Showing posts with label JUAL SEMULA TAPAK NIAGA. Show all posts
Showing posts with label JUAL SEMULA TAPAK NIAGA. Show all posts
Thursday, August 8, 2019
5154) TAMATKAN KONTRAK SEWAAN - BERITA HARIAN - 08/08/2019
Kuala Lumpur: Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas termasuk menamatkan kontrak sewaan terhadap mereka yang menjual semula tapak Pasar Borong Kuala Lumpur kepada pihak lain.
Itu desakan Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) susulan pendedahan BH, semalam, mengenai isu dakwaan ada pihak tertentu menjual lot perniagaan borong sehingga mencecah RM1.3 juta.
Timbalan Presiden FOMCA, Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata pihak pengurusan pasar borong berkenaan perlu lebih bertanggungjawab dalam menangani isu berkenaan kerana pengguna dan rakyat yang terpaksa menanggung kesan negatif, iaitu membeli harga barang keperluan jauh lebih tinggi daripada sepatutnya akibat kegiatan itu.
Beliau berkata, ini kerana peniaga pasar borong terpaksa membayar sewa berlipat kali ganda daripada harga asal kerana menyewa tapak daripada pihak lain.
“Keadaan ini akan mewujudkan pasaran harga yang tidak adil dan lebih tinggi kepada pihak pengguna dan pembeli barangan keperluan harian termasuk ikan dan sayur-sayuran di sini.
“Oleh itu, saya rasa dalam keadaan ini pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas termasuk menamatkan kontrak sewaan terhadap mereka yang menjual semula tapak pasar borong berkenaan kepada pihak lain,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan BH semalam bahawa penguasaan pasaran ikan oleh kartel, kegiatan menyewa Permit Kelulusan (AP) kubis, jualan lot niaga borong sehingga RM1.3 juta, kebergantungan kepada negara sumber yang terhad serta kekurangan produk tempatan, menjadi punca kenaikan harga lima bekalan makanan utama rakyat negara ini.
Kartel yang menguasai pusat pengumpulan utama ikan serta sayur-sayuran di Pasar Borong Kuala Lumpur (PBKL), didapati mengawal dan menentukan harga pasaran dengan mengaut untung antara 60 hingga 75 peratus daripada harga ikan yang diraih dari jeti pendaratan.
Mohd Yusof berkata, FOMCA turut berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak tertentu yang menyewakan AP kubis kepada pihak lain, termasuk menarik semula kemudahan berkenaan.
Nada sama ditegaskan Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr Jacob George, berkata pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) perlu tunjukkan kepada golongan berkenaan bahawa kerajaan berkuasa untuk bertindak dan bukan hanya mengeluarkan amaran.
“Kita tidak lagi boleh berkompromi kerana pelbagai amaran sudah dikeluarkan, namun tiada tindakan undang-undang dan penguatkuasaan diambil kerajaan khususnya KPDNHEP menyebabkan pihak terbabit terus bermaharajalela menjalankan kegiatan bercanggah undang-undang,” katanya ketika dihubungi.
George berkata, sudah tiba masanya pihak berwajib mengambil tindakan serius terhadap ‘tangan-tangan ghaib’ atau kartel yang menjadi faktor harga barang naik di pasaran dan membebankan pengguna.
“Selagi ‘tangan-tangan ghaib’ yang mengawal pasaran terus bermaharajalela dan tidak dikenakan tindakan serius, masalah harga barang tidak akan selesai. Sudah 41 tahun saya dalam persatuan pengguna dan isu sama, iaitu masalah harga barang tidak pernah selesai,” katanya.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan turut sependapat dengan CASSA supaya tindakan sama dikenakan terhadap peniaga terbabit.
“Memberi amaran adalah amalan lama yang tidak berkesan dan sepatutnya tindakan lebih tegas diambil untuk menggerunkan pihak yang menjalankan perniagaan menerusi jalan bercanggah undang-undang.
“Tinjauan kami mendapati ada rakyat tempatan menyewakan lot niaga mereka kepada warga asing dan golongan ini sepatutnya dikenakan tindakan keras,” katanya.
Artikel oleh: Berita Harian
TAMATKAN KONTRAK SEWAAN
Subscribe to:
Posts (Atom)
PERJUANGAN KAMI
ARKIB ARTIKEL
-
▼
2026
(463)
-
▼
November
(21)
- MHI: STATUS HALAL PENYEMBELIHAN AYAM - 12/11/2026
- AKTIVITI | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PRESMA KE-22 - ...
- AKTIVITI | MESYUARAT PENGUKUHAN PROGRAM SOCIAL SYN...
- JIMAT 10 PERATUS, BERSEDIA HADAPI KRISIS - UTUSAN ...
- KUNJUNGAN HORMAT PPIM KE MPAJ - MAJLIS PERBANDARAN...
- AKTIVITI | KUNJUNGAN HORMAT LHDN KE PPIM - PPIM - ...
- PENDIDIKAN BUKAN BEBANAN KEWANGAN: PPIM BANTAH TEG...
- PPIM GESA IBU BAPA TANGGUH TANDATANGAN SURAT AKU J...
- PPIM BIMBANG KEMUNGKINAN UiTM KAMPUS TAWAU DITUTUP...
- PPIM BANTAH SPEKULASI CADANGAN PENUTUPAN UiTM KAMP...
- PETROL BERCAMPUR AIR: SUKAR BUKTI PUNCA! - HARIAN ...
- TAUKE KILANG AYAM KARAN DITAHAN - HARIAN METRO - 0...
- 40,000 AYAM DIRAGUI STATUS HALAL SETIAP HARI - UTU...
- PEKERJA TIDAK BACA 'BISMILLAH' - HARIAN METRO - 02...
- 40,000 AYAM DIRAGUI STATUS HALAL SETIAP HARI - UTU...
- AKTIVITI | KUNJUNGAN HORMAT GABUNGAN PERSATUAN TOM...
- PPIM BANTAH CADANGAN PENUTUPAN UiTM KAMPUS TAWAU:P...
- PENGGUNA ISLAM PERLU SEMAK STATUS SEMBELIHAN AYAM,...
- PENGGUNA ISLAM PERLU SEMAK STATUS SEMBELIHAN AYAM,...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA PENGARAH SEKSYE...
- PETROL BERCAMPUR AIR: PENGGUNA 'GIGIT JARI' - HARI...
-
▼
November
(21)
