Friday, April 4, 2014

1840) NIB - 200 Protes CNN, Fox News



Headline: 200 protes CNN, Fox News
Publication: HM
Date of publication: Apr 4, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 010
Kuala Lumpur: "Anugerah Kambing Hitam sememangnya layak diterima mereka," kata Setiausaha Persatuan Pengguna Islam Antarabangsa (IMCA) Sheikh Abd Kareem S Khadaied sebagai tanda protes terhadap laporan berita disiarkan stesen televisyen antarabangsa CNN dan Fox News yang menyelar Malaysia kononnya sebagai negara pengganas.

Abd Kareem berkata, 200 orang berhimpun secara aman dan menghantar memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Ampang di sini, bagi melahirkan rasa tidak puas hati terhadap laporan berita yang disiarkan kedua-dua stesen televisyen itu.

"Tuduhan mereka yang mengaitkan pemimpin Islam di negara ini terbabit dengan pengganas tidak benar sama sekali, malah CNN dan Fox News cuba memutarbelitkan laporan berita yang disiarkan mengenai pesawat MH370," katanya.

Pada 24 Mac lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan yang perjalanan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi sebelum beberapa hari kemudian CNN dan Fox News dilaporkan mengaitkan kejadian pesawat terhempas yang mempunyai kaitan dengan pengganas Islam.

Perhimpunan yang bermula jam 2 petang itu disertai tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Persatuan Pengguna Islam Antarabangsa (IMCA) dan Yayasan Media Malaysia (MMF) sebelum bersurai pada jam 3 petang.

BERITA SELANJUTNYA :

http://www.nib.com.my/archives/text/view/123183256?pos=1&hide_header=1&resultset=nstpec%3Awww/cross-search/search.php%3A_1396599489%3Aresultset

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL