Wednesday, June 16, 2021

5713) KPT SIASAT ISU PELAJAR UM DIHALANG AMBIL PEPERIKSAAN - PN BBC PORTAL - 15/06/2021

 

15 JUN: Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi Datuk Dr Husaini Omar, diarahkan menjalankan siasatan terperinci mengenai tindakan Universiti Malaya (UM) menghalang seorang pelajar mengikuti proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) kerana belum menerima vaksin.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, kementeriannya memandang serius tindakan Universiti Malaya (UM) menghalang pelajar yang belum menerima vaksin Covid-19 dari mengambil bahagian dalam aktiviti PdP dan peperiksaan pelajar klinikal fakulti perubatan.

“Adalah diingatkan bahawa Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) masih sedang berjalan dan belum mencakupi seluruh rakyat Malaysia, termasuk pelajar universiti.

“KPT menyokong penuh usaha menggalakkan mahasiswa mendaftar untuk menerima vaksin, namun mengingatkan universiti-universiti bahawa mereka tidak dibenarkan membuat SOP dan Peraturan berkaitan Covid-19 secara terasing dari keputusan MKN,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Noraini berkata perlu juga ditegaskan bahawa kebenaran menjalani program akademik dan latihan adalah tertakluk kepada kebenaran dan SOP yang dikeluarkan oleh KPT dan MKN.

“Universiti tidak dibenarkan membuat SOP dan Peraturan berkaitan Covid-19 secara terasing dari keputusan MKN.

“Majlis Keselamatan Negara (MKN) tidak mempunyai peraturan yang berbeza antara mereka telah divaksin dengan yang belum divaksin.

“Justeru semua universiti seharusnya memastikan kebajikan pelajar terjaga terutamanya PdP dan juga proses penilaian agar pelajar tidak ketinggalan dalam tempoh pandemik Covid-19 bagi memastikan kelangsungan akademik di negara kita,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini media melaporkan seorang pelajar perubatan sebuah universiti tempatan mendakwa dilarang menduduki peperiksaan kelayakan kerana belum mendapatkan vaksin COVID-19.

Nik Farah Ellisha Mohd Razif, 22, sebelum itu sudah memaklumkan kepada pihak universiti bahawa dirinya tidak mahu mendapatkan vaksin berkenaan. Akibat didesak pihak universiti, dia kemuidan bersetuju mendapatkan vaksin jenama pilihannya sebelum memaklumkan kepada pihak universiti berkenaan April lalu.

Pihak universiti memberitahu akan memberikan tarikh temujanji kepada saya bagi mendapatkan vaksin namun hingga pada hari peperiksaan pada 8 dan 9 Jun lalu, saya masih tidak mendapat tarikh temujanji untuk vaksinasi dan ketika hadir untuk menduduki peperiksaan penting itu, pihak universiti melarang dan meminta saya meninggalkan dewan.

Berikutan itu, Nik Farah, hadir membuat laporan polis mengenai perkara itu bersama Ketua Aktivis, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, di sini, pada 14 Jun lalu. – Oleh HAIKA KHAZI


Artikel oleh: PN BBC Portal

KPT SIASAT ISU PELAJAR UM DIHALANG AMBIL PEPERIKSAAN

http://www.pnbbcportal.com/2021/06/15/kpt-arah-siasat-dakwaan-pelajar-um-dihalang-ambil-peperiksaan/

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...