Showing posts with label MMF. Show all posts
Showing posts with label MMF. Show all posts

Friday, April 4, 2014

1841) Memorandum bantahan diserah kepada Kedutaan AS



Headline: Memorandum bantahan diserah kepada Kedutaan AS
Publication: BH
Date of publication: Apr 4, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 008
Byline / Author: Oleh M Thillinadan; Syed Mohd Ridzuwan Syed Ismail; Haika Khazi; Zanariah Abd Mutalib; Sophia Ahmad; Luqman Arif Abdul Karim; Muhammad Mustakim Ramli; Shaiffulazhar Misri
Kuala Lumpur: Tindakan media asing menyiarkan laporan sensasi yang tidak tepat berhubung kehilangan MH370 mendapat bantahan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negara.

Bagi menzahirkan rasa tidak puas hati mereka, satu memorandum bantahan diserahkan kepada Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak, di sini semalam, khususnya berhubung laporan tidak tepat disiarkan agensi berita Cable News Network (CNN) dan Fox News.

Antara NGO berkenaan adalah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Persatuan Pengguna Islam Antarabangsa (IMCA), Yayasan Media Malaysia (MMF) dan Batas Malaysia.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, berkata memorandum itu menzahirkan rasa tidak puas hati rakyat Malaysia terhadap agensi berita dari Amerika Syarikat yang memberi tanggapan buruk terhadap Malaysia susulan tragedi MH370.

Tegur agensi berita

"Agensi berita perlu lebih bertanggungjawab dan jangan berbohong. Kita harap mereka (kerajaan Amerika Syarikat) dapat menegur dan menasihat agensi berita negara mereka yang membuat liputan di sini.

"Laporan berita adalah untuk mewujudkan perasaan bersatu padu dalam kalangan masyarakat dunia dan bukannya memecah belah, malah secara asasnya olahan yang disiarkan mereka sangat berbeza dengan pendekatan media tempatan" katanya selepas menyerah memorandum kepada wakil kedutaan yang dikenali sebagai Green pada jam 2.45 petang semalam.

BERITA SELANJUTNYA:
http://www.nib.com.my/archives/text/view/123166144?pos=2&hide_header=1&resultset=nstpec%3Awww/cross-search/search.php%3A_1396599489%3Aresultset

1840) NIB - 200 Protes CNN, Fox News



Headline: 200 protes CNN, Fox News
Publication: HM
Date of publication: Apr 4, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 010
Kuala Lumpur: "Anugerah Kambing Hitam sememangnya layak diterima mereka," kata Setiausaha Persatuan Pengguna Islam Antarabangsa (IMCA) Sheikh Abd Kareem S Khadaied sebagai tanda protes terhadap laporan berita disiarkan stesen televisyen antarabangsa CNN dan Fox News yang menyelar Malaysia kononnya sebagai negara pengganas.

Abd Kareem berkata, 200 orang berhimpun secara aman dan menghantar memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Ampang di sini, bagi melahirkan rasa tidak puas hati terhadap laporan berita yang disiarkan kedua-dua stesen televisyen itu.

"Tuduhan mereka yang mengaitkan pemimpin Islam di negara ini terbabit dengan pengganas tidak benar sama sekali, malah CNN dan Fox News cuba memutarbelitkan laporan berita yang disiarkan mengenai pesawat MH370," katanya.

Pada 24 Mac lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan yang perjalanan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi sebelum beberapa hari kemudian CNN dan Fox News dilaporkan mengaitkan kejadian pesawat terhempas yang mempunyai kaitan dengan pengganas Islam.

Perhimpunan yang bermula jam 2 petang itu disertai tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Persatuan Pengguna Islam Antarabangsa (IMCA) dan Yayasan Media Malaysia (MMF) sebelum bersurai pada jam 3 petang.

BERITA SELANJUTNYA :

http://www.nib.com.my/archives/text/view/123183256?pos=1&hide_header=1&resultset=nstpec%3Awww/cross-search/search.php%3A_1396599489%3Aresultset

1839) RAKYAT NEWS - CNN Dan Fox News Terima 'Anugerah Kambing'


KUALA LUMPUR 3 April - Beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaann (NGO) hari ini menyerahkan memoranduam bantahan beserta 'anugerah kambing' terhadap agensi berita antarabangsa Cable News Network (CNN) dan Fox News di kedutaan Amerika Syarikat (AS) berikutan laporan berita berat sebelah dalam isu kehilangan Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370.

Ketua Aktivis Persatuan pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, dua agensi berita itu telah melakukan pembohongan dan penipuan tehadap negara Malaysia dengan megeluarkan laporan tidak benar dan mewujudkan suasana tidak baik justeru mencetuskan kontroversi negatif di mata dunia.

"Dua anugerah kambing kita serahkan kepada CNN dan Fox News kerana dua agensi berita ini membuat pembohongan dan penipuan ketika melaporkan isu pesawat MH370.


BERITA SELANJUTNYA

1838) RAKYATNEWS - NGOs Demand US Government ‘Discipline’ Media Over MH370 Coverage



KUALA LUMPUR 3 April - Some 60 people representing three non-governmental organisations (NGOs) demonstrated outside the US embassy here today, demanding its government take action against two of its broadcasters for allegedly “irresponsible” coverage of the Malaysia Airlines aviation crisis.

The demonstrators accused broadcasters CNN and Fox News of skewing their coverage of the missing Flight MH370 to mount a “smear campaign” against Malaysia, painting it as an extremist country.

“We hope that at least the US government can discipline these news organisations...the lies that they are spewing, is smearing the image of Malaysia as a moderate nation.

“We know that there is freedom of speech, but that freedom cannot be limitless… at least the US should advise them against practicing gutter journalism,” Nadzim Johan, the president of Malaysian Muslim Consumers Association (PPIM), told reporters.

READ MORE :
http://www.rakyatnews.my/index.php/20140403158602/exclusive/ngos-demand-us-government-discipline-media-over-mh370-coverage

1837) UTUSAN MALAYSIA - Empat NGO kecam CNN, Fox News







KUALA LUMPUR 3 April - Tindakan stesen televisyen antarabangsa, CNN dan Fox News yang terus membuat pelbagai spekulasi dan laporan palsu terhadap misi pencarian MH370 mendapat tentangan dan kecaman pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negara ini.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, tindakan dua stesen berita antarabangsa itu telah menyinggung rakyat dan mencemar imej negara.
Jelasnya, rakyat negara ini tidak boleh berdiam dan menerima begitu sahaja terhadap segala pertuduhan dan tohmahan media luar tanpa berbuat apa-apa tindakan.
“Kita perlu tentang penghinaan kedua-dua stesen televisyen tersebut yang bertindak membuat pertuduhan, mengaitkan kehilangan MH370 dengan aktiviti keganasan yang dilakukan oleh umat Islam.
“Ini merupakan tuduhan tidak berasas yang telah mencemarkan imej Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang tidak menyokong mana-mana aktiviti keganasan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan memorandum menentang CNN dan Fox News berkenaan isu berkaitan di Pejabat Kedutaan Amerika Syarikat, Jalan Tun Razak, di sini hari ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140404/dn_10/Empat-NGO-kecam-CNN,-Fox-News#ixzz2xsPS3500
© Utusan Melayu (M) Bhd 

1835) BERITA HARIAN -MH370: 4 NGO hantar memorandum bantah laporan CNN, FOX News



KETUA Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan (dua dari kiri) bersama aktivis berarak ke Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur, hari ini bagi menyerahkan memorandum bantahan terhadap CNN dan FOX News yang didakwa membuat liputan berita tidak tepat serta tanggapan buruk terhadap Malaysia berkenaan tragedi pesawat MH370. - Foto Abdullah Yusof
KUALA LUMPUR: Empat badan bukan kerajaan (NGO) hari ini menyerahkan memorandum bantahan terhadap dua agensi berita dari Amerika Syarikat (AS) yang didakwa membuat liputan berita tidak tepat serta tanggapan buruk terhadap Malaysia berkenaan tragedi pesawat MH370. 

Empat NGO itu ialah Persatuan Pengguna Islam Malaysia(PPIM), Yayasan Media Malaysia (MMF), Persatuan Pengguna Islam Antarabangsa (IMCA) dan Batas Malaysia (Bersekutu). 


BERITA SELANJUTNYA :
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MH370_4NGOhantarmemorandumbantahlaporanCNN_FOXNews/Article/

Thursday, April 3, 2014

1833) Penyerahan Memorandum Membantah CNN dan FOX NEWS' Atas Laporan Yang Tidak Profesional kepada Kedutaan Amerika Syarikat di sini.


KUALA LUMPUR 3/4/2014 :Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telahpun menyerahkan Memorandum Membantah CNN dan FOX NEWS' Atas Laporan Yang Tidak Profesional kepada Kedutaan Amerika Syarikat di sini.

Seramai 200 orang dari beberapa NGO seperti BATAS MALAYSIA (BERSEKUTU), PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA (PPIM) YAYASAN MEDIA MALAYSIA (MMF) DAN PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA (IMCA) menyertai penyerahan memorandum ini. Memorandum ini diserahkan dan berkumpul secara aman.

Didalam berita yang disiarkan oleh CNN dan FOX NEWS, mereka menyalahkan islam dalam kes kehilangan MH370. Ini disebabkan juru terbang kapal MH370 adalah beragama islam. Tampa membuat apa-apa kaji selidik, mereka terus mengkritik dan menyalahkan orang islam.
CNN dan FOX NEWS' adalah salah satu program yang disiarkan ke seluruh dunia. Ini boleh memburukkan imej umat islam dimata dunia.



































Friday, March 28, 2014

1828) 28/03/2014 PPIM, IMCA, MMF Mengghantar Memorandum Kepada Kedutaan Amerika Syarikat






28/03/2014 KUALA LUMPUR : Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, Haji Kareem Said Khadaied dan Presiden Kelab Wartawan Muda Malaysia, Dzulkarnain Taib mengadakan satu sidang berkaitan berita yang dikeluarkan oleh FOX NEWS dan CNN.

Tidak berilmu, berat sebelah dan tidak menghormati liputan berkenaan dengan MH370 dan mengaitkan ia tengan islam. Perasaan tidak puas hati ini disuarakan oleh Datuk Nadzim Johan atas sebab CNN dan FOX NEWS mengatakan umat islam adalah pengganas. Mereka mengatakan juru terbang yang menerbangkan pesawat MH370 adalah pengganas atas kerana mereka beragama islam. Ini boleh memburukkan imaj umat islam di seluruh dunia.

Mereka seperti tidak mengendahkan perasaan dan sensiviti kaum ataupun sesebuah negara.
Satu memorandum akan diberikan kepada Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia  pada selasa depan untuk menyuarakan rasa tidak puas hati ini.

Link Video :





Gambar









1827) BERNAMA (28/03/2014) - PPIM, IMCA, MMF To Send Protest Memo To US Embassy



KUALA LUMPUR, March 28 (Bernama) -- Three non-governmental organisations (NGO), the Malaysian Islamic Consumers Association (PPIM), International Muslim Consumers Association (IMCA) and Malaysian Media Foundation (MMF) will send a memorandum of protest to the United States Embassy in Malaysia next Tuesday.


PPIM chief activist Datuk Nadzim Johan said the protest was to express their dissatisfaction against three American news agencies who were viewed as having given a bad impression against Malaysia in relation to the Malaysia Airlines flight MH370.


"The news agencies are Cable News Network (CNN), Fox News and Washington Post whom we feel have not practised responsible reporting but have instead aired the news through their own perspective only," he told a press conference here Friday.


Also present were IMCA secretary-general Sheikh Abd Kareem S Khadaied and MMF chief executive officer Dzulkarnain Taib.


One of the agencies' news analysis video clip was also aired during the press conference.


Sheikh Abd Kareem claimed that it looked like a planned move to convey a negative impression of Malaysia to the global community.


READ MORE :






PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL