamaan mereka ketika ini adalah untuk menyediakan keperluan asas buat keluarga, seperti makanan harian dan keperluan persekolahan anak-anak,” katanya.

Mengenai program tersebut, PERKESO dengan kerjasama lima agensi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah menyediakan 100 kotak makanan untuk diagih-agihkan kepada pemandu teksi yang terjejas di daerah ini.


Artikel oleh: Wacana

CARUMAN PERKESO PEMANDU TEKSI, E-HAILING JOHOR MASIH RENDAH

https://wacana.my/caruman-perkeso-pemandu-teksi-e-hailing-johor-masih-rendah/

5963) KURANG 50 PERATUS PEMANDU TEKSI, E-HAILING DI JOHOR CARUM PERKESO - SINAR HARIAN - 26/09/2021

 

JOHOR BAHRU – Tidak sampai 50 peratus individu yang terlibat dalam penyediaan perkhidmatan pengangkutan seperti teksi, e-hailing dan kereta sewa di negeri ini yang telah mencarum dengan skim perlindungan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Pengarah Perkeso Johor, Tong Sing Chuang berkata, daripada lebih 5,000 orang yang terlibat dalam perkhidmatan itu, hanya seramai 2,374 yang telah mencarum dan daripada jumlah tersebut hanya seramai 504 orang melibatkan pemandu teksi.

“Kita telah memperkenalkan caruman buat mereka yang melakukan pekerjaan ini, namun setakat ini jumlah yang telah mencarum di Johor masih rendah.

“Kita juga faham kekangan dan bebanan yang mereka hadapi, apatah lagi dalam situasi pandemik Covid-19 yang mencabar ketika ini, namun kita akan terus meningkatkan kesedaran masyarakat berhubung kepentingan caruman Perkeso,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan selepas menghadiri Program Sinergi CSR Infaq Rezeki Jelajah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Bersama Perkeso di Menara Perkeso Johor, di sini hari ini.


Artikel oleh: Kosmo

CARUMAN PERKESO PEMANDU TEKSI, E-HAILING JOHOR MASIH RENDAH

https://www.kosmo.com.my/2021/09/26/caruman-perkeso-pemandu-teksi-e-hailing-johor-masih-rendah/

5962) KURANG 50 PERATUS PEMANDU TEKSI, E-HAILING DI JOHOR CARUM PERKESO - SINAR HARIAN - 26/09/2021

 

JOHOR BAHRU - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Johor mendedahkan hanya 2,374 daripada 5,000 orang yang terlibat dalam penyediaan perkhidmatan pengangkutan seperti teksi, e-hailing dan kereta sewa di negeri ini melakukan caruman.

Pengarah Perkeso Johor, Tong Sing Chuang berkata, jumlah tersebut tidak sampai 50 peratus walaupun pihaknya sudah memperkenalkan caruman kepada mereka.

"Kita juga faham kekangan dan bebanan yang mereka hadapi, apatah lagi dalam situasi pandemik Covid-19 yang mencabar ketika ini, namun kita akan terus meningkatkan kesedaran masyarakat berhubung kepentingan caruman Perkeso," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Program Sinergi CSR Infaq Rezeki Jelajah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Bersama Perkeso di Menara Perkeso Johor di sini pada Ahad.

Hadir sama, Ketua Cawangan Dasar dan Strategi Sumber Manusia Perkeso, Mohd Razmi Khalid, Pengarah Bahagian Pengurusan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Ghazali Abd Rahman dan Ketua Operasi Unit Kebajikan PPIM, Siti Khadijah Hassan Berseri.

Dalam perkembangan lain, Chuang berkata, sejak pandemik Covid-19 melanda negara pada Mac tahun lalu, pihaknya menerima lebih 1,000 permohonan dalam pelbagai kategori daripada pencarum bagi mendapatkan pampasan akibat wabak berkenaan.

"Daripada jumlah tersebut, lebih 20 kes tuntutan adalah melibatkan kematian pencarum akibat dijangkiti Covid-19," ujarnya.

Sementara itu, Mohd Razmi berkata, pihaknya akan terus meningkatkan kesedaran masyarakat khususnya pemandu untuk melakukan caruman bersama Perkeso.


Artikel oleh: Sinar Harian

KURANG 50 PERATUS PEMANDU TEKSI, E-HAILING DI JOHOR CARUM PERKESO

https://www.sinarharian.com.my/article/163538/EDISI/Kurang-50-peratus-pemandu-teksi-e-hailing-di-Johor-carum-Perkeso

5961) KURANG 50 PERATUS PEMANDU TEKSI, E-HAILING CARUM PERKESO - UTUSAN MALAYSIA - 26/09/2021

 


JOHOR BAHRU: Tidak sampai 50 peratus individu yang terlibat dalam penyediaan perkhidmatan pengangkutan seperti teksi, e-hailing dan kereta sewa di negeri ini yang telah mencarum dalam skim perlindungan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

 

Pengarah Perkeso negeri, Tong Sing Chuang berkata, daripada lebih 5,000 orang yang terlibat dalam perkhidmatan itu, hanya seramai 2,374 yang telah mencarum.

 

Menurut beliau, daripada jumlah tersebut pula, hanya seramai 504 orang adalah pemandu teksi.

 

“Kita telah memperkenalkan caruman buat mereka yang melakukan pekerjaan ini, namun setakat ini jumlah yang telah mencarum di Johor masih rendah.

 

“Kita juga faham kekangan dan bebanan yang mereka hadapi, apatah lagi dalam situasi pandemik Covid-19 yang mencabar ketika ini, namun kita akan terus meningkatkan kesedaran masyarakat berhubung kepentingan caruman Perkeso,” katanya.

 

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Program Sinergi CSR Infaq Rezeki Jelajah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Bersama Perkeso di Menara Perkeso Johor, di sini hari ini.

 

Turut hadir, Ketua Cawangan Dasar dan Strategi Sumber Manusia Perkeso, Mohd. Razmi Khalid; Pengarah Bahagian Pengurusan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Ghazali Abd. Rahman dan Ketua Operasi Unit Kebajikan PPIM, Siti Khadijah Hassan Berseri.

 

Sing Chuang memberitahu, sejak pandemik Covid-19 melanda negara pada Mac tahun lalu, pihaknya telah menerima lebih 1,000 permohonan dalam pelbagai kategori daripada pencarum bagi mendapatkan pampasan akibat wabak berkenaan.

 

“Daripada jumlah tersebut, lebih 20 kes tuntutan adalah melibatkan kematian pencarum akibat dijangkiti Covid-19,” ujarnya.

 

Sementara itu, Mohd. Razmi memaklumkan, pihaknya akan terus meningkatkan kesedaran masyarakat khususnya golongan pemandu perkhidmatan awam untuk melakukan caruman bersama Perkeso.

 

“Keutamaan mereka ketika ini adalah untuk menyediakan keperluan asas buat keluarga, seperti makanan harian dan juga keperluan bagi persekolahan anak-anak mereka,” katanya.

 

Berhubung program tersebut, Perkeso dengan kerjasama lima agensi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah menyediakan 100 kotak makanan untuk diagihkan kepada pemandu teksi yang terjejas di daerah ini.


Artikel oleh: Utusan Malaysia

KURANG 50 PERATUS PEMANDU TEKSI, E-HAILING CARUM PERKESO

https://www.utusan.com.my/terkini/2021/09/kurang-50-peratus-pemandu-teksi-e-hailing-carum-perkeso/

Saturday, September 25, 2021

5960) 100 PENGAYUH BECA TERIMA KIT MAKANAN BERNILAI RM10,000 - MELAKA TV - 24/09/2021

 


24 Sept - Program Sumbangan Kit Makanan dan Kit Cegah COVID-19 itu merupakan tanda penghargaan buat pengayuh beca yang mencarum di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS). #SumbanganPengayuhBeca #BecaMelaka #PERKESO #PPIM #BPP #SKSPS #BandaHilir #MelakaHariIni #MHI

Artikel oleh: Melaka TV

100 PENGAYUH BECA TERIMA KIT MAKANAN BERNILAI RM10,000

5959) ANALISIS: POLEMIK IVERMECTIN - ANALISIS TV ALHIJRAH - 24/09/2021

 


Analisis minggu ini membincangkan tentang Polemik Ivermectin, bersama panel jemputan Tuan Hj. Amrahi Buang, Presiden Persatuan Farmasi Malaysia, Dato' Dr. Zainal Ariffin Omar, Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPPKAM), Dato' Nadzim Johan @ Toqqi, Ketua Aktivis PPIM dan Dr. Mohd Syihabuddin Mohd, Pegawai Perubatan.


Artikel oleh: Analisis TV Alhijrah

ANALISIS: POLEMIK IVERMECTIN

5958) INFAQ REZEKI | KIT MAKANAN DIAGIH KEPADA PENGAYUH BECA - BULETIN TV3 - 24/09/2021

 


Persatuan Pengguna Islam Malaysia, (PPIM), bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), meneruskan aktiviti tanggungjawab sosial korporatnya, menerusi Program Infaq Rezeki. Seramai 200 pengayuh beca dan pemandu teksi di Melaka, yang terjejas sepanjang Pelan Pemulihan Negara, menerima sumbangan berupa kit makanan daripada PPIM.


Artikel oleh: Buletin TV3

INFAQ REZEKI | KIT MAKANAN DIAGIH KEPADA PENGAYUH BECA

5957) PPIM, PERKESO SANTUNI PENGAYUH BECA DI MELAKA - HARIAN METRO - 24/09/2021

 

Seramai 200 pengayuh beca dan pemandu teksi di Melaka yang terjejas sumber pendapatan sepanjang Pelan Pemulihan Negara (PPN) menerima kit makanan dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). PPIM bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) meneruskan aktiviti tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) menerusi Program Infaq Rezeki. Sumbangan kit makanan bernilai RM100 setiap satu itu disampaikan secara pandu lalu diketuai Timbalan Pengerusi Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Datuk Akramuddin Abdul Aziz bersama Ketua Cawangan Sumber Manusia PERKESO, Mohd Razmi Khalid serta Ketua Operasi, Unit Kebajikan PPIM, Siti Khadijah Hassan Barseri. Program Senergi CSR Infaq Rezeki itu dijayakan bersama kerajaan negeri Melaka, PERKESO, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pergerakan Komuniti Nasional serta Kelab Motor Kingz MG Malaysia. Mohd Razmi berkata, pihaknya terpanggil untuk menyalurkan bantuan kit makanan berkenaan selepas melihat ramai dalam kalangan pengayuh beca serta pemandu teksi di Melaka terjejas akibat penularan Covid-19.


Artikel oleh: Harian Metro

INFAQ REZEKI | KIT MAKANAN DIAGIH KEPADA PENGAYUH BECA

https://www.youtube.com/watch?v=72qfNw-rSCc

5956) PPIM, PERKESO SANTUNI PENGAYUH BECA DI MELAKA [METRO TV] - HARIAN METRO - 24/09/2021

 

Melaka: Seramai 200 pengayuh beca dan pemandu teksi di Melaka yang terjejas sumber pendapatan sepanjang Pelan Pemulihan Negara (PPN) menerima kit makanan dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

PPIM bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) meneruskan aktiviti tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) menerusi Program Infaq Rezeki.

Sumbangan kit makanan bernilai RM100 setiap satu itu disampaikan secara pandu lalu diketuai Timbalan Pengerusi Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Datuk Akramuddin Abdul Aziz bersama Ketua Cawangan Sumber Manusia PERKESO, Mohd Razmi Khalid serta Ketua Operasi, Unit Kebajikan PPIM, Siti Khadijah Hassan Barseri.

Program Senergi CSR Infaq Rezeki itu dijayakan bersama kerajaan negeri Melaka, PERKESO, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pergerakan Komuniti Nasional serta Kelab Motor Kingz MG Malaysia.

PENGAYUH Beca Melaka datang secara berkumpulan semasa Program Sinergi CSR Infaq Rezeki Jelajah Prihatin Selatan 2021. FOTO Syafeeq Ahmad
PENGAYUH Beca Melaka datang secara berkumpulan semasa Program Sinergi CSR Infaq Rezeki Jelajah Prihatin Selatan 2021. FOTO Syafeeq Ahmad

Mohd Razmi berkata, pihaknya terpanggil untuk menyalurkan bantuan kit makanan berkenaan selepas melihat ramai dalam kalangan pengayuh beca serta pemandu teksi di Melaka terjejas akibat penularan Covid-19.

"Kita rasa terpanggil untuk membantu penarik beca di Melaka yang dilihat benar-benar terkesan dengan pandemik ini.

"Penarik beca negeri ini adalah pencarum PERKESO di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri dan sudah pasti golongan ini menjadi keutamaan kita untuk dibantu," katanya.

Sementara itu, Siti Khadijah berkata, Kempen Infaq Rezeki itu sudah dilaksanakan sejak Mac tahun lalu dengan tujuan untuk membantu golongan yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, sejak dilaksanakan, sebanyak 100,000 kit makanan sudah diagihkan kepada pihak memerlukan di seluruh negara.

"Alhamdulillah, dengan izin Allah untuk kempen ini kita sudah mengagihkan sekitar 100,000 kotak seluruh negara dengan nilai perbelanjaan kira-kira RM8 juta, menerusi kerjasama beberapa rakan kongsi kami seperti PERKESO, APM dan Kelab Motor Kingz MG Malaysia.

"Sehubungan itu, PPIM mempelawa orang ramai yang berhasrat menyumbang bagi pelaksanaan program ini, boleh menghubungi kami menerusi laman web https://www.ppim.org.my," katanya.


Artikel oleh: Harian Metro

PPIM, PERKESO SANTUNI PENGAYUH BECA DI MELAKA [METRO TV]

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/09/758842/ppim-perkeso-santuni-pengayuh-beca-di-melaka-metrotv

Friday, September 24, 2021

5955) AKTIVITI | SUMBANGAN 100 KOTAK INFAQ REZEKI KEPADA PARA PEMANDU TEKSI DI WISMA PERKESO, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN - PPIM - 24/09/2021

Alhamdulillah,syukur! Pagi ini, sempena Misi Kemanusiaan Jelajah Selatan Anjuran PPIM Bersama PERKESO, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), PEISO Motor Garage, MAIWP, Kingz MG & Pertubuhan Kebajikan Amal Jalanan (PKAJ) telah berjaya menyalurkan sumbangan 100 kotak INFAQ REZEKI kepada para pemandu teksi yang terkesan akibat pandemik COVID-19 di Wisma PERKESO, Seremban, Negeri Sembilan. Semoga sumbangan ini menjadi asbab kebaikan kepada semua.

Teruskan menyumbang di kempen Infaq Rezeki, kerana masih ramai yang menanti sumbangan anda!

Klik link di bawah untuk menyumbang,
https://sumbangan.com/infaqrezeki
Untuk maklumat lanjut:

Whatsapp: https://PerjuanganPPIM.wasap.my

Hotline: 013-2262 444
"Perjuangan Bersama Demi Pengguna”

#perjuanganbersama #hakpengguna #PPIM #tabungperjuanganPPIM #kitajagakita #bantuanmakanan #infaqrezeki.

5954) AKTIVITI | ACARA "FLAG OFF" BAGI MISI KEMANUSIAAN JELAJAH SELATAN - PPIM - 24/09/2021

Telah berlangsung, hari ini, acara "Flag Off" bagi Misi Kemanusiaan Jelajah Selatan anjuran PPIM bersama PERKESO, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), PEISO Motor Garage, MAIWP, Kingz MG & Pertubuhan Kebajikan Amal Jalanan (PKAJ) di 70X,Jalan Keramat Hujung, Kuala Lumpur.


PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL