Showing posts with label PIBG. Show all posts
Showing posts with label PIBG. Show all posts

Thursday, December 13, 2018

4739) PANTAU KES SALAH GUNA KUASA – HARIAN METRO – 12/12/18


Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan mewujudkan Jawatankuasa Pemandu dengan kerjasama Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) memantau aktiviti salah laku dalam kalangan anggota penguat kuasa.
Setiausaha Agung PPIM Datuk Dr Ma’amor Osman berkata, jawatankuasa itu dilihat sebagai satu keperluan berikutan peningkatan kes salah guna kuasa membabitkan anggota terbabit dari semasa ke semasa.
“Kita cadangkan penubuhan jawatankuasa itu dan menerima maklum balas positif dari EAIC.
“PPIM berhasrat mengadakan mesyuarat pertamanya membincangkan hala tuju jawatankuasa itu pada minggu kedua Januari tahun depan.
“Kita alu-alukan penyertaan dan pembabitan badan bukan kerajaan (NGO) lain, pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk bersama membanteras aktiviti salah laku itu,” katanya pada sidang media selepas sesi dialog bersama EAIC di sini, semalam.
Artikel Oleh : Harian Metro
PANTAU KES SALAH GUNA KUASA

Saturday, January 21, 2017

3377) KETUA AKTIVIS PPIM,DATO NADZIM JOHAN MERASMIKAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-14 DI SK KOTA WARISAN,SEPANG,SELANGOR - 21/1/2017

1                            2 3 4 5 6 7 8 9 10
PARA GURU DAN IBUBAPA SEDANG MENYAKSIKAN TAYANGAN VIDEO PPIM

PPIM 21/1/2017 – Datuk Nadzim Johan selaku Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dijemput untuk merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-14 di Sekolah Kebangsaan Kota Warisan, Sepang, Selangor hari ini. Bacaan doa dari Ustaz Muniruddin b. Abdullah menjadi pembuka pada majlis ini dan disusuli oleh Ucapan Penasihat PIBG SK Kota Warisan En. Kamsani bin Sahlan dan ucapan YDP PIBG sesi 2016/2017 Dr. Hazrimah bt Ab. Rahim. Perasmian bermula pada jam 8.45 pagi itu dan disambung pula dengan penyampaian sijil kepada AJK PIBG sesi 2016/2017. Disamping itu , sedikit cenderamata telah diberikan kepada Datuk Nadzim Johan di atas penghargaan dari pihak PIBG untuk perasmian ini.

Tuesday, January 26, 2016

2512) UTUSAN MALAYSIA - 24/1/16 - 54 NGO SERTAI PASUKAN PERANGI JUDI SLOT




Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berpendapat penguatkuasaan undang-undang merupakan perkara pokok dalam usaha menangani masalah perjudian.

“Semua sedia maklum bahawa tindakan yang boleh oleh NGO mempunyai batas dan jenayah terancang seperti perjudian sememangnya sukar untuk dibanteras sekiranya penguatkuasaan kita lemah.

“Saya mencadangkan kerajaan membatalkan pemilikan terhadap mana-mana premis yang menjalankan kegiatan terlarang itu. Mereka tidak boleh menjalankan perniagaan sekiranya premis mereka dirampas,” katanya.




PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL