Monday, December 31, 2018

4753) TAMAK PUNCA HARGA NAIK – UTUSAN MALAYSIA – 28/12/18


KUALA LUMPUR 27 Dis. – Kerajaan digesa membentuk satu polisi baharu berkenaan penetapan harga rumah di pasaran agar tidak terus membebankan rakyat.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan mendakwa, harga rumah ketika ini adalah tinggi daripada harga pasaran dan perkara itu berlaku kerana wujud pemaju tamak yang mahukan keuntungan luar biasa.
Ujar beliau, polisi baharu ber­kenaan diharap dapat mengawal harga rumah sesuai dengan pendapatan rakyat dan menghindarkan daripada berlakunya penindasan.
“Pemaju membuat dakwaan palsu bahawa harga rumah naik disebabkan wujud permintaan yang tinggi, kita bimbang apabila pengguna terjerat membeli rumah pada harga tinggi masalah lain pula akan timbul seperti berlakunya muflis.
“Selain itu, saya berharap kerajaan membekukan dahulu sebarang bentuk projek perumahan di ibu negara, rumah yang ada pun sudah begitu banyak dan masih tidak terjual. Adalah lebih baik dibekukan sebarang pembinaan untuk dua atau tiga tahun akan datang,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Portal The Edge yang memetik laporan Indeks Kediaman Bandar Raya Suku Ketiga 2018 oleh Knight Frank Global berkata, harga hartanah di Kuala Lumpur jatuh seba­nyak 0.6 peratus daripada suku ketiga 2017 hingga suku ketiga 2018.
Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George menggesa kerajaan dan pemaju mengadakan rundingan bagi mencapai kata sepakat yang boleh memberikan situasi menang-menang kepada kedua-dua pihak.
Katanya, perbincangan ber­kenaan penting bagi mencari jalan atau cara bagaimana kerajaan dan pemaju swasta dapat mengembleng tenaga bagi membantu rakyat yang mengimpikan memiliki rumah sendiri.
Artikel oleh : Utusan Malaysia
TAMAK PUNCA HARGA NAIK

4752) WASPADA BELI UBAT DALAM TALIAN – BERITA HARIAN – 29/112/18


Pembelian ubat-ubatan secara dalam talian perlu dilakukan secara bijak bagi mengelak pengguna mengalami kesan sampingan yang boleh mengundang bahaya kesihatan.
Ini berikutan sebahagian besar pengguna adalah wanita dan dilaporkan mengalami kesan sampingan hingga memudaratkan.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, berkata fenomena jualan ubat yang didakwa merawat penyakit, termasuk cecair titis mata secara dalam talian yang didakwa menerangkan penglihatan semakin berleluasa.
Berhadapan situasi ini, beliau berkata pengguna perlu bijak dan sentiasa berwaspada kerana pembelian secara maya mendedahkan mereka risiko kesan sampingan.
Katanya, mengikut peraturan penggunaan ubat-ubatan perlu mendapat nasihat doktor kerana setiap individu mempunyai sistem badan berbeza. Tidak semua ubat sesuai untuk setiap individu.
“Pastikan produk atau ubat-ubatan mempunyai jaminan Kementerian Kesihatan, selain disahkan pakar mengenai keselamatan dan keberkesanan serta kandungannya disahkan selamat,” katanya kepada BH ketika mengulas pengambilan ubat titis didakwa boleh menerangkan mata tanpa menjalani pembedahan bagi merawat rabun dan katarak.
Beliau berkata, penjual juga perlu lebih bertanggungjawab dalam mempromosikan produk berpandukan syarat pihak berkuasa.
“Peniaga tidak boleh sewenangwenangnya mendakwa produk mampu memulihkan penyakit hanya untuk meraih kepercayaan pembeli.
“PPIM sedia menerima aduan pengguna dan bertindak dalam menangani sebarang masalah berkaitan isu ini,” katanya. Ketua Aktivis PPIM
Artikel Oleh : Berita Harian
WASPADA BELI UBAT DALAM TALIAN

Wednesday, December 26, 2018

4751) ANTARA KEMAHIRAN AKADEMIK DAN INSANIAH, PERLUKAH KITA TIRU JEPUN ? – ASTRO AWANI – 24/12/18


KUALA LUMPUR: Pelajar di Jepun diajar mengenai adab dan etika sejak dari awal persekolahan. Ia dilihat sebagai satu kemahiran insaniah yang sangat penting.
Menyokong pendekatan itu, Timbalan Pengerusi Yayasan Patriot Negara Malaysia Datuk Nadzim Johan berkata, kemahiran insaniah perlu disemai dalam kalangan kanak-kanak lebih dahulu daripada kemahiran akademik.
“Jika kita hanya memberikan fokus pada bidang akademik, kita takut mereka mempunyai kegagalan dalam menangani hal yang berkaitan dengan perhubungan dan kekeluargaan,” ujarnya.
Menurutnya, ibu bapa perlu memainkan peranan mendidik insaniah anak-anak sebelum mereka menerima pembelajaran di peringkat sekolah.
Beliau berkata demikian ketika mengambil bahagian dalam program Debat AWANI yang berlangsung pada Ahad, membawa tajuk ‘Mana lebih penting? Kemahiran akademik atau kemahiran insaniah?’.
Namun, Datuk Freida Pilus, pengasas dan Mentor Kumpulan Sekolah-sekolah Cempaka, mempunyai pandangan yang berbeza.
Menurutnya, tidak semua yang diamalkan di Jepun boleh dilakukan di Malaysia kerana perbezaan budaya yang berbeza.
“Di Jepun, jam 3 petang setiap hari, semua anak-anak di sekolah akan mencuci sekolah. Kalau kita buat perkara yang sama di Malaysia, ibu bapa akan marah!
“Tetapi di Jepun itulah kemahiran yang mereka ajar dalam kehidupan dan sudah dilakukan sejak dahulu kala.
“Ini bukan ‘soft-skills’ tapi inilah pembudayaan yang dilakukan dengan sistem yang dilakukan secara berperingkat’,” tegasnya.
Freida berkata, sebarang perubahan yang mahu dilakukan dalam sistem pendidikan kita haruslah berlandaskan kepada budaya tempatan.
Anjakan pemikiran dan perubahan sikap perlu dilakukan terlebih dahulu.

Artikel Oleh : Astro Awani
ANTARTA KEMAHIRAN AKADEMIK DAN INSANIAH, PERLUKAH KITA TIRU JEPUN ?

4750) HARGA BARANG SEKOLAH : KERAJAAN PERLU CAMPUR TANGAN – SINAR – 23/12/18


SHAH ALAM – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berpendapat kerajaan perlu campur tangan dalam memastikan harga barangan persekolahan kekal relevan.
Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan mencadangkan kerajaan membeli barangan persekolahan secara pukal dan kemudiannya mengagihkan kepada sekolah di seluruh Malaysia.
Menurutnya, sekolah kemudiannya melalui koperasi dan kedai buku boleh menjual barangan tersebut kepada pelajar dan sudah tentu harganya lebih murah berbanding harga pasaran.
“Sebagai contoh, satu sekolah diagihkan setengah kontena barangan, itu sudah cukup banyak. Saya yakin, harga pun boleh menjadi cukup murah.
“Kita beli secara pukal tapi perkara sebegini, kerajaan saja boleh buat. Harga boleh jadi lebih murah.
“Kalau ambil banyak, saya rasa satu beg sekolah harganya mungkin dalam RM10 saja,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, kerajaan juga boleh menggalakkan perniagaan di sekolah dengan melakukan perkara sedemikian.
“Untuk jangka masa panjang, mungkin kerajaan boleh main peranan. Dengan adanya bantuan kerajaan, saya rasa kita dapat mengatasi masalah ini,” ujarnya.
Dalam pada itu, Nadzim mengakui terdapat pengguna mengadu kepada PPIM memaklumkan berlakunya peningkatan harga barangan persekolahan.
“Memang ada yang mengadu barang mahal tetapi bukan semua tempat harga mahal, ada juga tempat yang harganya munasabah tetapi orang tak tahu di mana,” katanya.
Justeru, beliau menasihatkan pengguna membuat kajian sebelum membeli barang dan berkongsi sekiranya mendapat tahu terdapat kedai menjual barangan persekolahan dengan harga berpatutan.
“Pengguna tak boleh nak harap orang jual dengan harga murah, peniaga tentu nak untung. Jadi, kalau kita buat kajian, pakat cari kedai murah dan kongsikan,” ujarnya.

Artikel Oleh : Sinar Harian
HARGA BARANG SEKOLAH : KERAJAAN PERLU CAMPUR TANGAN

Tuesday, December 18, 2018

4748) SEORANG WANITA YANG MENGGUNAKAN NAMA CARYN YEAN YANG TELAH MENCETUSKAN KEMARAHAN WARGA MALAYSIA - PPIM - 18/12/18









4747) PPIM MINTA PEMBERI MAKLUMAT BANTU POLIS BERKAS PEMBUNUH MUHAMMAD ADIB - SARAWAK VOICE - 18/12/18



KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mahu pihak berkuasa mengerahkan anggota keselamatan dan merayu agar rakyat bekerjasama memberi maklumat sehingga tertangkapnya pembunuh anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.
“Kami juga mahu siasatan menyeluruh, adil dan tindakan pantas oleh pihak berwajib,” kata Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan dalam kenyataan medianya pada Isnin.
“Kita tidak mahu sehingga rakyat mengambil tindakan di luar jangkaan akibat marah dengan kejadian ini,” katanya.
Menurut Nadzim, ia menjadi tanggungjawab seluruh warganegara membantu polis memberkas pembunuh Muhamad Adib.
Menurut Nadzim, Kejadian yang berlaku hampir sebulan lepas masih dalam siasatan polis, namun Muhammad Adib meninggal dunia tanpa sebarang berita berkaitan si pelaku yang dipercayai masih bebas.
Nadzim turut meminta pihak polis sentiasa memaklumkan laporan terkini kes sebagaimana kes besar yang maklumat terkininya mendapat liputan akhbar setiap jam oleh pihak polis.
“Kami mendapat panggilan dari rakyat yang marah atas kejadian ini, ” katanya.
Mengakui pemergian Muhammad Adib satu kehilangan besar kepada rakyat Malaysia dan Pasukan Bomba dan Penyelamat khususnya, Nadzim mahu semua pihak agar bersabar dan menghormati keluarga arwah.
“Walaupun kesal dengan hal yang berlaku, kami memohon semua pihak memberi kerjasama dan ruang agar pihak polis boleh menjalankan tugas mereka,” katanya.
Nadzim turut mengucapkan takziah kepada keluarga arwah Muhammad Adib dan memohon agar seluruh rakyat Malaysia dan Kerajaan agar meringankan beban dan membantu dalam urusan keluarganya.
Pada 27 November lalu, Muhammad Adib, anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, cedera parah dipercayai dipukul sekumpulan perusuh ketika dalam operasi memadam kebakaran kenderaan di hadapan kuil Sri Maha Mariamman USJ 25, Subang Jaya.
Media melaporkan, pihak pengurusan kuil menerima pampasan RM2.5 juta dan tanah seluas 0.4 hektar sebagai ganti untuk mengalihkan kuil.
Mahkamah turut memerintahkan kuil tersebut dipindahkan, namun pihak pengurusan kuil ingkar perintah mahkamah. –Sarawakvoice

Artikel Oleh : Sarawak Voice
PPIM MINTA PEMBERI MAKLUMAT BANTU POLIS BERKAS PEMBUNUH MUHAMMAD ADIB 


4746) TANGKAP SEGERA PEMBUNUH MUHAMMAD ADIB - CELAH GELEGAR - 18/12/18



KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mahu pihak berkuasa mengerahkan anggota keselamatan dan merayu agar rakyat supaya turut bekerjasama memberi maklumat sehingga tertangkapnya pembunuh allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.
“Kami juga mahu siasatan yang menyeluruh, adil dan tindakan pantas oleh pihak berwajib. Kita tidak mahu sehingga rakyat mengambil tindakan di luar jangkaan akibat marah dengan kejadian ini,” kata kata Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan dalam satu kenyataan malam ini.
Menurut beliau, ia menjadi tanggungjawab seluruh warga negara untuk membantu polis memberkas pembunuh Muhamad Adib.
Menurut Nadzim, Kejadian yang berlaku hampir sebulan lepas masih dalam siasatan polis namun kini, Muhammad Adib telah meninggal dunia tanpa sebarang berita mengenai pembunuhnya yang dipercayai masih bebas.
“Kami mendapat panggilan dari rakyat yang marah atas kejadian ini,” katanya.
Mengakui pemergian Muhammad Adib satu kehilangan besar kepada Pasukan Bomba dan Penyelamat, Nadzim mahu semua pihak agar bersabar dan menghormati keluarga arwah.
“Walaupun kesal dengan apa yang berlaku, kami memohon semua pihak memberi kerjasama dan ruang agar pihak Polis boleh menjalankan tugas mereka,” katanya.
Nadzim turut mengucapkan takziah kepada keluarga arwah Muhammad Adib dan memohon agar seluruh rakyat Malaysia dan Kerajaan agar meringankan beban dan membantu dalam urusan keluarganya.
Pada 27 November lalu, Muhammad Adib yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, cedera parah dipercayai dipukul sekumpulan perusuh ketika dalam operasi memadam kebakaran kenderaan di hadapan kuil Sri Maha Mariamman USJ 25, Subang Jaya.- MalaysiaGazette  #CelahGelegar

Artikel Oleh : Celah Gelegar
TANGKAP SEGERA PEMBUNUH MUHAMMAD ADIB 

 

4745) TANGKAP SEGERA PEMBUNUH MUHAMMAD ADIB – MALAYSIA GAZETTE – 18/12/18


KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mahu pihak berkuasa mengerahkan anggota keselamatan dan merayu agar rakyat supaya turut bekerjasama memberi maklumat sehingga tertangkapnya pembunuh allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.
“Kami juga mahu siasatan yang menyeluruh, adil dan tindakan pantas oleh pihak berwajib. Kita tidak mahu sehingga rakyat mengambil tindakan di luar jangkaan akibat marah dengan kejadian ini,” kata kata Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan dalam satu kenyataan malam ini.
Menurut beliau, ia menjadi tanggungjawab seluruh warga negara untuk membantu polis memberkas pembunuh Muhamad Adib.
Menurut Nadzim, Kejadian yang berlaku hampir sebulan lepas masih dalam siasatan polis namun kini, Muhammad Adib telah meninggal dunia tanpa sebarang berita mengenai pembunuhnya yang dipercayai masih bebas.
“Kami mendapat panggilan dari rakyat yang marah atas kejadian ini,” katanya.
Mengakui pemergian Muhammad Adib satu kehilangan besar kepada Pasukan Bomba dan Penyelamat, Nadzim mahu semua pihak agar bersabar dan menghormati keluarga arwah.
“Walaupun kesal dengan apa yang berlaku, kami memohon semua pihak memberi kerjasama dan ruang agar pihak Polis boleh menjalankan tugas mereka,” katanya.
Nadzim turut mengucapkan takziah kepada keluarga arwah Muhammad Adib dan memohon agar seluruh rakyat Malaysia dan Kerajaan agar meringankan beban dan membantu dalam urusan keluarganya.
Pada 27 November lalu, Muhammad Adib yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, cedera parah dipercayai dipukul sekumpulan perusuh ketika dalam operasi memadam kebakaran kenderaan di hadapan kuil Sri Maha Mariamman USJ 25, Subang Jaya.- MalaysiaGazette

Artikel Oleh : Malaysia Gazette
TANGKAP SEGERA PEMBUNUH MUHAMMAD ADIB


4744) MEROKOK 3 METER DARI RESTORAN – KOSMO – 18/12/18


KUALA LUMPUR – Kerajaan menetapkan perokok hanya boleh menghisap rokok pada jarak 3 meter dari kawasan restoran dan tempat makan selepas undang-undang mengenainya dikuatkuasakan tahun depan.
Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye berkata, ia selari dengan keputusan kerajaan yang menetapkan premis makanan dan restoran sebagai kawasan la­rangan merokok.
Katanya, pemilik juga tidak boleh menyediakan kawasan merokok di dalam premis.
“Ia termasuk penggunaan vape dan shisha yang mengandungi tembakau dan nikotin,” katanya pada sidang akhbar pada persida­ngan Dewan Negara di bangunan Parlimen di sini semalam.
Tambahnya, perokok yang didapati bersalah boleh dikenakan denda sehingga RM10,000, manakala pemilik premis yang tidak menguatkuasakan lara­ngan boleh didenda RM3,000 jika sabit kesalahan.
Menurut Boon Chye, pengusaha restoran tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan sekiranya pelanggan mereka berdegil, namun mereka bertanggungjawab untuk meletakkan notis larangan merokok.
“Pemilik boleh menghubungi hotline Kementerian Kesihatan di nombor 03-8892 4530. Kita mempunyai 5,008 anggota penguat kuasa yang terdiri daripada Penolong Pegawai Persekitaran dan Pegawai Kesihatan Persekitaran,” katanya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia, Datuk Ayub Khan berkata, pihaknya menyambut baik peraturan kerajaan itu.
“Sebelum ini kami ada mencadangkan supaya perokok diberikan amaran sebelum semua restoran diwajibkan mempamerkan papan tanda lara­ngan merokok.
“Apa yang penting, pelaksa­naan undang-undang itu tidak akan menjejaskan perniagaan,” katanya ketika dihubungi semalam.
Dalam pada itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan berharap peraturan itu akan menyebabkan perokok berhenti menghisap rokok.
“Memang akan berlaku sedikit penurunan pendapatan tetapi apa salahnya kalau untuk kebaikan semua pihak,” jelasnya.
Artikel Oleh : Kosmo
MEROKOK 3 METER DARI RESTORAN

Monday, December 17, 2018

4743) INI KIFARAH – METRO – 16/12/18


KUALA LUMPUR: “Saya rasa ini adalah kafarah (balasan) ke atas dosa-dosa selama ini termasuk mengabaikan ibu bapa dan keluarga semata-mata mahu mencari keseronokan.
“Terlalu berdosa rasanya apabila mengingatkan bagaimana saya dengan selamba berkongsi gambar bogel sendiri kepada puluhan lelaki hanya kerana inginkan duit,” kata seorang wanita yang ingin dikenali sebagai Nazilah, 25.
Dia kini dihantui rasa berdosa dan menyesal atas perbuatan berkongsi lebih 200 video bogel dan aksi berahi dirinya kepada lebih 30 lelaki sejak tiga tahun lalu.
 Kisah silamnya menyebabkan dia kini hidup melarat apabila menanggung hutang along selain berdepan risiko semua gambar bogelnya disebarkan bekas lelaki yang pernah menidurinya sebelum ini. 
Jelasnya dia sama sekali tidak menyangka salah seorang lelaki menidurinya menggunakan namanya untuk membuat pinjaman along sebanyak RM15,000 menyebabkan dia diburu ceti haram sejak lebih sebulan lalu.
“Bayaran saya memang lumayan tetapi masih belum cukup untuk melangsaikan hutang along berjumlah RM1,500 seminggu.
“Lelaki yang menipu saya itu pula menghilangkan diri dan gagal dihubungi. Sekarang dalam ketakutan kerana diugut oleh along,” katanya ketika ditemui selepas membuat aduan kepada Pengarah Unit Banteras Ceti Haram Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Azman Kang, di sini, semalam.
Katanya, episod hitam hidupnya bermula selepas dia berpisah dengan suami empat tahun lalu akibat tiada persefahaman.
Berikutan itu Nazilah, mencari teman tidur lain untuk mengubati kekecewaannya dan mula berasa seronok dengan apa dilakukan.
“Namun lama kelamaan saya anggap ia sebagai ‘lubuk’ duit kerana mendapat bayaran antara RM200 hingga RM300 daripada lelaki melanggan saya.
“Memang ramai yang bayar saya, ada yang meminta saya buat aksi ghairah dan saya turutkan saja kerana duit,” katanya.
Nazilah berkata, perbuatan itu terkutuk itu dilakukan tanpa diketahui keluarga kerana dia berselindung sebalik perwatakannya yang bertudung, memakai baju kurung dan menjaga adab.
“Saya beritahu keluarga saya bekerja sebagai kerani dan kerap kerja lebih masa sampai tengah malam.
“Setiap hari saya menjadi semakin ketagih untuk melakukan hubungan intim dengan lelaki sehingga lupa dosa pahala.
“Kerana seronok saya langsung tidak memikirkan untuk bertaubat kerana ia adalah punca pendapatan yang agak lumayan,” katanya.
Sementara itu, Azman Kang berkata, sejak awal tahun ini pihaknya menerima lebih 200 aduan berkaitan pinjaman dibuat orang ketiga termasuk berpunca dari keretakan rumah tangga.
“Ada pinjaman dibuat bekas suami sendiri, orang baru dikenali dan saudara-mara. Ramai mangsa tak tahu nama mereka digunakan, hinggalah along datang membuat tuntutan kerana bayaran sudah tertunggak.
“Bagi kes Nazilah, kami akan bincang dengan along terbabit untuk menjadualkan semula pinjaman itu,” katanya.
Yusmizal Dolah Aling

Artikel Oleh : Harian Metro
INI KIFARAH

4742) PENGUATKUASAAN LEMAH, PEMANTAUAN PERLU DIPERKETAT – UTUSAN MALAYSIA – 17/12/18

KUALA LUMPUR 16 Dis. – Dakwaan wujud unsur rasuah sehingga menyebabkan berlakunya pencerobohan terhadap Hutan Simpan Kekal di Hulu Perak tidak boleh dipandang ringan.
Perkara itu ditegaskan oleh Presiden Persatuan Aktivis Sahabat Alam (Kuasa), Mohamad Hafizudin Mohd. Nasaruddin yang tidak menolak berkemungkinan wujud unsur rasuah dalam kalangan tauke balak dengan pihak penguat kuasa memandangkan aktiviti pencerobohan berlaku secara berleluasa.
Walau bagaimanapun, beliau memberitahu unsur rasuah bukan sahaja boleh wujud dalam bentuk pemberian wang, tetapi kenderaan dan menghantar anak ke universiti oleh tauke balak kepada penguat kuasa mahupun wakil penduduk tempatan membuatkan pembuktian dakwaan itu sukar dilakukan.
“Oleh itu, kita perlu ada badan selain syarikat pembalak dan Jabatan Perhutanan yang terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), komuniti setempat dan pakar untuk memantau aktiviti pembalakan secara telus,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, sebelum hutan simpan itu menjadi gondol, tindakan ke atas mereka yang terbabit perlu dibuat.
Menurutnya, semakin hari semakin banyak isu pencorobohan hutan secara tidak sah, seolah-olah ada pihak yang berkerjasama sehingga terlepas pandang.
“Pihak berkuasa seharusnya membuat satu sistem pemantauan yang konkrit dengan turut melibatkan orang ramai sebagai mata dan telinga.
“Jika benar pemantauan sering dilakukan, kejadian yang sama tidak seharusnya berlaku,” ujar beliau.
Tambah Nadzim, kebanyakan syarikat pembalak haram sudah mengenal pasti lokasi hutan untuk mendapatkan balak dan seharusnya Jabatan Perhutanan negeri dan pihak polis mengesan aktiviti mereka dengan lebih awal.

Artikel Oleh : Utusan Malaysia
PENGUATKUASAAN LEMAH, PEMANTAUAN PERLU DIPERKETAT

4741) PPIM TERIMA BANYAK ADUAN MANGSA – SINAR HARIAN – 17/12/18



PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima banyak aduan daripada mangsa jenayah siber atau scammer, sejak akhir-akhir ini.
Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan tidak menolak antara penyebab utama orang awam termasuk peniaga Online menjadi mangsa scammer akibat sewenang-wenangnya tertarik dengan tawaran lumayan sindiket scammer.
“Pelbagai cara scammer antaranya melalui panggilan telefon, pelaburan dan pelbagai lagi taktik. Mereka mudah mendapat maklumat terhadap mangsa, kebarangkalian menerusi laman sosial seperti Facebook (FB), katanya kepada Wartawan Sinar Siasat.
Kata Nadzim, setakat pengetahuannya penipuan membabitkan kes scammer mencatatkan jumlah kerugian mencecah ratusan jutaan ringgit.
Menurutnya, buat masa ini terdapat lebih 100 buah syarikat disenaraikan sebagai scammer dan orang awam perlu berhati-hati.

Artikel Oleh : Sinar Harian
PPIM TERIMA BANYAK ADUAN MANGSA

Friday, December 14, 2018

4740) KUNJUNGAN HORMAT & SESI LIBAT URUS PPIM BERSAMA EAIC – PPIM – 11/12/18

Kunjungan hormat & Sesi Libat Urus Suruhanjaya Integrity Agensi Penguatkuasa (EAIC) bersama PPIM.
Pertemuan ini turut membincangkan kerjasama diantara SIAP & PPIM bagi memastikan penguatkuasa yang diberi kuasa melaksanakan tanggungjawab dengan amanah. Aduan berkaitan penguatkuasa PDRM mendahului penguatkuasa yang lain seperti JPJ, Kastam, PBT dan lain lain.
Satu jawatankuasa kerjasama bakal diwujudkan bagi memastikan keberkesanan usaha untuk memantau dan menangani penyalahgunaan kuasa penguatkuasa yang lebih efektif dan telus.
Memetik kata-kata aluan dari Pengerusi SIAP, Datuk Aziz Rahim, seragam polis seharusnya melambangkan kuasa dan harapan rakyat, bukannya ketakutan.





Thursday, December 13, 2018

4739) PANTAU KES SALAH GUNA KUASA – HARIAN METRO – 12/12/18


Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan mewujudkan Jawatankuasa Pemandu dengan kerjasama Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) memantau aktiviti salah laku dalam kalangan anggota penguat kuasa.
Setiausaha Agung PPIM Datuk Dr Ma’amor Osman berkata, jawatankuasa itu dilihat sebagai satu keperluan berikutan peningkatan kes salah guna kuasa membabitkan anggota terbabit dari semasa ke semasa.
“Kita cadangkan penubuhan jawatankuasa itu dan menerima maklum balas positif dari EAIC.
“PPIM berhasrat mengadakan mesyuarat pertamanya membincangkan hala tuju jawatankuasa itu pada minggu kedua Januari tahun depan.
“Kita alu-alukan penyertaan dan pembabitan badan bukan kerajaan (NGO) lain, pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk bersama membanteras aktiviti salah laku itu,” katanya pada sidang media selepas sesi dialog bersama EAIC di sini, semalam.
Artikel Oleh : Harian Metro
PANTAU KES SALAH GUNA KUASA

4738) GAJI CEF PUN TAK HABIS BAYAR – HARIAN METRO – 12/12/18


KUALA LUMPUR: Pemilik restoran makanan halal di Jepun yang tular minggu lalu bukan saja tidak memiliki pengiktirafan daripada badan pensijilan halal seperti sepatutnya, malah gagal membayar gaji cef seperti dijanjikan.
Cef terbabit, Megat Danial Aizat Megat Ariffin, 32, mendakwa dia dan beberapa lagi cef lain dibayar jauh lebih rendah daripada tawaran asal.
Katanya, dia sepatutnya menerima RM10,000 (kira-kira 350,000 yen) namun hanya dibayar RM4,000 (kira-kira 110,000 yen).
 “Alasan diberikan pemilik ialah dia mahu melihat sejauh mana kami boleh bekerja sedangkan perjanjian awal tidak begitu.
“Ada rakan cef lain yang lebih lama bekerja terpaksa menuntut hak kami, barulah gaji dinaikkan sedikit. Bila ditanya, pelbagai alasan diberikan,” katanya.
Seorang lagi cef, Hafizee Ismail, 29, mendakwa bekas majikannya itu juga gagal menyediakan visa pekerja seperti sepatutnya, sekali gus meletakkan mereka dalam keadaan berisiko sepanjang berada di Osaka.
Menurutnya, setiap kali diajukan mengenai perkara itu, alasan diberikan adalah perlu menunggu selama tiga bulan dan akan diselesaikan sekembali dari Malaysia.
“Jika apa-apa terjadi dalam tempoh itu, kami tidak layak menerima sebarang pampasan. Situasi itu amat bahaya kerana kami tidak ada sebarang perlindungan,” katanya.
Khamis lalu, mereka bersama dua lagi cef membuat permohonan maaf kepada rakyat Malaysia kerana bersekongkol dengan pemilik restoran itu yang didakwa menyajikan hidangan menggunakan bahan tidak halal.
Mereka sendiri menguruskan pengambilan stok serta menghidangkan makanan menggunakan bahan didakwa tidak halal itu kepada pelanggan dari Malaysia.
Berikutan itu mereka mengambil keputusan berhenti kerja sebelum membuat aduan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Susulan itu, Pengarah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM,) Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee mengesahkan restoran berkenaan tidak memiliki penarafan halal daripada badan pensijilan halal yang diiktiraf.
Isu berkenaan mendapat perhatian netizen yang turut berkongsi pengalaman mereka ketika berada di luar negara dan menyifatkan keempat-empat cef berkenaan mengambil langkah terpuji sehingga sanggup berhenti kerja.

Artikel Oleh : Harian Metro
GAJI CEF PUN TAK HABIS BAYAR

4737) PPIM CADANG JAWATANKUASA BANTU EAIC ISU INTEGRITI – UTUSAN MALAYSIA – 11/12/18

KUALA LUMPUR 11 Dis. – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mencadangkan penubuhan Jawatankuasa Pemandu untuk membantu Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) menangani aduan orang ramai berkaitan integriti pegawai penguat kuasa.
Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr. Ma’amor Osman berkata, jawatankuasa tersebut bukan sahaja melibatkan PPIM malah akan dianggotai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain.
“Jawatankuasa ini akan melaksanakan tugas-tugas pemantauan, penilaian dan penambahbaikan kepada sistem perkhidmatan awam terutamanya agensi penguatkuasaan.
“Kira-kira 200 aduan setiap bulan yang kebanyakannya melaporkan salah laku pegawai penguatkuasa dan pertubuhan jawatankuasa ini dapat menyelesaikan perkara tersebut dengan segera,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Turut hadir dalam lawatan tersebut, Pengerusi EAIC, Datuk A. Aziz A. Rahim. – UTUSAN ONLINE

Artikel Oleh : Utusan Malaysia
PPIM CADANG JAWATANKUASA BANTU EAIC ISU INTEGRITI

4736) HALAL RESTAURANT IN JAPAN FOUND NOT TO BE HALAL AFTER ALL – NEW STRAIT TIMES – 7/12/18




KUALA LUMPUR: The revelation that a restaurant in Japan with halal certification was storing non-halal meat at its factory has shocked many Malaysian Muslims.
The discovery was made by four Malaysian chefs working at the restaurant who have since resigned from their posts and returned home.
As such, Malaysian Muslim Consumers Association (PPIM) president Datuk Nadzim Johan has urged Muslims travelling abroad to be extra careful when choosing places to dine.
“Even though the restaurant (in Japan) has halal certification, (it did not) observe halal food practices,” he said during a press conference to address the issue here, today.
Nadzim added that he is worried over the surge of Muslim travellers expected to visit Tokyo for the 2020 Olympics, as they may unwittingly consume non-halal food.
He said Japan and other countries should be more sensitive to the needs of Muslim visitors to their nations.
“We will monitor this issue closely to ensure the welfare of Muslims” he added.
Nadzim also said the PPIM will raise the issue with the authorities in order to find a solution to the worrying problem.
“The Malaysian Islamic Development Department (Jakim should perhaps offer facilities) such as a mobile app that allows users to determine an eatery’s halal status,” he added.

Artikel Oleh : New Straits Time
HALAL RESTAURANT IN JAPAN FOUND NOT TO BE HALAL AFTER ALL

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL