Showing posts with label CASSA. Show all posts
Showing posts with label CASSA. Show all posts

Tuesday, February 3, 2026

KELAB SWASTA KEBAL UNDANG-UNDANG!!!!!! - SIDANG MEDIA PPIM - 03/02/2026

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam Selangor (CASSA) telah menerima pelbagai aduan serius berkaitan dakwaan pengubahan wang haram serta salah laku tadbir urus yang melibatkan kelab swasta yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

Sehubungan itu, Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi bersama Presiden CASSA, Datuk Dr. Jacob George telah mengadakan satu sidang media bagi mendedahkan isu tersebut.

Thursday, August 8, 2019

5154) TAMATKAN KONTRAK SEWAAN - BERITA HARIAN - 08/08/2019


Kuala Lumpur: Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas termasuk menamatkan kontrak sewaan terhadap mereka yang menjual semula tapak Pasar Borong Kuala Lumpur kepada pihak lain.

Itu desakan Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) susulan pendedahan BH, semalam, mengenai isu dakwaan ada pihak tertentu menjual lot perniagaan borong sehingga mencecah RM1.3 juta.

Timbalan Presiden FOMCA, Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata pihak pengurusan pasar borong berkenaan perlu lebih bertanggungjawab dalam menangani isu berkenaan kerana pengguna dan rakyat yang terpaksa menanggung kesan negatif, iaitu membeli harga barang keperluan jauh lebih tinggi daripada sepatutnya akibat kegiatan itu.

Beliau berkata, ini kerana peniaga pasar borong terpaksa membayar sewa berlipat kali ganda daripada harga asal kerana menyewa tapak daripada pihak lain.

“Keadaan ini akan mewujudkan pasaran harga yang tidak adil dan lebih tinggi kepada pihak pengguna dan pembeli barangan keperluan harian termasuk ikan dan sayur-sayuran di sini.

“Oleh itu, saya rasa dalam keadaan ini pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas termasuk menamatkan kontrak sewaan terhadap mereka yang menjual semula tapak pasar borong berkenaan kepada pihak lain,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan BH semalam bahawa penguasaan pasaran ikan oleh kartel, kegiatan menyewa Permit Kelulusan (AP) kubis, jualan lot niaga borong sehingga RM1.3 juta, kebergantungan kepada negara sumber yang terhad serta kekurangan produk tempatan, menjadi punca kenaikan harga lima bekalan makanan utama rakyat negara ini.

Kartel yang menguasai pusat pengumpulan utama ikan serta sayur-sayuran di Pasar Borong Kuala Lumpur (PBKL), didapati mengawal dan menentukan harga pasaran dengan mengaut untung antara 60 hingga 75 peratus daripada harga ikan yang diraih dari jeti pendaratan.

Mohd Yusof berkata, FOMCA turut berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak tertentu yang menyewakan AP kubis kepada pihak lain, termasuk menarik semula kemudahan berkenaan.

Nada sama ditegaskan Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr Jacob George, berkata pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) perlu tunjukkan kepada golongan berkenaan bahawa kerajaan berkuasa untuk bertindak dan bukan hanya mengeluarkan amaran.

“Kita tidak lagi boleh berkompromi kerana pelbagai amaran sudah dikeluarkan, namun tiada tindakan undang-undang dan penguatkuasaan diambil kerajaan khususnya KPDNHEP menyebabkan pihak terbabit terus bermaharajalela menjalankan kegiatan bercanggah undang-undang,” katanya ketika dihubungi.

George berkata, sudah tiba masanya pihak berwajib mengambil tindakan serius terhadap ‘tangan-tangan ghaib’ atau kartel yang menjadi faktor harga barang naik di pasaran dan membebankan pengguna.

“Selagi ‘tangan-tangan ghaib’ yang mengawal pasaran terus bermaharajalela dan tidak dikenakan tindakan serius, masalah harga barang tidak akan selesai. Sudah 41 tahun saya dalam persatuan pengguna dan isu sama, iaitu masalah harga barang tidak pernah selesai,” katanya.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan turut sependapat dengan CASSA supaya tindakan sama dikenakan terhadap peniaga terbabit.

“Memberi amaran adalah amalan lama yang tidak berkesan dan sepatutnya tindakan lebih tegas diambil untuk menggerunkan pihak yang menjalankan perniagaan menerusi jalan bercanggah undang-undang.


“Tinjauan kami mendapati ada rakyat tempatan menyewakan lot niaga mereka kepada warga asing dan golongan ini sepatutnya dikenakan tindakan keras,” katanya.

Artikel oleh: Berita Harian

TAMATKAN KONTRAK SEWAAN

Friday, January 18, 2019

4781) STABILKAN DAHULU HARGA BARANG KEPERLUAN – UTUSAN MALAYSIA – 18/1/19


PULAU PINANG 17 Jan. – KERAJAAN negeri seharusnya menstabilkan dahulu harga barangan keperluan rakyat yang mengalami kenaikan secara mendadak sebelum mencadangkan kenaikan tarif air sehingga 20 peratus lebih tinggi.
Pengerusi Persatuan Kebajikan Insan Mulia (PKIM), Siti Aminah Abdullah berkata, cadangan kenaikan tarif air itu ternyata meresahkan rakyat yang kini terbeban dengan kenaikan harga barangan termasuk makanan serta minuman dijual penjaja kecil.
“Sepatutnya kerajaan ne­geri stabilkan harga barangan keperluan dahulu sebelum naikkan tarif air. Kerajaan negeri dan kerajaan Pusat di pihak yang sama tentunya tiada masalah untuk laksanakannya,” kata­nya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut Siti Aminah, tidak mustahil harga makanan dan minuman akan dinaikkan jika tarif air di negeri ini dinaikkan.
Pandangan serupa disuarakan Ketua Aktivis Persa­tuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan yang percaya kenaikan tarif air tidak sesuai dilaksanakan pada masa kini kerana pengguna sudah terbeban dengan pelbagai kenaikan sedia ada.
“Sebelum ini jika berlaku apa-apa kenaikan pastinya pengusaha kedai makan akan menaikkan harga makanan dan minuman di premis mereka.
“Pastinya selepas ini mereka menggunakan alasan sama untuk menaikkan harga makanan dan minuman jika tarif air dinaikkan,” ujar beliau.
Dalam pada itu, Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George pula menzahirkan rasa kesal de­ngan tindakan kerajaan dan mahu mereka berhenti membebankan rakyat.
“Baru lapan bulan jadi ke­rajaan mereka sudah buat pelbagai keputusan yang menyusahkan rakyat, tidak tahu apa lagi yang akan dinaikkan selepas ini.
“Ada yang keluarkan kenya­taan kenaikan tarif air tidak akan membebankan rakyat, sedarlah itu kenyataan ‘syok sendiri’,” tegas beliau.

Artikel Penuh : Utusan Malaysia
STABILKAN DAHULU HARGA BARANG KEPERLUAN

Wednesday, January 16, 2019

4776) SAKSI BERSUMPAH DENGAN AL-QURAN, DAKWA LIHAT PESAWAT MH370 – SINAR HARIAN – 16/1/19




PETALING JAYA- Saksi yang mendakwa bahawa melihat sendiri pesawat MH370 terhempas di lautan Sumatera membuat akuan sumpah dengan al-Quran pagi ini.
Akuan sumpah itu dibuat bagi membuktikan bahawa dakwaan itu benar, bukan bersifat dakwaan semata-mata.
Menurut saksi itu, dia yang berada di tempat kejadian pada pagi 8 Mac 2014 menyaksikan pesawat itu rosak, asap hitam dan bau busuk asid dari pesawat berkenaan.
“Saya melihat sendiri pesawat itu bergerak dari kiri ke kanan seperti layang-layang yang patah, tiada bunyi hanya asap hitam seperti berpunca daripada kebakaran sebelum terhempas ke dalam air,” kata saksi itu yang dikenali sebagai Rosli yang diterbangkan khas dari Indonesia, dalam sidang media yang diadakan di Lake View Club, di sini, hari ini.
Turut menyaksikan akuan sumpah itu Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan.

Artikel Oleh : Sinar Harian
SAKSI BERSUMPAH DENGAN AL-QURAN, DAKWA LIHAT PESAWAT MH370

Monday, December 31, 2018

4753) TAMAK PUNCA HARGA NAIK – UTUSAN MALAYSIA – 28/12/18


KUALA LUMPUR 27 Dis. – Kerajaan digesa membentuk satu polisi baharu berkenaan penetapan harga rumah di pasaran agar tidak terus membebankan rakyat.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan mendakwa, harga rumah ketika ini adalah tinggi daripada harga pasaran dan perkara itu berlaku kerana wujud pemaju tamak yang mahukan keuntungan luar biasa.
Ujar beliau, polisi baharu ber­kenaan diharap dapat mengawal harga rumah sesuai dengan pendapatan rakyat dan menghindarkan daripada berlakunya penindasan.
“Pemaju membuat dakwaan palsu bahawa harga rumah naik disebabkan wujud permintaan yang tinggi, kita bimbang apabila pengguna terjerat membeli rumah pada harga tinggi masalah lain pula akan timbul seperti berlakunya muflis.
“Selain itu, saya berharap kerajaan membekukan dahulu sebarang bentuk projek perumahan di ibu negara, rumah yang ada pun sudah begitu banyak dan masih tidak terjual. Adalah lebih baik dibekukan sebarang pembinaan untuk dua atau tiga tahun akan datang,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Portal The Edge yang memetik laporan Indeks Kediaman Bandar Raya Suku Ketiga 2018 oleh Knight Frank Global berkata, harga hartanah di Kuala Lumpur jatuh seba­nyak 0.6 peratus daripada suku ketiga 2017 hingga suku ketiga 2018.
Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George menggesa kerajaan dan pemaju mengadakan rundingan bagi mencapai kata sepakat yang boleh memberikan situasi menang-menang kepada kedua-dua pihak.
Katanya, perbincangan ber­kenaan penting bagi mencari jalan atau cara bagaimana kerajaan dan pemaju swasta dapat mengembleng tenaga bagi membantu rakyat yang mengimpikan memiliki rumah sendiri.
Artikel oleh : Utusan Malaysia
TAMAK PUNCA HARGA NAIK

Saturday, July 21, 2018

4564) KESAN BURUK TERHADAP GOLONGAN B40 – UTUSAN MALAYSIA – 20/7/18


KUALA LUMPUR 19 Julai – Cada­ngan kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk melaksanakan semula cukai jualan dan perkhidmatan (SST) mulai 1 September ini dikhuatiri memberi kesan buruk terhadap golongan berpendapatan rendah atau B40 di negara ini.
Presiden Persatuan Peng­guna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George berkata, kadar cukai 10 peratus yang bakal ditetapkan untuk pelbagai bara­ngan akan membebankan golo­ngan berkenaan.
Beliau turut berpandangan, kerajaan perlu bersikap lebih te­lus sebelum membuat keputusan dan mengadakan perbinca­ngan secara komprehensif dengan mana-mana jawatankuasa yang berkaitan.
“SST tidak seharusnya diwujudkan manakala cukai barangan dan perkhidmatan (GST) hanya perlu ditambah baik dan bukannya dihapuskan.
“Mungkin kadar cukai GST yang sebelum ini pada enam peratus dapat diturunkan pada dua atau tiga peratus,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Jacob mengulas gesaan pelbagai pihak yang menggesa kerajaan PH untuk mengkaji semula cadangan melaksanakan semula SST yang didakwa boleh menyebabkan harga barangan dan perkhidmatan meningkat.
Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, kerajaan harus menitikberatkan mekanisme yang perlu diambil bagi membendung masalah kenaikan harga barang.
“Penguatkuasaan perlu giat dijalankan bagi memantau peniaga agar tidak menaikkan harga barangan sesuka hati dan pada masa sama, pengguna juga perlu memainkan peranan dalam membanteras kegiatan tidak bertanggungjawab ini,” jelasnya.
Beliau turut meminta para peniaga bersikap jujur dan tidak mengambil kesempatan untuk menaikkan harga.
Artikel Oleh : Utusan Malaysia
KESAN BURUK TERHADAP GOLONGAN B40

Monday, May 21, 2018

4479) TUBUH JAWATANKUASA KHAS TANGANI KENAIKAN HARGA BARANG – UTUSAN MALAYSIA – 21/5/18


KUALA LUMPUR 16 Mei – Persatu­an Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA) menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi memerangi isu kenaikan harga barang pada musim pera­yaan, tahun ini.
Presidennya, Datuk Dr. Jacob George berkata, jawatankuasa yang ditubuhkan mulai esok sehingga Mac 2019 itu berperanan melakukan pemantauan menyeluruh terhadap kenaikan harga barang sepanjang musim perayaan.
 Menurut beliau, ja­wa­tankuasa itu juga bertanggungjawab memastikan bekalan barangan keperluan asas mencukupi bagi menampung permintaan di setiap kawasan terutamanya membabitkan kedai runcit.
“Sehingga hari ini keadaan masih ter­kawal dan kami di sini masih belum menerima sebarang rungutan daripada pengguna wa­laupun umat Islam akan mula berpuasa esok.
“Walaupun buat masa ini Menteri Kementerian Perdaga­ngan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan belum dilantik, CASSA tetap akan membuat pemantauan dan membantu menangani masalah pengguna,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata, pengguna boleh membuat aduan kepada CASSA berhubung kenaikan harga barang yang dihadapi secara atas talian menerusi hotline 03-78476295 atau emel ke georgejacob45@yahoo.com.
Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata pihaknya menunggu laporan dan maklumat daripada sukarelawan yang membuat pemantauan terhadap harga barang sepanjang Ramadan ini.
“Maklumat itu akan kami kumpul sebelum siasatan dan sebarang tindakan diambil.
“Tak dinafikan masih wujud peniaga-peniaga yang degil dan menaikkan harga barang terutamanya makanan bagi mengaut keuntungan yang berganda, walaupun masih belum ada menteri yang dipertanggungjawabkan untuk menangani masalah ini, pengguna harus mencegah diri mereka sendiri daripada ditipu peniaga,” katanya.
Dalam pada itu, Timbalan Pre­siden Gabungan Persatuan-persa­tuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata, lazimnya, pihaknya me­nerima aduan pengguna membabitkan kenaikan harga barang pada minggu kedua Ramadan dan jumlah­nya meningkat menje­lang Aidilfitri.
“Mereka akan membuat laporan selepas ba­­zar-bazar Ramadan beroperasi dan laporan biasanya membabitkan harga barangan dan tahap kebersihan makanan. 
 “Walaupun keadaan kini masih terkawal, kami tetap berharap pegawai dan anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) te­rus menjalankan tugas dalam memantau harga barang jualan supaya tidak ada peniaga yang berani mengambil kesempatan menje­lang Aidilfitri ini,” katanya.
Artikel Oleh : UTUSAN MALAYSIA


PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL