Wednesday, February 12, 2014

1147) HARIAN METRO 12/2/2014 KIKIS SIKAP HARAP BANTUAN



Headline: Kikis sikap harap bantuan
Publication: HM
Date of publication: Feb 12, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 035


Kuala Lumpur: Pengguna perlu berubah dalam menangani isu kenaikan harga barangan dan tidak hanya menyalahkan pihak lain.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, pengguna perlu bijak, teliti dan lebih berdikari ketika menangani krisis kenaikan harga barangan.

Katanya, sikap terlalu mengharapkan bantuan perlu dikikis kerana budaya terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan hanya menjadikan pemikiran masyarakat tidak berkembang.

"Budaya masyarakat di negara ini perlu berubah, tingkatkan produktiviti, ubah cara hidup,.

"Sebagai perbandingan, rakyat luar yang bekerja di negara ini, pekerja Indonesia dan Bangladesh, mereka tidak merungut mengenai harga barang, tetapi sentiasa mencari alternatif untuk mengatasi masalah itu," katanya.


Nadzim berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat kepada warga kerja Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dalam Seminar Kepenggunaan : Kita Tertipu? di Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) di sini, semalam.

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL