KUALA LUMPUR 3/4/2014 :Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telahpun menyerahkan Memorandum Membantah CNN dan FOX NEWS' Atas Laporan Yang Tidak Profesional kepada Kedutaan Amerika Syarikat di sini.
Seramai 200 orang dari beberapa NGO seperti BATAS MALAYSIA (BERSEKUTU), PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA (PPIM) YAYASAN MEDIA MALAYSIA (MMF) DAN PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA (IMCA) menyertai penyerahan memorandum ini. Memorandum ini diserahkan dan berkumpul secara aman.
Didalam berita yang disiarkan oleh CNN dan FOX NEWS, mereka menyalahkan islam dalam kes kehilangan MH370. Ini disebabkan juru terbang kapal MH370 adalah beragama islam. Tampa membuat apa-apa kaji selidik, mereka terus mengkritik dan menyalahkan orang islam.
CNN dan FOX NEWS' adalah salah satu program yang disiarkan ke seluruh dunia. Ini boleh memburukkan imej umat islam dimata dunia.
No comments:
Post a Comment