Tuesday, June 15, 2021

5706) PRIHATIN ARTIS TERKESAN PANDEMIK - HARIAN METRO - 15/06/2021

 

PANDEMIK Covid-19 yang sudah menular lebih setahun dalam negara, sememangnya memberi kesan kepada semua pihak terutamanya golongan berpendapatan rendah serta ibu tunggal.

Begitu juga, antara yang terkesan kini ialah golongan penyanyi yang sukar mencari rezeki apabila persembahan di khalayak ramai tidak dibenarkan. Justeru, badan bukan kerajaan (NGO) seperti Wanita Asnaf Tunggal Islam Mualaf (WATIM) dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Kelab Usahawan Wanita Tegar Kuala Lumpur (KUWAT) tampil membantu meringankan beban mereka baru-baru ini.

Penaung program, Datuk Seri Dr Azman Mahmud berkata, program sedemikian sudah kerap kali berlangsung dan ia tidak terbatas ketika situasi tertentu sahaja.

"Sasaran kami ialah membantu meringankan beban ditanggung golongan asnaf, ibu tunggal dan mualaf yang bukan sahaja menetap di Kuala Lumpur tapi termasuk negeri lain seperti Pulau Pinang dan Johor.

"Dalam pada itu, golongan artis juga ramai yang berstatus ibu tunggal dan ada yang kurang bernasib baik serta perlu dibantu. Kami sentiasa mencuba sedaya apa yang termampu.

"Sebenarnya ada banyak program yang nak dilaksanakan. Saya juga sudah berbincang dengan PPIM untuk buat program lebih efektif untuk membantu mereka termasuk artis," katanya.

Menurutnya, mereka akan cuba mewujudkan tapak untuk golongan memerlukan ini mula berniaga bagi mencari dan menambah pendapatan.

"Sebabnya, saya tahu banyak di kalangan mereka boleh buat pelbagai benda untuk cari pendapatan. Mereka sebenarnya aktif dan tidak duduk diam.

"Ada juga yang buat bisnes secara dalam talian. Jadi, itulah sebabnya saya nak wujudkan tapak niaga ini. Mereka perlu dibantu dan disokong.

Artikel oleh: Harian Metro

PRIHATIN ARTIS TERKESAN PANDEMIKPRIHATIN ARTIS TERKESAN PANDEMIKPRIHATIN ARTIS TERKESAN PANDEMIK

https://www.hmetro.com.my/rap/2021/06/717977/prihatin-artis-terkesan-pandemik

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL