Thursday, April 24, 2014

1867) NIB - BERITA HARIAN 21/04/2014- Pengguna gesa catuan air dihentikan



Headline: Pengguna gesa catuan air dihentikan
Publication: BH
Date of publication: Apr 21, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 010
Kuala Lumpur: "Saya harap mimpi buruk ini akan berakhir kerana kami mengalami pelbagai kesukaran menjalani kegiatan harian akibat catuan air sejak sebulan lalu," kata Mohd Yusof Shafae Mohamad, 35.

Beliau yang bekerja sebagai pembantu perubatan berkata, catuan air tidak menentu bukan saja menyebabkan keluarganya berhadapan masalah, malah prosedur rawatan tidak dapat dijalankan dengan sempurna.

"Kami kasihan dengan pesakit yang datang ke klinik, tidak banyak yang dapat kami bantu ekoran daripada catuan air ini. Ujian air kencing misalnya, tidak dapat dilakukan kerana tandas tidak mempunyai air.

"Selain itu, catuan yang sepatutnya dikenakan hanya dua hari berlarutan sehingga tiga manakala tempoh air yang diperoleh pula hanya setengah hari," katanya.

Sementara itu, tinjauan BH di laman sosial mendapati rata-rata pengguna menggesa supaya catuan air ini dihentikan.

Pengguna Twitter, Mohd Fadhlan Alias, berkata "Hujan lebatnya sekarang ini. Harap #catuanair akan berakhir dengan segera. Pelik sungguh la, boleh kata dah hampir setiap hari hujan tapi air masih dicatu lagi :( Sampai bila harus begini?"

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, menasihatkan pengguna menggunakan hak mereka dengan mengambil tindakan undang-undang terhadap situasi yang berlaku ini.

BERITA DARI :
http://www.nib.com.my/archives/text/view/124201494?pos=1&hide_header=1&resultset=nstpec%3Awww/cross-search/search.php%3A_1398319472%3Aresultset

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL