Tuesday, June 22, 2021

5729) MAECC GESA KERAJAAN PERCEPAT KELULUSAN PENGGUNAAN IVERMECTIN UNTUK RAWAT COVID-19 - BERNAMA - 21/06/2021

 

KUALA LUMPUR, 21 Jun — Sekumpulan enam badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan perubatan dan pengguna menggesa kerajaan agar menyegerakan kelulusan penggunaan Ivermectin bagi merawat pesakit COVID-19 di Malaysia.

Kumpulan itu, yang membuat gesaan di bawah gabungan dikenali sebagai Malaysian Alliance for Effective COVID-19 Control (MAECC), mendakwa Ivermectin adalah sejenis ubat yang amat selamat dan telah diakui baru-baru ini memiliki manfaat yang sangat berguna dan kuat dalam rawatan COVI D-19.

Kumpulan itu berpendapat rawatan menggunakan Ivermectin adalah antara alternatif bagi merawat virus tersebut terutama apabila membabitkan pesakit di peringkat awal.

"Karni menggesa agar kerajaan meluluskan ubat ini dan menggunakannya sebagai terapi pertama kepada pesakit luar.

"Karni merayu kepada kerajaan agar menggunakan kuasa daruratnya untuk mempercepat penggunaan Ivermectin dan suplemen bersesuaian bagi meningkatkan keimunan semua individu yang ketika ini dikuarantin sama ada di

pusat kuarantin atau di rumah," kata Presiden Persatuan Kemajuan Perubatan Fungsian dan Antara Disiplin Malaysia (MAAFIM) Dr S.Vijaendreh pada sidang media secara dalam talian hari ini.

Turut hadir Presiden Persatuan Kemajuan Hormon dan Perubatan Penuaan Sihat (SAHAMM) Datuk Dr Selvam Rengasamy, Dr Abd Wahab Khalid Osman (MAAFIM) serta Profesor Dr Mustafa Ali (MAAFIM), Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan dan Dr Amir Farid Isahak sebagai penyokong bebas merangkap wakil Persatuan Kesihatan Alami Malaysia (SNH), Persatuan Perubatan Naturopati Malaysia (NMAM) serta Persatuan Perubatan Komplementari Malaysia (MSCM).

Sementara itu, Dr Mustafa yang juga Pengarah Perubatan Universiti MAHSA, berkata Ivermectin telah digunakan sejak empat dekad lepas dan lebih 3.7 bilion dos telah dipreskripsikan selain merupakan antara ubat paling selamat dalam farmakopeia.

Beliau berkata MAECC amat yakin ancaman pandemik COVID-19 boleh diakhiri dengan lebih cepat dengan penggunaan Ivermectin.

"Negara kita mungkin boleh membuka semula sektor ekonomi, merancakkan kembali sektor perdagangan dan rakyat juga boleh meneruskan kehidupan mereka dalam tempoh beberapa minggu," katanya.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Kementerian Kesihatan dan Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) telah memulakan ujian klinikal bagi mengkaji penggunaan serta keberkesanan Ivermectin terhadap pesakit COVID-19 yang berisiko tinggi di 12 hospital di bawah kementerian itu.

Ivermectin ialah sejenis ubat antiparasit yang diluluskan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) digunakan secara meluas bagi merawat beberapa penyakit tropika terabai termasuk onchocerciasis, strongyloidiasis dan helminthiases.

— BERNAMA


Artikel oleh: Bernama

MAECC GESA KERAJAAN PERCEPAT KELULUSAN PENGGUNAAN IVERMECTIN UNTUK RAWAT COVID-19

https://bernama.com/bm/am/news.php?id=1974357

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...