Tuesday, June 15, 2021

5707) PELAJAR PERUBATAN DAKWA TAK DIBENAR DUDUKI PEPERIKSAAN - BERITA HARIAN - 14/06/2021

 

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perubatan sebuah universiti tempatan mendakwa dilarang menduduki peperiksaan kelayakan kerana belum mendapatkan vaksin COVID-19.

Nik Farah Ellisha Mohd Razif, 22, sebelum itu sudah memaklumkan kepada pihak universiti bahawa dirinya tidak mahu mendapatkan vaksin berkenaan. Akibat didesak pihak universiti, dia kemuidan bersetuju mendapatkan vaksin jenama pilihannya sebelum memaklumkan kepada pihak universiti, pada April lalu.

"Pihak universiti memberitahu akan memberikan tarikh temujanji kepada saya bagi mendapatkan vaksin namun hingga pada hari peperiksaan pada 8 dan 9 Jun lalu, saya masih tidak mendapat tarikh temujanji untuk vaksinasi dan ketika hadir untuk menduduki peperiksaan penting itu, pihak universiti melarang dan meminta saya meninggalkan dewan.

"Saya juga ada memohon untuk menduduki peperiksaan itu secara berasingan namun permohonan saya ditolak," katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Nik Farah, hadir membuat laporan polis mengenai perkara itu bersama Ketua Ativis, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, di sini.

Mengulas mengenai perkara itu, Datuk Nadzim berkata, PPIM mendesak satu siasatan yang lengkap dan menyeluruh dijalankan. Pelajar ini adalah pelajar perubatan, dia faham kepentingan serta kebaikan dan keburukan vaksin, jadi ketika dia menolak pengambilan vaksin, beliau faham risikonya.

"Pihak Universiti tidak sepatutnya memaksa pelajar sebaliknya mendidik mereka dan menjelaskan dengan baik," katanya sambil menambah tindakan universiti menyekat pelajar itu dari menduduki peperiksaan dengan alasan tidak mendapatkan vaksin adalah tidak masuk akal.


Artikel oleh: Berita Harian

PELAJAR PERUBATAN DAKWA TAK DIBENAR DUDUKI PEPERIKSAAN

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/06/827792/pelajar-perubatan-dakwa-tak-dibenar-duduki-peperiksaan

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL