Friday, April 25, 2014

1870) 25/04/2014 Seminar Penerangan Rasionalisasi Subsidi - apa itu GST dan Kesan Kepada Pengguna


25/04/2014 – Kuala Lumpur, Persatuan Pengguna Islam Malaysia dengan kerjasama Kolej Teknologi YPC-IT WEB telah mengadakan satu seminar yang diberi nama Seminar Penerangan Rasionalisasi Subsidi Apa Itu GST Dan Kesannya Kepada Pengguna. Seminar ini dirasmikan oleh Y  Bhg Dato Seri Syed Ali Alhabshee, Pengurusi Yayasan Wilayah Persekutuan Merangkap Pengurusi Yayasan Pendidikan Cheras

Para hadirin yang hadir kesemuanya terdiri daripada ketua sektor pendidikan dan guru besar dari 4 daerah sekitar wilayah persekutuan. Hampir 345 guru yang hadir ke saminar ini. Penceramah terdiri dari Datuk Nadzim Johan, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Tuan Hasbollah Din, Ketua Pengarah Kastam Jabatan Kastam Wilayah Persekutuan dan Puan Norlela Zainal, KPDNKK Putrajaya.

Turut hadir didalam seminar ini ialah Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan, En Abdullah Md Yunus, Timbalan Pengarah Pendidikan Pudu Tn Hj Ismail Musa, CEO Kolej Teknologi YPC-IT WEB Datok Dr Noel Robert, dan Pengurusi Yayasan Wilayah Persekutuan Merangkap Pengurusi Yayasan Pendidikan Cheras, Dato Seri Syed Ali Alhabshee.

Datuk Nadzim Johan menyampaikan penerangan tentang kesedaran kesihatan. Penggunaan gula dan kesan gula pada manusia. Kesedaran ini penting kepada para guru-guru agar mereka dapat menjaga murid-murid disekolah mereka. Penyakit yang sering dihidapi oleh rakyat Malaysia adalah penyakit obesiti. Kesempatan ini juga telah diambil oleh salah seorang guru untuk menyoal Datuk Nadzim mengenai ayam. Datuk Nadzim memberi keterangan bahawa ayam pada zaman sekarang agak bahaya untuk dimakan kerana ayam-ayam ini telahpun disuntik dengan perlbagai jenis ubat yang membuat ayam ini menjadi besar dan gemok. Ini juga memberi impak kepada kesihatan manusia.

Tuan Hasbollah Din, Ketua Pengarah Kastam Jabatan Kastam Wilayah Persekutuan memberi penerangan tentang Apa itu GST kepada para hadirin. Ceramah ini untuk menyedarkan bahawa GST ini bukan untuk membebankan rakyat malah membantu rayat serba sedikit.

Manakala Puan Norlela Zainal, KPDNKK Putrajaya pula memberi penerangan berkaitan akta harga dan anti pencatutan.

Seminar ini dijalankan di dewan Kolej YPC-IT WEB cheras pada jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi. Seminar ini juga berjalan dengan lancar dan berkesan. 

















































No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL