29/04/2014 - Beberapa NGO telah membuat satu laporan berkenaan perhimpunan yang akan dilakukan pada 1 Mei 2014. Dengan adanya perhimpunan ini, ia mengundang banyak kerugian kepada perniaga dan juga mempamerkan imej buruk dimata dunia. Terdapat banyak lagi cara dan saluran yang boleh dilakukan untuk menyuarakan pendapat selain dari perhimpunan ini.
Persatuan Pengguna Islam Malaysia
(PPIM) dan beberapa NGO lain membantah perhimpunan ini.
Sebahagian beberapa NGO
seperti Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Jalan Tar Retail Association (JTARA), Persatuan Pengguna
Pahang, Malaysian Media Foundation (MMF), Batas Malaysia
(Bersekutu) dan ramai lagi tidak bersetuju dengan perhimpunan ini.
En Mustafa yang mewakili PPIM mengatakan bahawa PPIM
membantah perhimpunan 1 Mei ini yang diaturkan oleh S.Arutchelvan, Jawatankuasa 1 Mei. Seperti
yang sedia maklum, Ketua Polis Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad berkata
mereka tidak membenarkan perhimpunan ini dilakukan kerana perhimpunan ini tidak
dibenarkan oleh pihak KLCC.
Presiden Kelab Wartawan Muda Malaysia, Dzulkarnain Taib
mengatakan bahawa perhimpunan 1 mei ini adalah salah satu agenda politik
semata-mata. Jika dilihat Negara-negara yang mengamalkan GST ini, tidak ada Negara
yang bankrap atas penggunaan GST ini. Ini telah membuktikan bahawa perhimpunan
1 Mei ini adalah salah satu agenda politik semata-mata.
Selain itu Datuk Vk. Liew President Retail Association
(JTarra) mengatakan bahawa dengan adanya perhimpunan ini, ia akan merugikan
ribuan ringgit dan akan memburukkan imaj jalan tar ini.
Kita sudah lihat apa yang terjadi pada perhimpunan Bersih yang telah diadakan dahulu. pada awalnya perhimpunan itu dilakukan secara aman dan lama kelamaan ia akan bertukar menjadi ganas.
--------------------------------------------------------------------------------------------------
No comments:
Post a Comment